.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, September 29, 2010

15 Cedera Dalam Pertempuran di Al-Quds


Isnin ,27/09/2010 – 15 penduduk Palestin tercedera dalam pertempuran berlaku di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis di bandar terjajah Al-Quds yang telah berlaku beberapa hari yang lalu dan berterusan hingga ke kawasan Ras Al-Amud dan Isawiyah.

Menurut sumber kami, 15 penduduk Al-Quds tercedera disebabkan oleh tembakan peluru hidup, dan puluhan yang lain sesak nafas sewaktu pertempuran dahsyat ini berlangsung di antara penduduk Al-Quds dan Rejim Zionis dekat bandar Silwan pada hari Khamis (23 September) yang lalu.

Sumber tempatan dari bandar Baitul Muqaddas pula menyatakan bahawa Rejim Zionis masuk dan menyerang puluhan penduduk asal perkampungan Al-Bustan, Wadi Helwah dan Batn Al-Hawa, yang menaikkan kemarahan para warga Palestin lalu mencetuskan pertempuran. Semburan gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup oleh Zionis mengakibatkan puluhan cedera dan mengalami sesak nafas.

Sumber: Palestinkini

0 comments:

Related Posts with Thumbnails