Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430H..


Sepertimana yang kita tahu, stiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Tentunya ada saudara mara terdekat readers sendiri yang menunaikan haji pada tahun ini..

Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban... Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Sempena hari mulia yang bakal menjelang esok, penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' buat semua muslimin dan muslimat.. Tentunya umat Islam yang berada di Mekah lebih merasai kehadiran Hari Raya Korban.. Dan sambutan di sana lebih meriah..


Ok, mari kita selami kisah yang berlaku di sebalik nama 'Hari Raya Korban ini'...
Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.
Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara ini lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim A.S setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah telah dapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar.. (Ibu bapa mana yang xsayangkan anak kan).. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu.

Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya,

"...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"
Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:
..."Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102).
Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih. MasyaAllah, sungguh kuat dan teguh iman mereka..
Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.
Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa bersedianya mereka, bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.
Sanggupkah kita melakukan pengorbanan seperti mereka?
"JAGALAH ALLAH, ALLAH PASTI AKAN MENJAGAMU"


Tuesday, November 24, 2009

3 in 1 wif family..

Agak pelik, 3 in1 wif family pun ade gak.. Haa.. Bukan Nescafe je yang ade 3 in 1 tau.. Ni formula, urusan keje + jalan2 + cari pengetahuan dan pengalaman = 3 in 1.. Ape yang nak distory ni ye.. Meh bace yang kat bawah ni..

Hari ni pukul 11 pagi dah keluar.. Walaupun agak berat nak tinggalkan rumah sebab tengah renovation, tp atas urusan keje kene keluar jugak.. Actually yang ade keje tu ayah, tp sume ikut. Da jadi kebiasaan.. Bile ikut ayah tu, bolehla belajar cara-cara nak buat tu, nak buat ni, nak berurusan ngan pihak tu, pihak ni.. Esok2 bolehla uruskan sendiri.. InsyaAllah..

1st skali ikut ayah gi bank.. Agak kepeningan tengok orang ramai dalam bank tu. Punyela lame nak kene tunggu.. Maybe sebab time tu waktu kemuncak kot.. Dats why la orang ramai.. Sambil2 tu penulis perhati camane pengurusan bank tu. Agak cekap dan professional.. Suke tengok time orang tenga isi borang.. hehe.. Macam2 gelagat ade.. Ade yang pening memilih borang.. Hihi.. Alhamdulillah ayah penulis dah ajar sume tu camane nak isi borang, borang ape yang perlu kalo urusannye gini or gitu, maklumat ape yg perlu, ke mane nak tuju, kalo nak hantar duit adik kat Indnsia camane.. Alhamdulillah dah diajar.. Nsib baikla bayaran bil2 bukan kat situ, kalo x lagi sesakla bank kan.. sekarang da senang dah.. Segala kemudahan ade..

Then pegi Carre4 kat Melewar, dekat ngan Bukit Antarabangsa. Gi sane sebab ayah ade meeting ngan kawan die, yang juga merupakan penerbit buku.. Penulis panggil die cik Din.. Penulis respect ngan die sebab usaha gigih die yang meletakkan die di tahap yang cemerlamg sekarang ni.. Dialah penerbit, dialah pengedar, dialah pemborong, dialah pembekal.. Memang untung.. Orang melayu yang Berjaya.. Yang dijual semua barangan Islamic dengan trade mark utamanya “Mencari keberkatan Ilahi”.. Kat sane penulis jumpe sumthng yang penulis tercari2 sebelum ni iaitu bacaan al-Qur’an oleh adik MUHAMMAD TAHA AL-JUNAYD.. Subhanallah.. Ciptaan Allah.. Sedap sungguh bacaan die.. Readers yg xpercaye, pegila cari CD or kaset adik tu then dengar sendiri.. Cnfrm hanyut dalam alunan yang mengasyikkan.. Penulis sempat lagi beli novel yang penulisnye HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY.. Hehe.. My fav..

Sedang asyik2 penulis bejalan2 dalam carre4 tu ngan family, tibe2 ade orang letakkan burung kakak tua putih kat bahu penulis. Tekejut penulis dibuatnya... Mane taknye, tibe2 bahu dicengkam.. Pusing2 tengok burung kakak tua.. Comel!! Ade 2 ekor.. Ape lagi, ambik peluangla main.. Hehe.. Ayah penulis plak telak yang sekor lagi kat lengan.. Geram btul tengok.. Cute sangat! Then ade pulak ular sawa.. Mule2 tengok, eeeiii… Takut+geli.. Slow2 penulis pegang kulit ular tu.. Baru berani masuk.. Pastu orang tu letak kat bahu.. Melingkar ular tu kat bahu penulis.. MasyaAllah, time tu pejam mate rapat2.. Takut.. Macam2 ayat bace.. Hihi.. Da lame2 tu ok dah.. Siap main2 lagi.. Orang2 kot tu tengok je.. Jd tumpuan plak.. Hihi.. Bukan kat zoo je wujud binatang2 ni tau.. Pikir2 balik macam nak pelihara kat umah je.. Best.. Tp sume tu perlukan lesen..

Tu je la yg blh story.. Yg lain tu secreto familio.. hehe.. Okay, nak sambung membaca plak.. Salam..

ATUK KATA..................

ORANG KATA .....
Enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.

ATUK KATA .....
Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

PENULIS RASA .....
Betul jugak tu ......

ORANG KATA .....
Exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study.... Past year papers ..etc ..etc.. etc ..

ATUK KATA .....
Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut. Kalau ajal yang datang, entah bila, siapa pun tak tahu. Banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide......

PENULIS RASA.....
Betul jugak tu......

ORANG KATA.....
Have fun on your birthday, panggil kawan2 dan sedara-mara, berpartylah sepanjang malam Make it a memorable one!!

ATUK KATA .....
Setiap kali hari jadi tiba, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat......

PENULIS RASA .....
Betul jugak tu.....

ORANG KATA .....
Kerja mesti bersungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.... Baru hati puas!

ATUK KATA .....
Ye ke hati dah puas?? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

PENULIS RASA.....
Betul jugak tu......

ORANG KATA .....
Successful people have a good time management. Ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo..... Masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah berparty, masih sempat bershopping bazirkan duit sana sini, baru orang boleh respect!

ATUK KATA .....
Setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari. Tapi ..... Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak selak Al-Qur’an sekali sehari? Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

PENULIS RASA.....
Err..... Betul jugak tu .....

Adakah kita berada di posisi yang benar?
TEPUK DADA TANYA HATI..
Bukan tepuk dada tanya selera.. Ikut selera sampai bila xkan puas..

Monday, November 16, 2009

Aduh.. Terkene TAG!!

Sebenarnye dapat tag ni dah berkurun lame ndari cik Nana.. She is my fren at UDM.. Sory Nana, su baru balas.. Sebelum ni xbrape nak sempat.. Terperam tag ni dalam laptop.. Hehe.. Xmau mrajuk2 lagi tau.. Su dah reply nie.. Senyum ckit.. Hihi.. =)

Okay, jom tengok die suro su jawab ape..


1 – 5 fakta menarik tentang pemberi tag.

~ Kwn baik satu kos
~ Kalau cakap ngan die mesti ngan kite2 skali tekeluar loghat Kedah+Perlis
~ Garang! Hehe..:p
~ Suka paksa orang makan ubat..
~ Baru lpas balik dinner ngan die kat NR CAFÉ..

2 – 10 fakta/hobi diri sendiri:

~ Asal Kedah, membesar di KL, menetap kat Selangor, belajar kat Ganu.. Hehe..
~Anak sulung, sorang je perempuan.. Adik2 sume laki..
~ Agak tegas ngan adik2, tp xsampai hati nak lebih2..
~ Suke masak kek coklat, jenis2 kuih dan cocktail..
~ Suke pd aktiviti yang agak mencabar dan camping..
~ Banyak melibatkan diri dengan persatuan2 luar, program2 luar dan ade kelab sendiri..
~ Sehobi dengan my dad iaitu suke pg survey aksesori kmputer.. Slalunye g Low Yat la..
~ X layan TV, lebih suke ngadap laptop..
~ Sangat teruja tengok baby yang comel.. Cubit2 pipi tu hihi..
~ Pantang nampak warne pink. I like dats colour.. =)

3 – 5 Penerima tag seterusnya dengan ringkasan mengenai mereka.

~ Haswani – My fren yang lebih dikenali dengan ‘senyuman cinta’.. Jawab wani..
~ Abg Aizuddin – Pegi mane2 xpenah tinggalkan mulut yg petah tu.. Time tdo je kot die diam agaknye.. Hehe..
~ Kak Einsyie – Blog yang sarat dengan pengalaman menarik.. Congrate! I like it..
~ Kak Husna – Bakal mengaut gelaran ‘isteri’ xlame lagi.. Komen sikit kak husna.. Hehe.. Nakal ckit je ni..
~ Nana – Nak tuju balik peluru ni.. Nana kene jawab ngan ayat yang skema.. No xcuz tau!

Saturday, November 14, 2009

Pencarian Pengarah dan Peserta Program Realiti TV..

Segala Impiaaan... Bermula di sini..

1. Who will become an Ustaz Reality Show

Yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca al-Qur'an, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan diadkan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live di kaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%). Pemenang akan mendapat pakej haji percuma.

2. Akademi Islamiah Reality Show

Yang mengambil 12 orang pelajar yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukkan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka). Mereka menangis kerana menginsafi dosa mereka yang lalu. Mereka akan 'dikurung'dan diawasi dengan 13 kamera CCTV. Slogan adalah 'Tunjuk ajarku Ustaz'..

3. Muslim Idol Reality Show

Untuk mencari penceramah Islam terbaik di Malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara ke peringkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juga CD ceramahnya.

4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)

Sebuah lagi program dari stesen 'kerajaan Islam' kita iaitu berbentuk program tahu mengaji. Peserta diajar cara membaca secara tartil, bertajwid dengan betul, menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mara ke peringkat Iman yang bagus dan mendapat nur Quran.

Syarat dan Peraturan Pertandingan.

AuditionRancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan pemantapan qalbi akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam. Tempat adalah terhad.

Thursday, November 12, 2009

Lepas beban dan masih menanti..

Masih menanti?
Macam pelik je bunyinye..

Nothing pun.. Dah kate dalam mood exam lagi.. Hari ni lepas sudah beban subjek killer yang xde gabs langsung.. Di mana, kepale yang berpusing mampu berpusing selaju putaran mesin basuh.. Aduh.. Sungguh stress dan memeningkan.. Pagi tadi dah lepas smua tu.. Petang ni bleh rilex sikit. Ade lagi dua paper yang blum lepas.. Tapi, camane nak rilex ye?

Haa.. Su rilex dengan cara yang tersendiri la.. Sorokkan sume buku jap.. Kalau nampak buku tu nak bukak je.. Xsenang jadinye.. Tu yang kene sorok tu.. Atas meja kosongkan.. Pastu ambik mood minum air buah.. Layan tepon borak ngan mak jap.. My mum suro booking tiket untuk adik kat Indonesia plak.. Aduh, kene ngadap wireless yg slow ni lagi.. Agak bosan.. Dik, knapela x tempah sendiri.. Akak jugak yang jadi sasaran ye.. Xyah balik Malaysia la.. Stay je kat sane.. Dah habis belajar baru balik.. Tp rindu plak.. Hehe..

Then petang tadi, sedang berjalan2 ternampak plak ROTI NAN yang dimasak dalam TEMPAYAN.. Aduh, sedapnye.. Dah lame su xmakan.. Tu merupakan my fvrte.. Kalau kluar ngan ayah, ayah slalu blanje makan roti nan ngan ayam tandoori kat Gombak.. Alahai, rindunye nak pegi.. Sabar ye su.. Sabar.. Xlame dah ni nak balik..

Okay, xnak celoteh panjang2.. Kwn2 da tunggu Su nak makan KEK COKLAT.. ^_^

Sunday, November 8, 2009

Klinik + roti canai + bola..

Ape kaitan roti canai ngan bola tu?
Roti canai penaja Perlawanan Akhir Piala Bola ke?? Hehe..Salah3..


Pelanggan pertama klinik~.. Hmm.. Hari ni awal2 pagi lagi su dah tercegat kat depan Klinik Kesihatan UDM ngan kawan Su untuk follow up kesihatan.. Risau gak ngan kesihatan sebab dalam final exam ni.. Walaupun bagi su klinikla tempat yang paling bosan dan paling payah nak trime bile kene makan segala ubat2 tu.. Haih, seksa2.. Tp, sakit+exam punye pasal, telan jugakla..

Roti canai 1..
Teh tarik kaw banyak buih 1.. Hehe.. (ambik order nie)

Mai ganu je payahla nak makan roti canai.. Sejak kebelakangan ni plak, awat xtau yang nak makan roti canai ja... Isy2.. Disebabkan blum b'fast, lpas kluar dari klinik je, su ngan kawan pun pegila cari roti canai naik Scooter.. Kwn su ade suggest 1 tempat yang agak sedap roti canainye.. Puas bile dapat makan.. Hehe.. Kalo kat umah tu, dulu pagi2 kalo adik ade, slalu gi makan ataupun die yang blikan.. Tp skang die kat Indonesia.. Payah dah.. Nak makan sorang2, xmungkin.. Nak berteman jugak.. Parent la jd mangsenye.. hehe..

Bola.. Bola.. Xminat!~ Su xminat bab2 bola ni.. Adik yang minat tengok bola pun su halang minatnye tu.. Ntah nape xminat dan xnak ambik tau langsung.. TAPI.. Ada pulak kawan su ni yang fanatik sangat ngan bola, dari xtau pape jadi tau plak.. Kebetulan tu 'ter'tau.. Bile dapat khabar Kelantan kalah je, hmmm.. (sedih gak) Tp nak buat guane kan, menang kalah adat permainan..
*.....Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk muncul juara bola sepak Piala Malaysia selepas jaringan Shahurain Abu Samah, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak membolehkannya menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.....*

Saturday, November 7, 2009

Lintas Langsung Pendek..

Salam..
Kali ni nak buat entry pendek je..
Sekadar nak masukkan posting di bulan November ni..
Macam dah lame blog ni bersarang dan sepi tanpa story kan..
Sampaikan kalau labah2 jadi pemastautin dalam blog ni pun dah ade keturtunan anak pinak dah.. Hehe..

Bukan ape, sekarang ni dalam MOOD FINAL EXAM... Susahla sikit nak online .. Jarang2.. Tapi hati tu nak bukak jugak blog ni.. Nak jugak.. Isy3..

Time FINAL EXAM ni lah agak pressure.. Bukan pressure sebab lain, sebab nak tunggu hari exam tu sebab jarak antara exam tu jauh.. Betul2 makan jiwa.. Sabar2.. Bak kate kawan su "Sabar Itu Penting" dan tahap tertinggi sabar adalah "Sabo".. Isy, ape tu?? Su pun xtau dan xpaham.. Merepek je kawan su tu.. Sekadar nak hepikan keadaan..

Dalam keadaan nak exam tu sempat lagi su ngan kwn2 kluar naik basikal pi cari roti canai.. Ngidam punye pasal.. hehe.. Tu pun selepas bersukan ckit petang2 tawaf UDM yang tenang ni (bak kate cik Sabre).. Baru sihat badan kan..

Opss!! Kate nak mengarang pendek je.. Ni dah terlebih had laju ni.. Okay, nak sambung study plak.. Buku dah panggil ni.. Salam..

*Semoga berjaya buat semua sahabat2.. Selamat berjuang..

Sunday, October 25, 2009

Bercuti ke Kelantan bersama sahabat2.. ^_^

Holiday!! Hehe.. Plan punye plan, akhirnye plan yang spontan jugak yang menjadi.. Asalnye plan nak konvoi satu kelas.. 6 or 7 biji kete kancil.. Tp ade yang balikla, pegi kemla, ade persembahanla.. Jadi, xsume yang dapat join.. So, su pun planla buat program SDN BHD.. Kelas gitu bunyinye.. Hihi..

Hari Jumaat, pukul 5.45 petang kami bertolak dari UDM.. Yang pergi tu 5 orang je.. Naik sebuah kete.. Okay, be4 betolak tu check dulu kete OK ke x.. Maka su pun checking la kete tu ala2 foreman.. Hehe.. Ok sume beres.. Boleh jalan dah.. Bace doa dulu kwn2.. Sumenye berserah kepada Allah..

Kami sampai kat kelantan dalam pukul 8.45.. Agak lame jugak perjalanan sebab banyak berhenti dan jalan agak sibuk.. Sampai2 sane kami terus cari food court.. Masing2 muke dah lapar.. Dalam kete asyik mengunyah je, tu pun lapar lagi.. So, pusing2 la mencari food court.. Food court plak nak yang ade TV.. Hehe.. Ade dua tujuan sebenarnye cari food court yang ade TV tu.. 1st, mestila nak makan kan.. 2nd, budak2 ni nak tengok Nur Kasih, temasukla su.. Hehe.. Lepas makan kami ke KB MALL jap.. Nak jenguk2 jugak kat dalam tu kan.. Time pegi tu hampir nak tutup dah.. So, pusing2 je kat dalam tu.. Then kami gerak ke Wakaf Che Yeh.. Kawan su kate kat sane barang murah jugakla.. Suasana kat sane plak, lagi jauh malam, lagi meriah orang kate.. Time kami pegi tu dah pukul 11 malam.. Meriah la jugak time tu.. Tempat tu bukak sampai pukul 4pagi.. Da membeli, da habis pusing2, kami pun bertolak balik ke rumah kawan su yang tinggal kat Kelantan.. Ikut jalan highway dekat sikit.. So, malam tu kami menginap kat rumah die je di Pasir Mas..

Hari yang seterusnya, (Ahad), lepas da b'fast kami siap2 nak ke Rantau Panjang pulak.. Dalam perjalanan ke sane sempat la tengok2 Istana Kelantan, Masjid yang berbentuk seni bina Cina (cantik sangat masjid tu, terpegun tengok) dll.. Banyak jugakla tempat yang diterjah kami.. Hehe.. Nak masuk ke Rantau Panjang tu kene lalu kat tempat kastam dulu.. Sempadan nak ke Siam.. Jalan nak ke Rantau Panjang betul2 bersebelahan ngan Siam, di mana hanya tembok sahaja yang memisahkannya.. Kalau panjat tembok tu, intai2 ckit nampakla Siam.. (But, dun try dis at home) Hehe.. Kene tembak baru tau.. Bahaya aksi2 macam tu..

Okay, da sampai Rantau Panjang.. Jalan kat sane agak sibuk.. Ngan kenderaan Siam lagi.. Bukan xtau camane dorang pandu, melulu je.. Su plak yang asyik tekan brek je. Naik lenguh kaki su.. Dahla kete manual.. Mane taknye, nak kona, main kona je xtoleh kiri kanan.. Eee.. Seram betul su.. Lupekanla pasal tu.. Ha, Rantau Panjang.. Hehe.. Barang kat sane murah sangat.. Murah lagi dari wakaf Che Yeh.. Ape lagi, budak2 ni da rambang mate.. Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk.. Jumpe tu beli.. Jumpe ni beli.. Err.. Budget da lari!! Dek kemurahan barang.. Aduhai.. Jalan punye jalan, beli punye beli, tengok2 jam da pukul 2 petang.. Oh no! Mase lari..! Ok, kawan2.. Cepat! Hurry up! Times up now!! Start enjin kete terus balik ke rumah kawan.. Aduh, penat sungguh.. Krem kaki.. Nampaknye su nak kene rehat dulu sebelum drive jauh.. Ambik mase 30minit untuk rehat..

Pukul 3.30 kami bertolak dari Pasir Mas menuju ke UDM.. Su drive straight je, xde benti2 dah takut lewat sampai.. Di pertengahan jalan hujan lebat pulak.. Cabaran betul.. Sampai kat Besut hujan dah benti dah.. Dalam pukul 6.30 kami sampai kat Pantai Bari.. Nampaknye kene berhenti rehat jap.. Ambik2 angin skit.. Lenguh badan driving.. Kalu highway bleh tahan lagi, ni ikut jalan kampung, hard la sikit.. Then kami teruskan perjalanan dan sampai kat UDM pukul 7.30..
Alhamdulillah semuanya selamat..

InsyaAllah ade rezeki kita buat konvoi satu kelas sem hadapan ye kawan2..

~Jauh perjalanan luas pengetahuan~
~Jauh perjalanan, bab minyak jadi tekanan~
Hehe.. ^_^

Sunday, October 18, 2009

Story ex-roomate lagii.. ++ Blik rumah..


Hari tu dah ade entry pasal rumate.. Ni ade story roomate lagi..
Alhamdulillah pagi tadi da selamat sampai kat UDM.. Thanks su ucapkan pada ibu (mak cik Ita) yang awal2 pagi lagi gi ambik su kat airport.. Thanks banyak2 Ibu..
Balik rumah? Hmm.. Macam xpuas sekejap je ngan family.. Tp disebabkan ade urusan yang perlu diselesaikan, tepaksela balik UDM awal.. Kalo x, hari ni boleh ikut parent pegi jemputan open house.. Makan lagiii.. Hee..
Okay, time balik hari tu, ex-roomate penulis datang tido umah.. Die dari UPM.. Best jugak.. Atleast adela jugak peneman penulis kat rumah tu untuk borak2.. Pagi sabtu kami sekeluarga keluar coz atas undangan open house.. Tp destinasi utama pagi tu pegi Low Yat dulu.. Nak cari aksesori sikit.. Sambil2 tu ikut ayah meeting ngan penerbit.. Agak membosankan jugak nunggu meeting.. Sampai nak tetido.. Hehe.. Tengah hari tu baru ke open house..

~Wif my ex-roomate (kak Nabila) yg brbaju putih

..Kalo duk ngan die, cnfrm xkan stop bcakap, peramah orngye...

Kate ayah agak rugi kalau xpegi open house kat umah kawan die tu sebab time tu la peluang keemasan untuk berjumpe ngan sume kawan2 lame ayah.. Then kat situ jugakla para2 penerbit buku berkumpul dan membawa keluarga masing2. Kalo x, pegi ofis penerbit jumpe pengarahnye je.. Tp kali ni dapat jumpe sume family.. So, time tu adalah satu peluang untuk beramah mesra dan saling mengenali antara satu same lain.. Antara penerbit yang hadir bersama keluarga adalah dari penerbit Hidayah Publication, Jasmin Enterprise, Dawama, Media Syabab dan lain-lain termasukla my dad (Lukman Typesetting) serta beberapa saf pimpinan politik.. Fikir2 balik, best jugak skali skala jumpe camtu sebab boleh bertukar idea dan dapat tahu segala perkembangan baru serta semasa.

Balik dari open house, gi hantar akak roomate balik plak.. Then terus ke open house kedua sampaila undangan open house yang kelima.. Hmm.. Xmampu nak makan dah.. Makan sekadar nak ambik hati tuan rumah.. Makan banyak pun gi timbang berat tetap same, x naik2.. Haih, Give up betul.. Ke penimbang tu yang rosak.. Xkan sume rosak kot.. 3 penimbang dah try.. Hmm.. Xtaula..

Bagi penulis, hari tu kire penghabisan beraye la.. Balik rumah pun pukul 12 malam dah.. Agak letih jugak sebab malam tu penulis kene drive.. Ayah penulis sakit kepale sebab makan daging kambing.. Tu la ayah, orang da pesan jangan makan.. Ayah nak makan jugak.. Tengook, kan da sakit.. So, penulis pun drive la ganti ayah.. Ai, pukul 11 lebih pun jalan jem lagi.. Isy3.. Mlam tu highway agak sesak mungkin sebab Deepavali kot kan.. Da sampai rumah barula kelam kabut ngemas barang nak balik UDM.. Alamatnye kul 2pg la tido.. Kul 5.30 pg esok tu nak kene betolak gi airport dah..

~Hari yang amat meletihkan~

....Tp puas hati balik sebab banyak urusan penting dapat diselesaikan..... Alhamdulillah..

Thursday, October 15, 2009

Si kecil + Teddy bear + Suram...

Alhamdulillah semalam selamat naik bas.. Nak gi mane?? Nak balik rumahlaa.. Ade urusan yang perlu diselesaikan kat sini...

Alkisahnye bukan nak cerita pasal bas tu.. Tp nak story pasal ape yang berlaku dalam bas tu.. Semalam penulis balik dengan barang yang penuh di tangan.. Ape yang ade di tangan tu?? Haa.. Naik bas dengan keadaan teddy bears dan kotak teddy bear ade di tangan.. Tu sume orang bagi time buzday hari tu.. Agak malu + segan jugakla nak bawak.. Tp tepaksela jugak menahan sebab bagasi da pnuh.. Kalau xbawak balik, jd serabut pulak dok kat dalam bilik tu.. So, penulis pun bawakla naik kat atas bas.. Nasib baik dapat seat single. Senang sikit nak meletak barang..

Storynye.. Time bas dah gerak nak kluat dari KT rase ok lagi. Agak dalam pukul 12 lebih kot, penulis tertoleh ke belakang, kat sebelah penulis.. Penulis terus terpndang wajah adik kecil ni.. Agal muram.. Lame die perhatikan penulis.. Ntahla, penulis rase lain macam.. Pastu die renung teddy bear yang penulis pegang.. Ai, terpikir jugak knape die tengok semacam je.. Penulis toleh lagi skali, die masih merenung ke arah penulis.. Xleh jadi ni, penulis rase macam xsedap hati.. Then penulis bagi teddy bear yang penulis tenga peluk kat adik tu.. Die ambik teddy bear tu then die renung teddy bear tu pulak..

Tertimbul tande tanye kenapela adik tu berperangaI sedemikian.. Muram je.. Tanpa banyak soal, penulis pun tanyela kat mak cik sebelah die, kenape adik tu masam je.. Penulis ingatkan mak die, rupenya mak saudare die.. Mak cik tu cakap adik tu baru lepas kematian ibunye disebabkan kemalangan.. Time kemalangan berlaku, mereka baru balik dari celebrate birthday adik tu dan ibunye menghadiahkan teddy bear Pooh sama yang macam penulis pegang tu.. Mak cik tu kate, mase kemalangan tu berlaku, teddy bear yang adik tu pegang tercampak then terkena darah ibunya.. Ya Allah.. Terkejut penulis dengan cerita tu.. Tibe-tibe jantung berdegup laju..

Kasihan.. Penulis merenung muke si kecil tu.. Wajah yang dahagakan kasih sayang seorang ibu.. Be;um puas si kecil itu menikmati kasih sayang yang sempurna dari seorang ibu.. Apakah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku pada si kecil tersebut Ya Allah..? Di usia yang terlalu muda sudah menghadapi satu ujian yang begitu berat.. Kau kasihilah di Ya Allah, kau peliharalah dia YaAllah.. Kau permudahkanlah segala urusan si kecil itu Ya Allah..

Dah nak sampai putra.. Penulis lihat si kecil tadi terlentok tidur sambil mendakap teddy bear yang penulis bagi tu.. Bas dah berhenti.. Penulis bangun dan bersalaman dengan mak cik tadi.. Si kecil tu terbangun dan terus memandang penulis.. Adik tu tanye, "dah sampia ke kak?".. Penulis jawab "kite dah sampai dik".. Adik tu terus menghulurka teddy bear kat penulis.. Err.. Nak ambiki ke xnak.. Rase macam nak bagi terus je kat adik tu.. Tp ingat teddy bear tu pun orang yang hadiahkan pd penulis.. Penulis pun ambilla teddy bear yang dihulurkan oleh adik tu.. Si kecil tu tersenyum dan terus mengucupi pipi penulis sambil memeluk.. Subhanallah.. Mase tu tuhan je yang tahu perasaan penulis.. Terlalu tenang dan terharu.. Penulis tahu, si kecil tu dahagakan kasih sayang.. Berat rase nak tinggalkan adik tu..

Apepun, didoakan semoga si kecil tu tabah menghadapi hidup.. Masih terbayang lambaian si kecil tu.. Itulah kehidupan.. 'HIDUP PENUH BICARA'..

Sunday, October 11, 2009

Oh My Roomate!!

Rezeki petang-petang.. Sungguh terharu.. Pas balik kelas, tibe2 perut terase lapar.. mane taknye, lunch buat pakej skali ngan b’fast. Mai petang, lepas kuliah mulela perut mengaum lapar kan.. So, lepas habis kuliah penulis pun ajakla kawan gi cafe lepas solat Asar.. Tapiii.. Rezeki lain yang datang.. Masuk bilik, trus solat. Lepas2 solat, dapat mesej dari ‘my dear’ laa.. Haa.. Mesej ape tuu?? “Su free x? Kak Nisa’ nak tunaikan janji ni sempena birthday.. Jom kluar..”

Haa.. Ape lagi.. Penulis terus siap then kak nisa’ datang ambik.. Kami ke bandar.. Ke mane nak tuju tu?? Nak tau, kami pi KFC.. Ni kak nisa’ la ni yang nak blanje sempena buzday.. Janji time pose hari tu lagi kitorang nak kluar, tp dah masing2 sibuk..

Dah sampai sane, kami terus ke KFC. Kene bratur panjang la gak.. Almaklumla time kemuncak tu.. Kami ‘date’ berdua je tau.. Hehe.. Pastu kami sempat lagi tu gi shopping dulu kat dalam Giant tu.. Habis satu Giant ditawaf.. Nasib blum cukup 7 kali tawaf je.. Kalau cukup memang dah afdhal la tu.. Isy3.. hehe..

Memang enjoy diz time.. Best sangat coz da lame xkluar ngan kak nisa’.. Dulu sokmo.. So, bile dapat peluang camni mengembalikan ingatan mase sebilik dulu2 ni.. Haih, rindunye.. Kami ni agak sekepala.. Anytime je bleh masuk..

Btw…. Time kasih banyak2 untuk sume ni.. Antara rumate yang paling serasi, sekepala n sporting.. Macam se’family’ dah..

~Thanks a lot dear~ ^_^

Saturday, October 3, 2009

FACEBOOK SATU LAGI CARA YAHUDI BERGERAK!!

Penulis ade dapat satu emel berkaitan FACEBOOK..
Nak tau??
Jom bace emel yang penulis dapat ni..

***p/s: Penulis ambil bulat2 emel yang penulis terima ni.. Jadi, ni bukan hasil penulisan penulis.. Penulis cume posting untuk menyampaikan maklumat..

Posted on Friday, September 09 @ 00:17:50 PDT

------------

Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana !! Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Di bawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka?

Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama..

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?




















Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. . Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik . Aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.

p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U..
So..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

--------------------

Jadi, ape reaksi anda bile membace emel dan artikel tu??
Ape tindakan kita, ape perasaan kita??
Saudara kita diseksa, kita masih terleka dengan permainan Yahudi..
Fikir-fikirkanlah..

Sunday, September 27, 2009

Tersedut Udara UDM dah + Citarasa Kopitiam..

Alhamdulillah dah baru sampai UDM. DAri Kuala Lumpur naik flight kul 8 dan sampai sini kul 9 malam.. Be4 sampai airport, terase agak kelam kabut jugakla.. Meletihkan diri kalau buat keje dalam keadaan kelam kabut ni kan..

Tengah hari tu penulis pegi beraya.. Tujuan utama tu nak pegi buat sesi temu ramah seorang pengusaha kopitiam.. Ini bagi menyempurnakan assignment usahawan.. Kene buat projek pulak.. Tapi dalam mase yang same kami pegi beraye.. Sebab usahawan kopitiam tu merupakan kawan parent. Anak2 die belajar sekali ngan adik penulis kat Indonesia nun.. Alkisahnye target nak pegi dalam sejam je.. Tapi berlarutan sampai 3 jam pulak.. Mane taknye, family die da sediakan something yang special untuk kitorang.. Dah masak special, pastu ade hi-tea plak.. Then dok rancak berborak lagi pasal bisnes.. Plan utama untuk sesi temu ramah jadi laaasst skali.. Tebalik pulak jadinye..

Time nak balik tu, penulis dan sekeluarga singgah ke kopitiam die jap.. Nak jumpe manager kat sane dan ambik cop skali sebagai proof.. Haa.. Nak tau, banyak makanan yang menarik kat kopitiam ni. Nila satu2nya kopitiam yang ade menyediakan makanan Singapore yang rasenye memang asli dan best sangat2.. Suasana kat dalam tu pun agak santai, tenang dengan bunyi deruan air terjun, hiasan dan sentuhan klasik.. Sampai penah masuk media la kopitiam beliau..

Antara makanan yang dimakan dan sedap rasenye..

Pakej Extravaganza.. Dalam tu ade menu:

~ Geylang beef chop platter +
Mix fruit 'Surprise' +
Double ice choc +
shake

Minuman yang best plak..
Penulis suke
~Californian Orange Shake..

Tp bile rase minuman family punye best jugak.. Hehe..

~ Katira float
~ Jasmine Green Frisky n
~ Hazelnut white coffee ice blnded
(Tu memang slurrp)
Pendek kate sume best la.. Tu yang tercetus ilham nak buat paper work bout kopitiam tu.. Tp ilham yang tercetus ni lain sikitla.. Papepun, masih secreto.. Hehe..

Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri..

Walaupun macam dah terlewat tp rasenye belum lagi kot, nak wujudkan jugak entry Salam Aidilfitri ni.. Sebab sebelum ni lame dah xupdate blog atas faktor mase xmencukupi dan segala kesulitan yang tidak dapat dielakkan..

Ok, sempena Aidilfitri yang Mulia ini, penulis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Ampun dan maaf dipinta andai ada kekhilafan, terbuat salah, tersinggung, terasa, termakan hati dan segala jenis ‘ter’ yang sama waktu dengannya.. Maaf Zahir dan Batin..

p/s: Yang peminat setia main mercun tu, tahun ni sudah2 la ye.. Takut nanti beraye xsempurna pulak.. Kan dah xmeriah.. =)

KEMAAFAN DIDAHULUKAN,

DUIT RAYA DIUTAMAKAN.. Hehe..

Wednesday, September 16, 2009

Alkisahnye.. Kite Hepy nak Raye.. Tp camane ngan yang Susah??

Alkisahnye nak diceritakan satu pengalaman di sini.. Bukan penulis yang lalui.. Tp pengalaman ni orang lain yang lalui dan penulis seolah2 merasai kesengseraan yang dihadapinya..

Ok, macam ni ceritanya.. Minggu lepas, my parent upah orang untuk mengecat rumah.. Orang kate nak tukar mood raya la katakan.. So, kebetulan jiran sebelah rumah recommend sorang hamba Allah ni yang memang arif mengecat.. Nak dikatakan pulak, tukang cat tu orang Aceh (agak fasih berbahasa Melayu).. Hari pertama datang mengecat rumah, my parent berpuas hati dengan hasil kerjanya, kekemasannya, kecekapannya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan..

Bermula ceritanya yang tau die ni orang Aceh, time die nak balik lepas habis mengecat, tibe2 terkeluar dari mulutnya sesuatu yang tidak disangka2 dan menyentuh hati mak penulis..
“Ibu, sy nak minta sedikit air buk.. Saya kehausan..” (Time tu die xpuase sebab melakukan kerja berat di pagi hari)


My Mum terkesima sebentar sebab die panggil ibu dan my mum pun pegila ambikkan air untuk die.. Kesian tengok die dalam keadaan macam tu.. Tibe2 terkeluar soalan yang xdisangke dari mulut die..

“ Ibu, saya saya mau carik ibu saya.. Saya perlukan wang dan saya perlu bekerja lebih..”

“Kenapa dengan ibu adik?” Tanye my mum..


“Begini ibu.. Sebenarnya saya mangsa Tsunami.. Keluarga saya semuanya terkorban.. Ibu saya, bapak saya, abang saya dan adik saya.. Semuanya berlaku sekelip mata.. Dalam masa 5 saat nyawa keluarga saya diragut dan hilang dari pandangan saya.. Yang selamat hanya adik saya yang bongsu buk.. Tapi saya takkan putus asa.. Saya masih berharap dan sentiasa berharap yang ibu saya masih hidup buk.. Hati saya kuat mengatakan yang ibu saya masih ada di atas dunia.. Jadi, saya mau terus mencari ibu saya.. Sebelum saya ke sini, saya bekerja untuk menyekolahkan dan menyara adik saya.. Dialah satu-satunya keluarga yang saya ada..”

Emm.. Begitulah ceritanya serba sedikit.. Dan die ade tanye mak penulis ade x pihak yang boleh mambantu mencari ibunya.. Tp my mum nasihatkan die supaya redha dengan ape yang berlaku.. Redha dengan pemergian ibunya.. Die tak boleh menerima hakikat yang ibunya sudah pergi.. Bayangan ibunya masih di bayangan matanya.. Mak penulis hampir menitiskan air mata dengan kisahnye.. Agak menyayat hati.. Walaupun dah bertahun berlalu, tp die masih berharap. Kejadian yang berlaku masih segar di ingatannya.

Bayangkan bagaimana perasaan orang yang kehilangan insan yang paling disayangi.. Susah untuk menerima.. Tambah2 perginya dalam keadaan yang menyayat hati.. Kalau kalian nak tau, umur die baru 19 tahun.. Tpi dah pandai menyara diri dan adik2.. Dah pandai bawa diri.. Awal die diuji dengan ujian getir..

Bagaimana die melalui setipa perayaan tanpa kehadiran insan yang disayanginya, insan yang dikasihinya.. Sudah tentu setiap kali Aidilfitri menjelang, pasti dia akan teringatkan kisah silam.. Begitu pahit untuk ditelan.. Namun digagahkan jua..

Kite camane?? Ya.. Kite senang dan hanya pandang sebelah mata kisah macam ni.. Mungkin sebab kite xmerasai dan tidak berada di tempat mereka.. Tapi, yang menghapinya?? Ya Allah.. Begitu perit..

~Carilah satu masa, luangkanlah walau 1 saat untuk merasai bagaimana keperitan orang lain.. Kalau kite rase kite susah, ade lagi orang yg susah dari kite.. Kalau kite rase perit melalui hidup, ade lagi orang yang lebih perit dari kite..~

..:Bertemu lagi di entry akan datang:..

Friday, September 11, 2009

Panggilan yang mengubah perasaan..

Ermmm.. Hmmm.. Semalam time su tenga shopping2 ngan kawan2, tenga best2 la mase tu.. Tibe2 sedang su berjalan sambil bawak barang, telefon berdering dalam handbag.. Ingat my mum yang call untuk pesan sumthing.. Rupenye tersalah tafsiran, yang call tu AJK Kelab Remaja su.. Tertera nama Muiz tp yang bercakap tu Tengku..

Beginilah bunyinya..

Tengku: Assalamualaikum kak su..
Su: Wkumsalam w.b.t.. Ade ape Muiz?
Tengku: Ni bukan Muiz.. Sy Tengku kak su..
Su: Oh, Tengku.. Sorry Tengku.. Ade ape hal ye? Ade masalah ngan Kelab kat sane ke?
Tengku: Erm.. X kak su.. Bukan pasal tu.. Kak su busy x skang ni?
Su: Kak su x busy sangat pun. Cume tenga beli barang2 je sikit..
Tengku: Sy nak gtau sumthing ni.. Harap kak su banyak bersabarla..
Su: Err.. Knape tengku? Jangan buat kak su takut..
Tengku: Sorang AJK kite meninggal dunia..
Su: ..................................... (kaku terdiam)..... ~Langkah terhenti~...
Su: Innalillah.. Betul ke ape yang kak su dengar ni?? Knape?
Tengku: Betul kak su.. Baru je tadi lepas dua hari die koma.. Sebab eksiden ngan bas
Su: ~Membungkam seribu bahasa~......Ermmm.. Ok, time kasih Tengku.. Sampaikan salam takziah kak su pada keluarganya..

Ya Allah.. Mase terime berite tu, terkejut sangat.. Terus berubah perasaan.. Mood shopping pun dah hilang.. Mane taknye.. Seorang yang aktif tibe2 pergi.. Perginye dalam keadaan yang menyayat hati.. Beruntunglah die kembali ke Rahmatullah dalam bulan puasa.. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman..

Then Su terus contact Kak Ros selaku setiausaha kelab untuk gtau hal ni.. Dan su contact Tengku semula untuk segera melancarkan tabung kutipan derma bagi mambantu keluarganya.. InsyaAllah hari Raya nanti pihak Kelab akan menziarahi keluarga Fazli..

Al-Fatihah..

~Setiap yang hidup pasti akan mati~

Sunday, September 6, 2009

Nuzul al-Qur'an Dan Lailatul Qadar...

Nuzul Al-Quran..




Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran..


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.


Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Sumber yang menulis...

Oleh Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Wednesday, September 2, 2009

Cerita di sebalik nama-nama Bulan Islam..

1. Muharam ertinya yang diharamkan. Di dalam bulan ini diharamkan berperang atau bermusuhan.

2. Safar ertinya kosong. Di dalam bulan ini, orang-orang Arab di zaman Jahiliah biasanya meninggalkan kampung halaman masing-masing kerana berperang.

3. Rabiulawal ertinya musim bunga yang pertama. Pada bulan ini pokok-pokok mula berbunga.

4. Rabiulakhir ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi pokok-pokok berbunga.

5. Jamadilawal ertinya permulaan musim sejuk.

6. Jamaldilakhir ertinya musim sejuk yang akhir, salji-salji masih lagi turun di sana sini.

7. Rejab ertinya kebesaran. Bulan yang dimuliakan oleh masyarakat Jahiliah.

8. Sya'aban ertinya bercerai. Pada bulan ini biasanya orang-orang Arab Jahiliah meninggalkan kampung masing-masing pergi mencari sara hidup sama ada bertani atau pun berdagang keluar negeri.

9. Ramadhan ertinya bulan panas terik.

10. Syawal ertinya mencawat ekor. Biasanya unta betina mencari pasangan.

11. Zulkaedah ertinya tempat duduk. Pada bulan ini semua orang duduk beristirehat di rumah masing-masing.

12. Zulhijjah ertinya bulan haji. Pada bulan ini penduduk-penduduk di Semenanjung Arab berkunjung ke Kaabah di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji mengikut kepercayaan masing-masing.

Sunday, August 30, 2009

Kemerdekaan dalam Rahmat..


Posto.. Posto.. Ogos datang lagi... Hehe..

52 tahun lalu Kemerdekaan Negara telah dimahsyurkan pada 31 Ogos 1957... Bulan Ogos disambut dengan perbagai aktiviti menyemarakan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

Pada 31 Ogos 2009, esokla kan.. hehe.. Tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 kwn2. Setelah 52 tahun merdekan, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut (bukan perjalanan dari UDM ke KT ye), terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara. Kita sebagai generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini... Mereka bukan saje ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup 'berkorban apa saja' untuk memastikan kemerdekaan yang dicapai dahulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni kita pulak berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri... Macam2 perkara yang berlaku Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita... Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua... Adaka itu membawa satu maksud yang kita ni lebih mementingkan diri sendiri? Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang? Jawabla.. Diingatkan tiada talian hayat yang kedua ye..

Atas sebab itulah, 1 Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu... Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita... Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi malap dan terus kelam... Ibarat pelita yang kehabisan minyak tanah.. ~ade ke peribahasa tu??~

Fikir2kan...
Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh Rahmat iaitu bulan Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam.. Jangan alpa...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Thursday, August 27, 2009

Kurma Yahudi!!!

p/s: Baca dan sebarkan..
Assalamu'alaikum wbt semua ...

Berhati -hati jika membeli buah kurma dari Jordan.... Buah kurma madu yang bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan, tetapi dihasilkan dari negara Israel.. Dan diimpot serta dikotakkan di Singapura, tapi diedarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya... Ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura tetapi malangnya tidak disiarkan di Malaysia.

Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..
Kasihanilah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonominya!
Allahuakbar!!!

Wednesday, August 26, 2009

Dapat lagiiii.....

Hari ni.. Tanpa disangka-sangka dapat lagi teddy bear.. Yang bestnye Pooh plak tu.. Hihi.. Cute sangat.. Diletak dalam box yang cantik, bereben.. Siap ada coklat lagi tuu.. Alhamdulillah rezeki hari lahir.. So, nak ucap terima kasih sangat-sangat pd si Fulan yang bagi hadiah tu.. Semoga Allah murahkan lagi rezeki anda ye.. Thanks jugak kepada pemberi2 hadiah yang lain.. Semua tu adalah satu kenangan bagi su.. Su akan simpan baik2.. Ukhuwah persahabatan itu sangat bernilai.. Hanya Allah yang dapat membalasnya..

~Balik ni kena mengangkut la pulak nampaknye~ Hihi..




Ni kotak bukan sebarangan kotak tau..
Bukan macam kotak A4 Paper yang Double A tu..


Cute pooh kan3.. =)

Dapat coklat time bulan2 puase plak.. Menduga kesabaran betul..

Friday, August 21, 2009

Salam RAMADHAN AL-MUBARAK..



Sempena Bulan Ramadhan yang mulia.. Ingin penulis menyusun jari memohon kemaafan buat semua andai ada kekhilafan.. Semoga kita semua diberkati Allah dan senttiasa dalam peliharaanNya..

Wahai tetamu Ramadhan..
Untukmu kuberikan Rahmat dan maghfirah..
Air mata taubat...
Dendangan tadarus..
Selimut tarawikh..
Bantal tahajjud di Bulan Ramadhan..

My name is 'SYAABAN'..
I'm advising U dat my neighbour RAMADHAN will be visiting U soon wif his wife REZEKI and 2 childrens, SAHUR and IFTAR..
They will be accompanied by 3 grandchildreen RAHMAT, BARAKAH and TAUBAT.
They will leave after 30 days by EID airlines.
Treasure them and U wil be blessed..


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..
MARHABAN YA RAMADHAN..

Thursday, August 20, 2009

Ulangtahun Kelahiran yang penuh makna dan perubahan..


Assalamualaikum…

Sebagai pembuka bicara dalam entry ni, su nak ucap time kasih banyak-banyaaaakkk sangat pada orang yang telah kenekan su time hari lahir su smalam, 19 Ogos.. Memang best sume taktik2 tu.. Hehe.. Hampir2 terpedaya tau.. Tu sebagai pembuka bicara..

1st of all.. Diucapkan jutaan time kasih banyak pd mak dan ayah sebab telah arrangekan 1 majlis yang ringkas dan doa selamat.. Thanks jugak coz berikan hadiah yang bernilai 4 dis year, yang boleh diabadikan dan boleh dinikmati dalam jangka masa yang sangat lama.. Segalanya terlalu berharga.. Dan yang tiada tandingan nilainya adalah kasih sayang.. Itulah yang paling berharga.. Btw, terima kasih didahulukan pada seorang yang bergelar ibu kerana telah melahirkan anakmu.. Dan pada ayah, terima kasih sebab telah menjaga dan membesarkan anakmu dengan penuh kasih sayang dan kesabaran dalam melayan karenah anakmu ini.. Syukran jiddan.. DAN.. Adikku! Thanks dik! Walaupun jauh kat Indonesia nun, ingat jugak nak call akak ye.. Jgn lupe yang akak pesan dari seberang tu yer.. =)

Okay, kat sini su nak ucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada insan2 yang ingat pd su dan mendoakan su.. Antaranya:

Sahabat2

-Abg Aizat (orang yang paling awal call untuk wish, TQ!)

-Syida [Dakwah]

-Nana [PTI] (ikut time Islam.. Gud!)

-Ahmad Adib Akhyar (Salah time, salah pitching kenekan orang..Isy3.. Kesian2)

-Mustofa

-Pipah [PTI] (bonda class.. Hehe)

-Abg Shah (Hepi Besday too!)

-Mira [PTI]

-Abg Hamzah (Thanks atas ingatan)

-Siti

-Hakim [PTI] (Not sour ya!)

-Noni [PTI]

-Aisya [PTI]

-Fatin [PTI] (nak dengar sound buzday secara real la dari fatin.. Hihi)

-Kak Nisa’ [MPP] (Ex-Rumate kesayangn nii.. TQ dear.. Misz U too.. Payah dah nak jumpe slalu skang kan)

-Aizuddin [Dakwah]

-Ikram

-Fiqa [PTI]

-Aisyah [Dakwah] (Thru FS, lawa pic tu)

-Kak Ila [ex-rumate] (Thru YM)

-Aina [Dakwah]

-Abg Farid (Thru YM)

-Fadhli [Dakwah] (Thru YM)

-Syafiqa

-Sharisham (Thru tag)

-Akhi Nurudin (From Mesir)

-Wani [Dakwah]

-Lokman [Usul]


Ahli-ahli Kelab

-Tengku Noramin Akhbar

-Fendy

-Syira

-Syahira Nazri

-Farah

*TQ pada ahli2 yang datang jamuan semalam dan kenekan orang cukup2 ye.. Hampir2 percaya.. Rupenye guys dah plan awal2 ye smalam.. xpe2.. Awas kamu ye..


Jiran-jiran

-Cik Arzian n Cik Jamil sekeluarga

-Cik Syam

-Naniey

-Taufiq and parents

-Cik Zie dan Cik Ramli

-Bibi n husband

-Cik Noni

*Name2 yg xde dalam senarai mintak maaf ye, takut2 terlupa..


Apepun, diucapkan time kasih pd sume.. Very appreciate.. May Allah Bless U all..

Itulah rezeki Allah pada hambaNya. Die tidak pernah kedekut. SESUNGGUHNYA rezeki berupa pemberian atau habuan Allah kepada makhluk-Nya. Anugerah Allah tidak sekadar berupa kekayaan, sebaliknya meliputi pelbagai aspek kehidupan. Rezeki Allah meliputi apa saja yang diperlukan dalam kehidupan termasuk makanan, pakaian, kediaman dan sumber yang berkaitan.
Keperluan itu untuk kesejahteraan jasmaniah insan. Selain itu, rezeki untuk kesuburan rohaniah juga penting. Ini termasuk ilmu pengetahuan, kecerdasan serta taufik dan hidayah. Mudahan Allah kurniakan rezeki yang murah kepada kalian semua..

Hmm.. Stiap otang pasti ada azam dalam hidup.. Bermulanya datri saat ini, segala keputusan dalam hidup adalah di tangan.. Segalanya perlukan 'Anjakan Paradigma'.. Inilah masanya!


Saturday, August 15, 2009

Gambar Sekitar Debat Piala Dekan...

z


















Friday, August 14, 2009

Akhirnya..... Sampai jugak.......


Penantian berakhir..

Setelah lame ditunggu2, akhirnya hari yang ditunggu tu tiba.. Hari penulis akan pulang ke rumah.. Be4 dat, penulis nak ucap ribuan terima kasih orang yang hantar penulis ke airport.. Kalo x, xtaula camane.. Dahla flight dari ganu ke KL kul 8.50 pagi.. Sepatutnya penulis kene sampai ke airport 40 minit sebelum berlepas. Tapi, penulis sampai airport 15 minit sebelum berlepas. Agak kelam kabut jugakla.. Sampai2 sane penulis terus check in then terus masuk ke balai pelepasan then terus naik flight.. Time tu penulis orang terakhir naik flight. Lpas penulis naik, flight terus bergerak. Alhamdulilah selamat jugak.... Hajat nak breakfast pun xsempat.. Lapar jugak.. Nasib baikla dalam flight tu ada disediakan sarapan pagi. Diberi jus oren dan muffin. Atleast untuk mengalas perut je.

Flight mendarat di KL kul 9.35. Parent lum sampai lagi sebab janji ngan parent kul 9.50. Awal plak flight penulis sampai sebab on air awal.. Penulis pun berlegar2 dulu dalam airport tu.. Ramai yang pakai mask.. Takut jugak penulis tengok.. Macam di tahap kritikal sangat dah H1N1 ni.. Naudzubillah min zalik.. Dalam kebosanan menunggu, penulis masuk kat starbucks dulu. Isi perut jap.. Tak lame lepas tu, my dad call.. die da sampai.. Maka….. Berakhirla penantian. Hihi..
Dapatla cium parent setelah sebulan menahan rindu.. hikhik.. Penulis ingatkan nak balik rumah terus.. Rupenye parent dah ade plan lain.. Xgtau penulis pun.. Banyak destinasi nak pegi rupenye.. Okay, my mum pun buatla listing kat penulis mane nak pegi..

Destinasi pertama, pegi kat penerbit buku dulu, Jasmin Enterprise coz ayah ade meeting ngan pengarah penerbit tu... Penulis pun ikut gak ayah masuk meeting… Hehe.. Dah jadi kebiasaan, mane ayah ade meeting, penulis ikuuuut je.. Atleast bleh blajar selok belok bisnes ni.. Destinasi kedua, pegi kat penerbit jugak, tapi yang ni Hidayah Publication.. Ada urusan tentang penerbitan buku. Tp penlis xikut masuk.. Dah penat dah.. Duk dalam kete je.. Then trus gi lunch kat Food Court Duta memandangkan matahari pun dah tegak dah..

Destinasi keempat, singgah umah sepupu jap.. Ambik buah mai dari kampung.. Almaklumla sekarang kan musim buah.. Sampai seguni.. Banyak betul.. Rajin diorang mengait buah kan.. Destinasi kelima, Haa.. Ni penulis xtau langsung yang parent plan.. Parent ajak g shopping untuk raye.. Time tu baru gtau. Isy3.. x sampai rumah lagi nii.. Barang dah penuh dalam kete tu.. Xpela, penulis ikut je lah.. Sebab kate my mum, kluar kali ni nak beli barang untuk penulis and my mum dulu.. Hari lain kluar bli barang untuk adik2 and ayah plak.. Almaklumla adik2 sumenye laki.. Penulis sorang je perempuan.. So, yang adik2 beli hari lain.. Senang nak mencari nanti.. x kelam kabut sangat..

Tenga jalan2 beli barang tu, hujan plak.. Hujan rahmat bagi alam tu.. Hmm.. Susah nak membeli time hujan2 ni.. Penulis pun ajakla parent balik.. X banyak barang yang sempat dibeli.. Xpela, hari lain masih ade.. Bukan ape, yang kluar beli awal tu sebab bulan pause nanti xnk keluar dah.. KL ni time bulan2 puase, MasyaAllah……… Bkan xtau, Sesak tahap kritikal.. 3 kali ganda dari hari biasa.. Xsanggupla.. Lebih baik keluar bli barang awal2.. Lagipun bulan puase ni penulis ade kat Universiti.. Xde kat rumah..

Alhamdulillah.. Akhirnya………….. Sampai jugak penulis kat rumah.. Itulah dia ‘rumahku syurgaku’.. Satu ketenangan yang lain sekali bile dapat masuk rumah.. Hilang sume penat2 yang tai tuu..

Sebenarnye petang tu kul 3 penulis ade meeting dengan kelab penulis.. Tp penulis xsempat sampai ke ofis meeting on dat time.. Kesian kat ahli2 penulis yang mengharap penulis datang.. Hmm.. Xpela adik2 ye.. Kak su pecaye adik2 bleh buat yang terbaik.. Kak su percaya pd Tengku.. Amanah dah digalaskan masing2, jd jalankan ye.. InsyaAllah sebelum kak su balik, kite buat perjumpaan dan susun atur program yang nak dijalankan pada bulan puase ni.. =)

Saturday, August 8, 2009

AWAS!!! H1N1!!

Malaysia telah ditembusi dan dicerobohi satu wabak yang dikenali sebagai H1N1.. Di mane kite pergi, pasti terdengar bicara mengenai H1N1..

Begitu juga keadaan di universiti ni.. Ramai yang telah dikuarantin. Kebanyakan U dah tutup untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

APAKAH TANDA2 DAN GEJALA2 PENYAKIT INI??

Gejala awal jangkitan H1N1 adalah:

Selesema
Batuk
Demam, suhu badan tinggi
Sakit kepala
Sakit badan
Sakit tekak
Kadangkala muntah2

*Segera ke klinik kalau ada tanda2 seperti di atas..

Dan perubatan pencegahan yang termudah dan terbaik adalah, pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Atau dengan kata lain, wudhuk tu xterputus dari diri anda. Sebab pada wudhuk itu sendiri ada banyak 'khasiat' yang tersendiri. Cube fikir kenapa Allah 'wujudkan' wudhuk? Pasti ada kebaikan kerana Allah tidak menciptakan sesuatu untuk disia-siakan..

Renung2kan dan selamat beramal..


Hmm.. Sekarang segala aktiviti di luar kampus adalah tidak dibenarkan.. Terperap je lah dalam kawasan kampus ni. Kalau x, sepatutnya minggu ni su kene ke Perak untuk program Astronomi. Nak keluar pun xberani. Macam2 padah mengundang kat luar tu. Langkah yang diambil U adalah dengan mengadakan solat hajat beramai2. Selain tu, pusat kesihatan juga dibuka berhampiran dengan kolej kediaman pelajar. Mudah sikit nak pegi.. Kalau x, kena jalan ke HEPA..
Selain tu, pelajar2 yang dikuarantin di tempatkan di satu tempat khas. Sesiapa yang suhu badan naik mendadak, pasti dikuarantin. Dan yang paling penting nak pesan.... Pakailah MASK yang dibekalkan oleh pihak universiti secara percuma tu.. Xkene beli pun.. Jadi, untuk langkah keselamatan, pakailah MASK kalau keluar..




# PASTIKAN MASK SENTIASA BERSAMA ANDA..

Tuesday, August 4, 2009

Seputar Debat Piala dekan HEPA Kali-1

Salam bertemu lagi...

Dah lame rasenye xupdate blog ni.. Macam mane nak bukak blog, sampaikan mase untuk diri pun payah nak dapat. Inikan pula mas untuk blog.. Hmm.. Itulah kehidupan kan kwn2..
Okay.. Let's start story.. Last week, telah dianjurkan satu pertandingan Debat Piala dekan HEPA Kali-1, anjuran Jawatankuasa Perumahan dan Kebajikan Pelajar Kolej Kediaman C dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pada 30 Julai sehingga 1 Ogos 2009..

Pada awalnya , su xjangka langsung yang su akan join dalam program debat ni.. Tengok banner pun, sekadar kate "oo.. debat".. Tu je.. Tapi malam sebelum program bermula, sekitar kul 10 lebih abg Izzudin call mintak jadi YDP dewan sidang.. Err.. Terkedu sebentar.. Mane taknye, before dis xpenah2 jd YDP dewan sidang.. On da spot gak buat keputusan.. "Ok, su boleh je.. InsyaAllah.. Tp kene berguru dulu".. Tu la kate su.. Xpela, tujuan nak membantu n mencari pengalaman baru..

Esoknye plak, sebelah petang, atas penerimaan mesej suro su ke dataran cafe untuk jumpe ngan abg Izzudin n pengarah program iaitu saudara Muhammad Aizat bin Anwar Apandi bagi menerangkan perjalanan program dan briefing...

Sebelah malam tu, ade perasmian di foyer kolej kediaman sekaligus sesi pelancaran Piala Debat Dekan HEPA Kali ke-1 antara kolej kediaman UDM dan penentuan usul perdebatan.. Majlis berakhir pd 10.30 malam. Tp AJK2 xleh balik lagi.. Kene briefing plak sampaila kul 12 lebih.. Yang YDP2 dewan lebih dikenali sebagai 'usher'.. Bunyi memang best kan..


USUL DEBAT PERINGKAT SARINGAN
Politik
-Institusi Politik Kita Berintegriti
Ekonomi
-APEC Memartabatkan Ekonomi Anggota
Sosial
-Keselamatan Awam: ISA Bukan Jawapannya
Hiburan
-Media Kita: Lebih Sudu Dari Kuah
Sukan
-Bola Sepak Tidak Layak Menjadi Sukan Teras Negara
USUL DEBAT SUKU AKHIR
-Rambut Sama Hitam, Hati Lain-lain
USUL DEBAT SEPARUH AKHIR
-Earth Hour Hanya Gimik
USUL DEBAT AKHIR
-1 Malaysia Pemangkin Pembentukan Negara Bangsa

Pagi esok tu, bermulanya pertandingan debat.. Cool dulu.. Gementar la plak tengok dewan sidang.. Nampak beso semacam je.. Hehe.. Apepun, masuk je.. No xcuz su.. Okay, kul 8pg, peserta kumpul kat roll call untuk ambik usul.. Kul 8.15 debat start.. Ape lagi.. Tugas berjalan! Gementar! tapi.... Dah lame2 dalam dewan sidang tu.. Haih, boringla pulak.. Kalau yang debat mantap tu, bestla. Siap sindir2 lagi.. Yg tu xboring sangat.. Jadi terhibur.. Tugas berjalan seperti biasa..

Debat terakhir.. Alamak.. penentu sape usher yang akan join pertandingan akhir ni.. It's me!! Seram sejuk je dengar abg Izzudin gtau.. Xpe2.. Demi pengalaman.. Petang tu buat raptai sikit untuk protokol malam penutup dan perdebatan akhir.. Su memilih untuk pakai warna putih melambangkan warna dalam bendera dan berkot... 'Perpaduan'.. Majlis perasmian ni akan dihadiri oleh Y.Bhg En. Nordin bin Jusoh, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).. Selesai pengumuman pemenang, maka berakhirla majlis..

Pd pandangan su, program macam ni wajar diteruskan lagi.. Satru program yang bagus.. Tahniah pada saudara Muhammad Aizat.. Di sini, su nak ucapkan terima kasih banyak2 terutama pd abg Izzudin sebab banyak beri tunjuk ajar dan ajak join.. Kepada abg Aizat, abg shah, kak Azalia, kak Nadhirah, kak Aisyah dan semua la jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program ni.. Walaupun su baru join, tp rase seolah2 macam dah kenal lame.. Smua sporting2 dan baik2 belaka.. Xkekok dalam menghulurkan bantuan.. Tahniah dan terima kasih kepada semua.. Dan Tahniah juga kepada semua peserta debat serta pemenang..

"PERPADUAN MAHASISWA
PENGGERAK 1 MALAYSIA"
*Gambar sekitar program perdebatan xsempat nak attach, akan disusulkan kemudian..

Wednesday, July 29, 2009

Malaikat di Sisi Kita di Dunia...


Suatu hari seorang bayi bersedia untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan:

"Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab, "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi di sini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan menyayangimu dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia."

"Dan bagaimana saya boleh faham saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar dan dengan penuh kesabaran serta perhatian. Dia akan mengajarkan bagaimana cara untuk berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara denganMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak akan melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu.

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan si anak bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?

"Kamu akan memanggil malaikatmu, Ibu."

Ingatlah selalu kasih sayang ibu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa..


Friday, July 24, 2009

Gambar GERHANA MATAHARI 22 Julai 2009..

Entry Gerhana kembali lagi...!
Kali ni jom kite lihat pula gambar Gerhana Matahari pada 22 Julai 2009..

Cerapan Gerhana ni dibuat di Taman Rekreasi Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung). Unit Falak (UDM) telah menyertai program cerapan gerhana anjuran bersama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)..

Program cerapan ni bermula jam 8 pagi tetapi awan tebal menghalang cerapan peringkat awal gerhana yang bermula jam 8.24 pagi. Gerhana mula dapat disaksikan jam 9.16 pagi, yang sudah melepasi detik maksimum jam 9.08 pagi. Cerapan dirakam menggunakan Astrovid Stellacam melalui teleskop GOTO (F=660mm) dengan penapis filem hitam putih (x-ray) selepas penapis lain (mylar dan polimer) tidak dapat digunakan sebab faktor awan.

Gambar2 di bawah ni menunjukkan sebahagian fasa gerhana yang berlaku..
Jom lihat..