Untuk perkembangan semasa Kejadian kemalangan pelajar Malaysia di Jordan, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)telah dimaklumkan bahawa :
1) Saudara Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin telah dipindahkan ke Hospital Amman Surgery, Amman, Jordan.
2) Jenazah Almarhumah Saudari Sumaiyah Binti Romli telah dihantar ke Prince Hamzah Hospital untuk tindakan susulan oleh pakar perubatan dan dijangkakan akan dihantar pulang ke Malaysia pada 23 Jun 2013 (Ahad).
3) Saudara Shukri Bin Alias buat masa ini masih lagi ditempatkan didalam Wad ICU, Hospital Queen Alia, Petra dan mendapat kawalan rapi daripada para doktor.
4) Saudari Humairak Binti Ibrahim yang mengalami keguguran berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.
5) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan, salah seorang pelajar di London School Of Economy juga mengalami kecedaraan di bahagian bahu dan bahagian pinggan dan sekarang masih ditempatkan di Hospital Queen Alia, Petra.
6) Seorang bayi (anak kepada pasangan Saudara Muhammad Nazirul dan Saudari Humairak) telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Wadi Musa, Petra.
Kesemua ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan oleh pihak EMJ dan JPA.
Mohon sumbangan bantuan kepada seluruh rakyat di Malaysia khususnya demi kita sama-sama membantu menampung kos rawatan mangsa kejadian..
Segala bentuk sumbangan, boleh disalurkan ke akaun seperti yang tertera di bawah dan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Segala bentuk sumbangan, boleh disalurkan ke akaun seperti yang tertera di bawah dan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Akaun Maybank
1630 4627 8572
Salsabila Al Mardiah Binti Mohammad Yunus,
Timbalan Bendahari MPMMJ 2013/2014
1 comments:
#Повії Один плохой главнокомандующий лучше, чем два хороших.
Все жалуются на свою память, но никто не жалуется на свой разум.
#ПовіїКиєва
Post a Comment