.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, January 23, 2011

Pergunungan Dieng *Kawah Gunung Berapi

Salam sejahtera.. Bertemu lagi kita dalam episod ke-3.. hehe. Macam wartawan la pulak. Kawan2 penulis yang beria nak tau story gunung tu harap bersabar ye. Stop mesej me, ni nak story dah ni. Saje mendera guys lambat2 keluarkan entry ni. Hehe. Jangan marah yee..

Trip seterusnya.. Adik penulis bawak penulis ke swimming pool pulak yang terletak di Muncul. Apa yang menariknya swimming pool di sini kan, airnya fresh daripada gunung dan sentiasa mengalir. Dingin banget! Confirm air ni bersih + suci lagi sebab airnya sentiasa bertukar, semulajadi. Inilah anugerah alam ciptaan Allah. Penulis mandi ke..? Oh tidak, semestinyalah penulis tak mandi sebab swimming pool ni bercampur lelaki dan perempuan. Penulis hanya temankan adik penulis dan kawan2nya yang beria sangat nak datang sini.

Air yang datang dari gunung, sejuk..

After puas adik penulis mandi, kami terus ke tempat special ikan bakar yang terletak bersebelahan dengan swimming pool tu. Ini semua adik penulis punya plan lah. Nak sangat makan ikan bakar. Penulis pun ikutlah. Apa yang menarik kat sini sampai beria2 nak makan..? Kat sini kan, ikannya fresh. Maksud penulis, owner kedai ikan bakar ni pelihara ikan di tempat dia, bila kita order ikan bakar baru ikan tu ditangkap. Sudah pastilah isinya manis kan, fresh dari ladang. Tempatnya pulak, style Jepun punya. Then yang menariknya, restoran tu terapung dalam air dan dibina overall dari buluh. Oh, sangat menarik! Sambil makan dapat lihat ikan2 berenang. Kat sini kami order 10 ekor ikan bakar . 10 ekor ok.. Ditambah dengan air kelapa special. hehe.. Banyak kan? Sebab kawan2 adik penulis ramai. Tolong jangan fikir penulis makan kesemua 10 ekor tu ye. Pemikiran yang seleweng tu.

Ikan yang dibela, nak makan baru ditangkap..
Fresh + manis isinya..

Restrn terapung, ikan besar2 dan
binaan sepenuhnya dari buluh.. Unik..

Next..?? Semestinyalah ke Dieng. Dieng tu kawasan ape eh..? Ok, kalau nak tahu, Dieng ni nama bagi sebuah kawasan pergunungan. Haa, kat sinilah penulis dapat lihat kawah gunung berapi tau. Punya panjang melencong story, baru masuk story gunung.. Hehe, sabar ye kawan2.. Ok, tentang kawah tu japgi penulis story mery ye.

Pemandangan kawasan gunung dari jauh

Perjalanan ke Dieng ni mengambil masa lebih kurang 4-5 jam la.. Kami bertolak petang lagi tapi sampai lewat malam sebab sesat jalan sikit dan berhenti rehat, disebabkan adik penulis dah letih driving. Jalan nak ke sana tu, MasyaAllah.. Cerun dan berliku2. Lebih cerun dari nak naik ke Genting Highland. Sampai di puncak gunung, kami terus ke rumah kawan kepada adik penulis. Kebetulan ayahnya pelawa kami menginap di rumahnya. Banglonya betul2 terletak di kawasan tepi jalan yang curam sampaikan kereta nak park kat situ kena letak batu sebagai penampan takut kereta tiba2 berundur.. hehe.

Pemandanagn kawasan perkampungan

Cuaca di sana, MasyaAllah.. Terlalu sejuk sampaikan syampu yang penulis bawak dah hampir beku. Tangan penulis kebas. Dalam rumah kena pakai selipar sebab lantai tak boleh pijak langsung, rasa macam pijak ais je. Nak tau macam mana sejuknya air paip, readers sila pergi ke freezer masing2, keluarkan air yang hampir beku dari peti atas, celupkan tangan. Haa, macam tu lah rasanya air kat sini. Bayangkanlah, macam mana x kebasnya. Tapi orang kat sini biasa je, macam nothing happen. hehe

Penanaman sayur berteres di lereng2 bukit

Keesokan paginya, seawal jam 7 pagi kami dah keluar untuk naik ke atas kawasan gunung lagi. Sambil2 tu penulis dapat lihat aktiviti penduduk2 di situ. Rata2nya bertani menanam sayur di lereng bukit. Sebelum tu, penulis dibawa ke satu kawasan yang dinamakan ‘Telaga Pengilon’.. Kalau kita di sini diertikan sebagai tasik. Menakjubkan, tasik ini mempunyai tiga warna airnya iaitu hijau, biru dan merah. Subhanallah, takjub rasa penulis tengok. Kawasannya tenang sangat dan sejuk. Dalam kawasan ni terdapat beberapa gua antaranya Gua Semar, Gua Sumur dan Gua Jaran. Rata-rata gua di sini diletakkan patung berhala kerana ada sesetengah dari kalangan mereka mempercayai bahawa gua2 ini mempunyai kuasa tertentu.


Tasik 3 warna.. Sangat cantik dan tenang suasana di sini.


Then, penulis terus ke kawasan atas lagi. Di sinilah penulis dapat lihat kawah gunung berapi. Kami perlu meredah satu kawasan yang luas dahulu sebeum sampai di kawah gunung ini. Pada perkiraan penulis kawahnya biasa je. Bila lihat sendiri, Allah.. Allah saja yang tahu macam mana perasaan ketika itu. Gerun! Bayangkan, kolam besar dan dalam kolam tu dapat lihat lava yang mengelegak panas, di mana suhunya melebihi 100 darjah celcius. Masa ni, tidak lain dan tidak bukan, yang penulis fikirkan neraka Allah. Penulis membayangkan neraka Allah yang berkali2 ganda lebih dahsyat dari apa yang penulis lihat ni. Allah, takutnya..

Exclusive pic ni.. Bukan senang nak dapat..
Inilah kawah gunung berapi..
Dapat lihat menggelegak kan.

Kawah kecil dan Suasana sekitar kawah gunung


Erm.. Takut kan tengok..? Menggelegak panas.. Dengar bunyi pun gerun.


Lama penulis mengamati dan perhatikan keadaan kawah tu, kami bergerak ke tempat lain pula. Penulis dapat lihat sebahagian lava yang mengalir melimpah keluar dari kawah tersebut dan lava itu kemudiannya kering. Semasa menjelajah di kawasan tu, penulis terjumpa seorang mak cik yang sedang kendong anak membawa bakul, dalam bakul tu penulis lihat ada beberapa ketul batu hijau. Ini menarik perhatian penulis. Lalu penulis taya mak cik tu di mana dia dapatkan batu itu dan apa kegunaan batu tu. Katanya batu tu hanya boleh didapati di kawasan gunung tertentu sahaja, bila dimasukkan dalam air biasa (air sejuk), air yang sejuk tadi tu akan bertukar menjadi panas. Selain batu tersebut boleh menghilangkan parut, sakit kulit dan beberapa pengubatan lain. MasyaAllah, hebat kan anugerah alam ciptaan Allah ni. Banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Benarlah kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman.

Lava yang mengalir/melimpah dari kawah


Keadaan dan suhu di sana.. Berkabus tebal, sangat sejuk


Ok, dah letih bercerita. Maafla kalau ada beberapa pengalaman menarik yang penulis tertinggal nak kongsikan. Letih nak menaip. Penulis upload gambar, biar gambar yang menceritakan segalanya ok..

Jumpa lagi di entry lain.. (^_^)

Beraktiviti di Pantai Yogyakarta


Next entry, seperti yang diberitahu. Penulis akan sambung cerita, berkongsi pengalaman penulis travel to Indonesia.

Tempat seterusnya, awal2 pagi jam 6 pagi adik penulis dah bawak penulis ke pantai yang terletak dalam kawasan Yogyakarta. Kalau tak salah penulis lah kan, nama tempat tu Projotamansari kot. Kat situ ada juga kawasan Parangkusumo Gunung Pasir dan Parang Endog Pantai Karang.

Macam mana kawasan pantai tu…? Kawasannya ye.. MasyaAllah, takjub penulis lihat tau. Luas mata memandang. Lain dari Malaysia keadaannya. Di sekitar kawasan pesisir pantai tu ada dibuat penanaman. Ombak kat situ pun agak kuat. Sekali skala tengok ombak yang datang dan berhempas agak gerun jugak. Time tu lah teringat kejadian Tsunami.. hehe..

Nampak macam berkabus kan..


Keistimewaan kawasan pantai tu camane pulak..? Haa, ini yang penulis excited nak story. Readers tau tak, kat pantai sana kan boleh lakukan aktiviti berkuda dan ada disediakan perkhidmatan Scrambler. Kalau tak salah penulis lah kan, nama kenderaan tu Polaris Scrambler 4x4.. Ye kot.. Tak kisahla nama apapun, janji penulis dapat naik. Sekali skala beraktiviti lasak dan mencabar ni best. Actually penulis sukakan sesuatu yang mencabar.

Kalau aktiviti berkuda tu, untuk satu jam harganya Rp 80,000. Then kita bebas nak bawak kuda tu ke mana pun, tapi syaratnya mesti di sekitar kawasan pantaila. Kat sana pelik sikit, kalau kuda di sana dipanggil bendi. Kalau di Msia ni, bendi tu sejenis makana lah kan. Tapi kat sana Bendi tu panggilan untuk kuda. Umpama orang mengantuk disorongkan bantalla bila dapat berkuda ni kan. Hajat dah lama nak berkuda ni dan rindu nak berkuda semula. Jadi bila dapat tu habis satu pantai penulis tawaf. Hehe. Nice. Teringat pulak macam cerita ‘Perempuan Berkalung Serban’.. Seorang perempuan tu berkuda di tepi pantai. Sebenarnya aktiviti berkuda ni salah satu sukan yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah.

" Belajarlah memanah dan menunggang kuda"

( Hadith Muslim)


Sedikit maklumat untuk pembaca semua, di zaman Rasulullah lagi, Baginda telah menggalakkan untuk membiakkan kuda sebagai tunggangan.

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud. Mengikut riwayat Darul Qutni, antara nama kuda Nabi ialah “Sanjah”. Ia sering ditunggangi Baginda. Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis. Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha.

Tahu tak..? Di leher baka kuda Nabi ini terdapat, di mana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari dilehernya. Jika kita memerhatikan kuda Arab la kan, cuba perhatikan tanda tersebut di leher kuda.

After berkuda, penulis ber’scrambler’ pulak dengan adik penulis. Haa, kalau kat Msia payah kot nak jumpa camni. If ada pun, sudah tentu kebanyakannya untuk menjelajah ke dalam kawasan hutan kan. Sure akan guna pacuan 4x4 ni. Ini satu lagi pengalaman yang menariklah bagi penulis. Mencabar.

Wif adik penulis

Hampir dua jam kat sana, letih+happy+lapar semua ada. Bukan tu saja, dapat sekali aktiviti set menghitamkan kulit.. hehe.. Kalau tak pakai sunblock memang habis la.. Pancaran matahari sangat terik. Walau apapun, penulis seronok dalam riadhah ni. Sebab dah lama tak beriadhah bersama dengan adik penulis. Dia pulak jarang dah balik ke Malaysia.

Then, kami terus bergerak balik ke Pesantren sebab umi kepada kawan adik penulis dah siapkan makanan kami. See, baik kan umi die. Suruh kami keluar berjalan2, dia pulak memasak kat rumah dan balik terus boleh makan. Terharu penulis, sungguh terharu dengan layanan orang di sana. Terlalu baik. After that, ke mana lagi..? Next entry.. hehe..


Friday, January 21, 2011

Travel To Indonesia..


السلام عليكم

Oh, di sini..? Hye semua.. Dah lama kan penulis tinggalkan medan menulis di blog ni. Kesian cik blog dianak tirikan.. Bukan apa, agak sibuk sikit. Xsempat nak membelai blog ni.. hehe..

Alhamdulillah baru ni penulis berkesempatan ke Indonesia pada 13 Jan till 17 Jan. Tujuan utama ke sana nak ziarah adik penulis dan mengetahui prestasi serta penempatan adik penulis di sana, alang2 tu sambil mencuci mata berjalan-jalan lah kan.. hehe. Banyak yg penulis nak kongsikan di sini.

Dari Terengganu naik flight balik ke KL, uruskan semua kerja, meeting dan buat money changer dulu. Transit di rumah sekejap then pagi 18 Jan flight ke Solo pulak (Adi Sumormo International Airport). Sampai di sana, adik penulis dan kawannya telah tunggu sejam awal.. Punya semangat.. hehe. Turun dari flight, rasa pening mual sebab keadaan dalam flight yang alami gegaran akibat cuaca kurang baik.. Penulis pun terus mintak adik penulis carikan coklat masam dulu area airport untuk hilangkan pening. Asalnya memang penulis plan nak ke Indonesia ni bersama my mum, tapi last minit ada masalah sikit. Maka, penulis pun terbang seorang diri ke sana. Itupun puas pujuk parent penulis nak kasi lepaskan diri. Iyela, parent nak lepaskan penulis ke KL drive sorang2 pun susah, kecuali atas urusan kerja. Inikan nak ke luar Negara kan. Lagilah, hatta penulis nak sambung belajar di Jordan/ Mesir pun tak dilepaskan. Puas pujuk ni tau..

1st place.. Menuju ke Pesantren Al-Irsyad dulu. Itu adalah Pesantren tempat adik penulis belajar di sana. Sampai di sana, plan nak jumpa mudir tapi kesuntukan masa dan mudirnya berada di luar kawasan. Adik penulis tukar kereta, sebab masa ke sana adik penulis sewa Suzuki, then disebabkan ramai kawan adik penulis nak join sekali, maka kereta telah ditukar kepada Avanza terbaru. Perjalanan lebih selesa.

Then kami terus memulakan perjalanan ke Yogyakarta. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Berjalan2 di kota sana sekejap. Singgah solat di Masjid Raya al-Mutaquun (juga sebagai Islamic Centre).. Then terus kepada agenda pertama penulis, mencari buku2.. Satu untuk tujuan kerja penulis (peluang emas ni), dan satu untuk pensyarah2 penulis yang menempah buku. Dalam sedar atau tidak, hari dah gelap. Kat sana jam 5 petang dah gelap macam jam 7.30 malam kat sini tau. Then jam 5 pagi dah cerah macam jam 7.30 pagi kat sini. Kiranya jam 6 pagi tu dah boleh keluar buat macam2 aktiviti kat luar. Jam 3 pagi dah kena bangun, Memang larilah pola tidur penulis. Ada jugak rasa mengantuk.. hehe.

Masjid Raya al-Mutaquun (juga sebagai Islamic Centre)

Kedai buku di sana besar. Penulis mencari buku yg diperlukan & dibantu oleh pekerja di sana.

Malam, kami ke town.. Sempat ke Matahari Mall. Makan sekejap. Haa.. Inilah peluang nak merasa makanan di Indonesia ni. Maka kami pun masuklah ke satu kedai ni, konsep kedai tu macam Kopitiam di Malaysia jugakla. Penulis tengok menu, nama makanan pelik2. Hehe. Penulis pun tanya adik penulis.. “Dik, ni ape?”.. “Dik, tu ape?”.. Dik, ni diperbuat daripada ape?”.. Hehe, macam2 penulis tanya, layan je la adik penulis pertanyaan penulis ni..

Then terus ke Marlioboro. Baru hari pertama sampai, dah start shopping malam tu.. hehe. Rambang mata tengok tau. Macam2 ada. Kat Marlioboro ni dikira tempat tumpuan pelancong jugakla sebab banyak barang2 dan souvenirs. Apalagi, penulis ambil kesempatan ni memborong macam2 lah.. Kebanyakan barang yang penulis beli untuk keluarga dan kawan2. Untuk penulis..? Mestilah ada something yang special.. hehe..

Malam.. Bermalam di mana? Plan asal penulis memang nak cari hotel. Tapi umi kepada kawan adik penulis pelawa tidur di rumahnya. Yang menariknya, kawasan rumahnya itu dalam kawasan pesantren. Rasa macam berada dalam cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih’ la pulak. Hehe. Merasai berada di dalam kawasan pesantren kan.. Masjid pun dekat. Uminya sangat baik dan sangat menghargai tetamu. Gembira penulis rasa. Ok, dah malam.. Itu je ke tempat yang pergi..? Tidaklah.. Tempat lain next entry ye.. ;)


Mall yang terletak di tengah Town


Wednesday, January 12, 2011

Dinner at Riyaz Heritage


Bertemu lagi pembaca yang dikasihi semua! (^_^)

Ok, kali ni penulis nak bawa pembaca semua ke satu tempat. Kita jalan2 harini. Tempat ni merupakan tempat favourite penulis. Kawasannya agak private. Bila penulis rasa stress, penulis akan datang ke sini sorang-sorang. Kat sinilah penulis dapat segala ketenangan. Agak2 di mana ye..? Mestilah Riyaz Haritage Resort & Spa yang terletak di Pulau Duyung.

Last night, penulis ke sana lagi. Kali ni bukan sorang, bukan berdua, tapi berempat. Sempena apa? Ok, ini semua kerana my junior punya birthday, Nadhirah. Saja penulis bawa dia keluar makan malam di Verandah Restaurant. Ditemani juga seorang sahabat penulis dari kos Dakwah, Munirah.

Kenapa tempat ni jadi pilihan penulis? Sebab boleh dikatakan suasananya soooo romantic, casual elegance, chic interior with a beautiful natural exterior.. Siap ada live band lagi malam tu. Boleh request lagu, then dia akan nyanyikan untuk kita. Nice kan. Lagu malam tu semua sentimental dan slow je.. Memang romantic + cool habislah. Cuaca pulak elok, angin sepoi-sepoi lagi. Pemandangan malam yang sangat cantik di persisiran air. Allah.. Sangat tenang.

Kali ni penulis nak rasa makan lain dari yang lain sikit dan lain dari hari yang lain. . Kat sini ada taste of local and western dishes. Mampu habiskan sorang makanan tu..? Dahla heavy.. Hehe.. Tidak.. Tidak.. Malam tu dah terlalu full tank. Dengan airnya yang cepat mengenyangkan lagi. Memang tak habislah

Makan-makan, sembang-sembang, melayan live band, siap snap pics dengan pekerja kat situ lagi dan dia pulak yang tolong snap pic kami berempat.. Readers tahu, pekerja kat sana semuanya baik-baik. Sangat baik. Melayan umpama VIP. Memang rasa seronok sangat malam tu. Ye la, penulis dah last sem. Tak tahu lepas ni ada rezeki masih kekal di sini atau tidak. Jadi, peluang bersama kawan ni sangat berharga. Masa ini lah nak berkongsi segala pengalaman dengan adik2,menurunkan segala ilmu. Penulis dari kos PERINTIS, kami sangat menitikberatkan “warisan’. Maksudnya program yang boleh mengeratkan ukhuwah antara junior dan senior. Harapan penulis biarlah segala program yang biasa PERINTIS jalankan menjadi warisan turun temurun. Banyak manfaatnya.

Ok, after that.. Perut sudah kenyang, hati sudah gembira, mind sudah kosong, tenang rasa. Kami turun untuk ambil angin di pesisir air di kawasan Riyaz. Sooo nice suasana kat sini. Sebab tu lah penulis suka datang kat sini. Satu-satunya tempat yang penulis dah jatuh hati di Terengganu ni. Tempat lain tak nampak lagilah. Hehe..

Di bawah penulis ada upload sikit gambar. Sesiapa yang nak pergi tu tapi tak tau jalan, sila menagih khidmat Pak Cik Google anda ok. Dia akan describe pada anda.. Pergi Google cepat..

~Alhamdulillah, rezeki, tenang, aman, gembira, bahagia itu semua datang dari Allah. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan, nescaya akan bertambah nikmatnya. Kerana Allah itu Maha Pemurah. Thank You Allah..



My fvrt..
Minuman wajib kalau ke sana..

View from Verandah Restaurant


View of Verandah Restaurant dari halaman Riyaz

*Lain-lain pic pemandangan di fb.. X larat nak upload banyak2.. hehe

Related Posts with Thumbnails