.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, January 21, 2011

Travel To Indonesia..


السلام عليكم

Oh, di sini..? Hye semua.. Dah lama kan penulis tinggalkan medan menulis di blog ni. Kesian cik blog dianak tirikan.. Bukan apa, agak sibuk sikit. Xsempat nak membelai blog ni.. hehe..

Alhamdulillah baru ni penulis berkesempatan ke Indonesia pada 13 Jan till 17 Jan. Tujuan utama ke sana nak ziarah adik penulis dan mengetahui prestasi serta penempatan adik penulis di sana, alang2 tu sambil mencuci mata berjalan-jalan lah kan.. hehe. Banyak yg penulis nak kongsikan di sini.

Dari Terengganu naik flight balik ke KL, uruskan semua kerja, meeting dan buat money changer dulu. Transit di rumah sekejap then pagi 18 Jan flight ke Solo pulak (Adi Sumormo International Airport). Sampai di sana, adik penulis dan kawannya telah tunggu sejam awal.. Punya semangat.. hehe. Turun dari flight, rasa pening mual sebab keadaan dalam flight yang alami gegaran akibat cuaca kurang baik.. Penulis pun terus mintak adik penulis carikan coklat masam dulu area airport untuk hilangkan pening. Asalnya memang penulis plan nak ke Indonesia ni bersama my mum, tapi last minit ada masalah sikit. Maka, penulis pun terbang seorang diri ke sana. Itupun puas pujuk parent penulis nak kasi lepaskan diri. Iyela, parent nak lepaskan penulis ke KL drive sorang2 pun susah, kecuali atas urusan kerja. Inikan nak ke luar Negara kan. Lagilah, hatta penulis nak sambung belajar di Jordan/ Mesir pun tak dilepaskan. Puas pujuk ni tau..

1st place.. Menuju ke Pesantren Al-Irsyad dulu. Itu adalah Pesantren tempat adik penulis belajar di sana. Sampai di sana, plan nak jumpa mudir tapi kesuntukan masa dan mudirnya berada di luar kawasan. Adik penulis tukar kereta, sebab masa ke sana adik penulis sewa Suzuki, then disebabkan ramai kawan adik penulis nak join sekali, maka kereta telah ditukar kepada Avanza terbaru. Perjalanan lebih selesa.

Then kami terus memulakan perjalanan ke Yogyakarta. Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Berjalan2 di kota sana sekejap. Singgah solat di Masjid Raya al-Mutaquun (juga sebagai Islamic Centre).. Then terus kepada agenda pertama penulis, mencari buku2.. Satu untuk tujuan kerja penulis (peluang emas ni), dan satu untuk pensyarah2 penulis yang menempah buku. Dalam sedar atau tidak, hari dah gelap. Kat sana jam 5 petang dah gelap macam jam 7.30 malam kat sini tau. Then jam 5 pagi dah cerah macam jam 7.30 pagi kat sini. Kiranya jam 6 pagi tu dah boleh keluar buat macam2 aktiviti kat luar. Jam 3 pagi dah kena bangun, Memang larilah pola tidur penulis. Ada jugak rasa mengantuk.. hehe.

Masjid Raya al-Mutaquun (juga sebagai Islamic Centre)

Kedai buku di sana besar. Penulis mencari buku yg diperlukan & dibantu oleh pekerja di sana.

Malam, kami ke town.. Sempat ke Matahari Mall. Makan sekejap. Haa.. Inilah peluang nak merasa makanan di Indonesia ni. Maka kami pun masuklah ke satu kedai ni, konsep kedai tu macam Kopitiam di Malaysia jugakla. Penulis tengok menu, nama makanan pelik2. Hehe. Penulis pun tanya adik penulis.. “Dik, ni ape?”.. “Dik, tu ape?”.. Dik, ni diperbuat daripada ape?”.. Hehe, macam2 penulis tanya, layan je la adik penulis pertanyaan penulis ni..

Then terus ke Marlioboro. Baru hari pertama sampai, dah start shopping malam tu.. hehe. Rambang mata tengok tau. Macam2 ada. Kat Marlioboro ni dikira tempat tumpuan pelancong jugakla sebab banyak barang2 dan souvenirs. Apalagi, penulis ambil kesempatan ni memborong macam2 lah.. Kebanyakan barang yang penulis beli untuk keluarga dan kawan2. Untuk penulis..? Mestilah ada something yang special.. hehe..

Malam.. Bermalam di mana? Plan asal penulis memang nak cari hotel. Tapi umi kepada kawan adik penulis pelawa tidur di rumahnya. Yang menariknya, kawasan rumahnya itu dalam kawasan pesantren. Rasa macam berada dalam cerita ‘Ketika Cinta Bertasbih’ la pulak. Hehe. Merasai berada di dalam kawasan pesantren kan.. Masjid pun dekat. Uminya sangat baik dan sangat menghargai tetamu. Gembira penulis rasa. Ok, dah malam.. Itu je ke tempat yang pergi..? Tidaklah.. Tempat lain next entry ye.. ;)


Mall yang terletak di tengah Town


0 comments:

Related Posts with Thumbnails