.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, January 23, 2011

Beraktiviti di Pantai Yogyakarta


Next entry, seperti yang diberitahu. Penulis akan sambung cerita, berkongsi pengalaman penulis travel to Indonesia.

Tempat seterusnya, awal2 pagi jam 6 pagi adik penulis dah bawak penulis ke pantai yang terletak dalam kawasan Yogyakarta. Kalau tak salah penulis lah kan, nama tempat tu Projotamansari kot. Kat situ ada juga kawasan Parangkusumo Gunung Pasir dan Parang Endog Pantai Karang.

Macam mana kawasan pantai tu…? Kawasannya ye.. MasyaAllah, takjub penulis lihat tau. Luas mata memandang. Lain dari Malaysia keadaannya. Di sekitar kawasan pesisir pantai tu ada dibuat penanaman. Ombak kat situ pun agak kuat. Sekali skala tengok ombak yang datang dan berhempas agak gerun jugak. Time tu lah teringat kejadian Tsunami.. hehe..

Nampak macam berkabus kan..


Keistimewaan kawasan pantai tu camane pulak..? Haa, ini yang penulis excited nak story. Readers tau tak, kat pantai sana kan boleh lakukan aktiviti berkuda dan ada disediakan perkhidmatan Scrambler. Kalau tak salah penulis lah kan, nama kenderaan tu Polaris Scrambler 4x4.. Ye kot.. Tak kisahla nama apapun, janji penulis dapat naik. Sekali skala beraktiviti lasak dan mencabar ni best. Actually penulis sukakan sesuatu yang mencabar.

Kalau aktiviti berkuda tu, untuk satu jam harganya Rp 80,000. Then kita bebas nak bawak kuda tu ke mana pun, tapi syaratnya mesti di sekitar kawasan pantaila. Kat sana pelik sikit, kalau kuda di sana dipanggil bendi. Kalau di Msia ni, bendi tu sejenis makana lah kan. Tapi kat sana Bendi tu panggilan untuk kuda. Umpama orang mengantuk disorongkan bantalla bila dapat berkuda ni kan. Hajat dah lama nak berkuda ni dan rindu nak berkuda semula. Jadi bila dapat tu habis satu pantai penulis tawaf. Hehe. Nice. Teringat pulak macam cerita ‘Perempuan Berkalung Serban’.. Seorang perempuan tu berkuda di tepi pantai. Sebenarnya aktiviti berkuda ni salah satu sukan yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah.

" Belajarlah memanah dan menunggang kuda"

( Hadith Muslim)


Sedikit maklumat untuk pembaca semua, di zaman Rasulullah lagi, Baginda telah menggalakkan untuk membiakkan kuda sebagai tunggangan.

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud. Mengikut riwayat Darul Qutni, antara nama kuda Nabi ialah “Sanjah”. Ia sering ditunggangi Baginda. Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis. Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha.

Tahu tak..? Di leher baka kuda Nabi ini terdapat, di mana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibu jari dilehernya. Jika kita memerhatikan kuda Arab la kan, cuba perhatikan tanda tersebut di leher kuda.

After berkuda, penulis ber’scrambler’ pulak dengan adik penulis. Haa, kalau kat Msia payah kot nak jumpa camni. If ada pun, sudah tentu kebanyakannya untuk menjelajah ke dalam kawasan hutan kan. Sure akan guna pacuan 4x4 ni. Ini satu lagi pengalaman yang menariklah bagi penulis. Mencabar.

Wif adik penulis

Hampir dua jam kat sana, letih+happy+lapar semua ada. Bukan tu saja, dapat sekali aktiviti set menghitamkan kulit.. hehe.. Kalau tak pakai sunblock memang habis la.. Pancaran matahari sangat terik. Walau apapun, penulis seronok dalam riadhah ni. Sebab dah lama tak beriadhah bersama dengan adik penulis. Dia pulak jarang dah balik ke Malaysia.

Then, kami terus bergerak balik ke Pesantren sebab umi kepada kawan adik penulis dah siapkan makanan kami. See, baik kan umi die. Suruh kami keluar berjalan2, dia pulak memasak kat rumah dan balik terus boleh makan. Terharu penulis, sungguh terharu dengan layanan orang di sana. Terlalu baik. After that, ke mana lagi..? Next entry.. hehe..


2 comments:

adibdaddy said...

singgah sambil tengok pemandangan

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Thanks.. =)
Melihat pemandangan smbil memuji kebesaran Allah..
Welcome..

Related Posts with Thumbnails