.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, March 31, 2010

Sambutan program DERMA DARAH menggalakkan..


Pagi tadi penulis baru dapat tahu bahawa hari ni Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan program derma darah di UDM.. Tersenyum penulis bile dapat tahu.. *wink*

After habis class pukul 1, terus menuju ke cafe dulu untuk lunch.. Bukan ape lunch ni sebab nak tambah energy je.. Atleast kalau doktr tanye dah makan blum, penulis ada point jawab dah makan.. nanti takut x lepas saringan plak.. hehe.. Politik betul..

Sambil jalani ujian untuk pengesahan kumpulan darah, sempat penulis sembang dengan nurse tu.. Dia kate, sambutan pelajar begitu menggalakkan.. Seramai 130 orang telah mendermakan darah.. Satu berita yang baik dan puas hati penulis dengar.. Tahniah pelajar-pelajar UDM! Teruskan langkahmu..

Satu information, seorang pesakit yang memerlukan darah, sekurangnya akan digunakan 2-4 beg bekalan darah.. Manakala bagi ibu yang baru lepas melahirkan anak pula, memerlukan bekalan darah sebanyak 10-20 beg.. Banyak kan..? Bayangkan kalau bekalan darah x cukup, apa akan jadi pada mereka yang memerlukan darah ni..? Apa akan jadi pada ibu-ibu yang nyawanya sudah berada di hujung tanduk bertarung dengan kesakitan melahirkan anak, yang kekurangan banyak darah, tiba-tiba stock darah xde.. Bayangkan itu adalah ibu anda sendiri..

Sampai di kaunter untuk cek tekanan darah, err.. terkurang pulak.. Tapi disebabkan rayuan nak sangat, green light jugak.. Hehe.. Dengan syarat banyakkan makan buah lepas ni.. Alhamdulillah lepas..

Kepada orang2 awam yang belum cuba untuk menderma darah atau masih dilema ketakutan, buang perasaan tu.. Hanya permainan iblis yang menakutkan kita.. Sekali anda mencuba, pasti nak lagi.. Percayalah.. Ada kemanisannya yang Allah akan campakkan ke dalam hati.. Ingat, ramai yang memerlukan darah anda.. Anda mampu menyelamatkan nyawa orang lain.. Tidak ternilai pengorbanan anda dan hanya Allah yang dapat membalasnya.. Jadi, sama-sama kita membantu menyelamatkan nyawa saudara kita.. Mereka lebih memerlukan.. Anda mampu mengubahnya..


Tuesday, March 30, 2010

Fenomena yang tidak disangka...


Isnin.. Ya, hari Isnin.. Hari yang sepatutnya penulis berangkat pulang ke Universiti dan akan kembali kepada kehidupan campus semula.. Petang tu penulis masuk dapur, buat kek untuk adikku yang sorang ni, yang sudah termaklum sebagai ‘hantu kek coklat’.. Orang sibuk buat, dia pun sibuk jugak mengacau.. Alang2 dah buat tu, penulis buat sekali untuk kawan2 sekelas sebab dah lame kawan mintak suruh buatkan.. Jadi, x sampai hati pulak pulang dengan tangan yang kosong.. Jadi penulis pun buatla dua biji kek untuk kawan2 kelas.. Sepatutnya penulis perlu bertolak jam 6 dari rumah untuk ke airport, tapi disebabkan keterbolosan (x wujud dalam kamus dewan jugak, dun try dis in essay), sebab topeng kek belum siap.. So, macam pelesit jugakla buat, dalam masa kurang 5 minit siap topeng coklat.. Ini pecah rekod ni, selalu ambil masa 15 minit untuk siapkan.. Kelam kabut punye insiden, boleh pulak buat cepat.. Hihi.. macam lucu pulak bile fikir balik..

Time tu, hujan teramatla lebat.. Mase berhenti di Shell, ade orang maklumkan pada my dad supaya jangan teruskan perjalanan sebab kat depan tu sebelum masuk tol jammed disebabkan banjir teruk.. Readers bayangkan, kereta boleh tenggelam dan banyak yang stuck kat situ maybe sebab air masuk enjin.. Ada 2,3 tempat yang banjir.. Dari luar nak masuk x boleh, dari dalam nak keluar pun x boleh.. Memang stuck.. Highway pun jadi jammed sebab x boleh masuk tol.. Sungguh dahsyat pada perkiraan penulis.. Hati kami dah gelisah.. Jam menunjukkan pukul 6.55.. Nak ke airport Subang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari situ dan penulis perlu check in 45 minit sebelum masuk pelepasan atau paling lewat pun sebelum jam 7.20 dan akan on air jam 8. Mase sudah sangat suntuk!

Perlu cari alternative lain nampaknye.. Jadi, my dad patah balik ikut jalan belakang.. Tapi agak jauh dan 1st time lalu kat situ.. Arah tuju pun xtau macam mane.. Tawakkal je.. Sampai di kawasan simpang siur, sudah pening jalan mane nak tuju.. Signboard pun xde.. Jalan kat situ masih dalam pembinaan.. Astaghfirullah.. Jarum jam sudah menunjukkan jam 7.15.. Memang sudah habis pecut dah kereta tu.. Macam berada dalam F1 pulak.. *straight face*

Sampai di airport jam 7.45.. Sudah terlalu lewat! Kargo untuk bagasi pun dah jalan.. Check in then terus penulis berkejar masuk ke pelepasan.. Nasib baikla flight tunggu.. ehee.. 1st time pengalaman macam ni.. Sebelum ni paling kurang pun kalau sampai airport sempat lagi jalan2 cari makan kat airport tu dulu..

Alhamdulillah selamat dalam plane.. Lega rasa.. Orang dalam plane pun x ramai, hanya suku dari plane tu.. Selesa sikit.. Tapi.. Ada pula kegelisahan lain yang timbul.. Sedang asyik penulis menjamah cuppy cake dan juice yang dibekalkan oleh pihak Fire Fly sambil melayan mp4 ~Maher Zain~, kapten memaklumkan bahawa ada mengalami sedikit masalah dengan cuaca yang kurang baik ketika berada pada ketinggian 17 ribu kaki dengan suhu 29 celcius dan diminta kepada semua penumpang kembali berada dalam keadaan stabil di seat.. Terus penulis off mp4 dan cabut headphone.. Ya, penulis dapat rasakan gegaran kuat dalam plane tersebut.. Kelajuan flight dikurangkan.. Allah… Hanya Allah saje yang tahu perasaan waktu tu.. Tidak putus berdoa mohon Allah selamatkan keadaan.. Makanan di hadapan pun tiada selera untuk dijamah dah.. Kepala terasa pening dan mual disebabkan keadaan plane yang tidak stabil.. Setelah 15 minit kemudian, keadaan kembali seperti biasa. Alhamdulillah.. Semua dalam keadaan baik.. Macam2 dalam mind mase tu.. Nak call parent, no coverage.. Rase keseorangan, hanya Allah sebagai peneman dan tempat mengadu dan berbicara dalam hati..

Alhamdulillah selamat landing jam 9.10 minit.. Sedikit terlewat dari waktu sepatutnya..

~Walau di mana berada, Alah pasti akan bersama kita.. Dia tahu apa yang kita sedang hadapi.. Bila kita ingat kepadaNya dalam susah dan senang, Dia lebih menjaga dan mengingati kita.. Kasih sayang Allah melebihi segalanya.. Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu~ (sekadar perkongsian secebis peringatan)

Berakhirnya kemuncak pesta buku..


Semalam telah berakhir Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC.. Tujuan kedua selepas tujuan asal penulis balik pun sebab nak ke PWTC jugak.. So, penulis gunakan masa tu sehabis baik.. Hari Jumaat lepas penulis ke sana pada waktu pagi bersama my mum n lil bro sebagai peneman.. Disebabkan hari tu adalah hati Jumaat, hampir pula dengan waktu solat Jumaat, penulis lihat kurang pengunjung.. So, memudahkan perjalanan penulis jugakla sebenarnya.. hehe..

Dari pagi sampaila ke petang penulis stay kat sana.. Jalan2 pantau buku.. Hari pertama datang ni, hajat nak tinjau dulu buku2.. Jalan puas2 dulu.. Tapi disebabkan keterujaan dan ketidaksabaran (ayat xde dalam kamus dewan bahasa, jgn tiru ye), penulis ‘terbeli’ jugak beberapa buah buku untuk memuaskan hati..

Untuk kali keduanya pula sebelum penulis balik ke campus, penulis pergi lagi hari Ahad.. Hari tu adalah hari penutup (last day) pesta buku.. Hajat nak jugak pergi sebelah pagi, tapi penulis kene masak dan buat dessert untuk anak buah my mum yang sambut birthday di Sepang.. so, x dapatlaa.. Sebelah petang tu plak, pergi Sepang untuk hadiri birthday party tu la.. Penulis dah ditempah awal2 untuk buat decoration party tu.. Sungguh penat rasenye.. Target dalam pukul 4 mesti sampai PWTC. Tp majlis tu ade protokol pulak.. Siap ade game skali.. Penulis dah mula gusar.. Hati dah terbang di PWTC.. Tunggu punye tunggu, sampaila pukul 6.30 baru dapat beransur pulang.. *straight face*.. Tidak terkata apa dah.. Take time yg terlalu lama…….. Betulla orang kate, Penantian itu satu penyeksaan kan..

Nak ke sana pulak, not wif my parent.. But wif my uncle from Singapore.. Die yg tlg hantarkan coz my parent ade plan ngan saudara2 untuk pegi merisik.. Walau diajak dan diasak untuk ikut pegi merisik tu, penulis tetap ngan pendirian.. X NAK.. dan FULL STOP..! Penulis nak tuju ke PWTC je time tu.. Dah lame tertunggu2.. On the road, jalan jammed teruk sebab hujan lebat.. Sampai PWTC dah pukul 7.50.. Terus penulis ke surau dulu.. Dahulukan yg aula..

Ok, this time.. yang tertunggu2 dan ditunggu2.. Mase untuk penulis tawaf KLIBF mencari buku.. Time ni paling best sebab dah last day and last time.. So, price pun mendadak turun.. Harga memang murah.. Best..best.. Dalam tidak sedar membeli, sampai je kat booth Jasmine iaitu tempat my cousins jage booth, penulis cek balik buku dalam plasik, rupenye dah 5 buah buku penulis beli.. Ditambah ngan buku yang penulis dapat free dari pengarah penerbit lagi.. Ok, adal lagi 1 buku penulis nak.. Terus penulis bergegas mencari.. Time tu dah nak tutp, Alhamdulillah jumpe jugak.. Dapatla half price sebab pembeli terakhir.. hehe..

Sungguh puas hati dapat berbulan madu dengan buku kat situ.. Sungguh puas hati dapat stay kat pesta buku sampaila pesta buku tu tutup.. Hilang segala kegusaran di hati..






This book penulis dapat percuma dari pihak penerbit
sebagai tanda penghargaan kerjasama..


Ini juga percuma..
Thanks a lot kepada pihak penerbitan..

Sunday, March 28, 2010

Family Day persatuan an-Nisa’..



Tujuan asal penulis balik rumah ni sebab plan nak ke Solo, Indonesia.. Tapi, plan dah berubah di akhir waktu.. So, bile dapat tau ade pesta buku antarabangsa, penulis balik dengan target utama semata2 nak ke PWTC je.. Then, xsangka pula parent gtau yg dorang sendiri akan anjurkan satu majlis, disusuli pulak dengan family day bersama jiran2 di sini.. Bile dengar je, penulis tidak bercadang untuk join mane2 sukan.. sebab hajat nak berehat sepuasnye dan penulis sendiri gtau parent xnak join sukan dan xnak jadi mc majlis..

Pagi tu, seawal jam 4.30 pagi kami mula masak.. Berdua je.. Penulis n my mum.. Masak untuk breakfast pagi tu sebab pagi tu semua jiran2 akan datang breakfast di rumah penulis.. Tepat jam 6.45pg, semua dah siap hidangan dan dah tersusun di laman rumah.. Jam 7 pagi, orang mula datang..Sesape yg nak pegi keje pagi tu, semua kene tahan dulu, suruh b’fast sebelum pegi.. hehe, macam polis trafik pulak main tahan2 orang dalam kete..

Then gotong untuk masak tengahri pulak.. Meriah sungguh.. Tapi sungguh spoiled la.. Time tu penulis pulak yg sakit kepala tibe2.. So, stuck la kat situ, kene berhenti dan diarah oleh my dad and mum suro naik tido dulu kejap.. Hmm… No choice bile da jadi camtu.. Seharusnya bersyukur dikurniakan sakit.. Dalam keadaan meriah macam tu sungguh senang untuk alpa seketika pada Allah.. Allah masih sayang pada hambaNya bila Dia sendiri yang memberikan amaran secara lembut.. Itulah yg dinamakan ‘jentikan kasih sayang Allah’.. Sedikit muhasabah bersama..

Alamak, terceloteh panjangla pulak.. hehe.. ok, berbalik pada topik asal.. After masak untuk lunch dan diselitkan juga dengan tahlil.. Alhamdulillah semua selesai.. Disusuli pula dengan meeting persatuan an-Nisa’ bagi pembubaran dan pelantikan organisasi baru.. Pada jam 3.15 petang, barula dimulakan acara sukan di padang yang berhampiran..

Sukan dah mula. Di padang. Tapi….. Penulis masih lagi dalam bilik.. x nak.. x nak pegi.. Mood nak bersukan down hari tu.. Yg parent pulak dah semangat.. Tapi syarat, kalau penulis x pegi, dorang pn xnak pegi.. Dah dipujuk2 oleh parent, aduhai.. langkah jugakla kaki ni.. Fikir2 balik, xpela.. demi adik2 n parent.. Smpai sane tengok anak2 kecil dah start main.. Isi air dlm btl, lari dlm guni, jalan atas tmpurung, tiup belon dan cari harta kaun.. Tu kategori untuk budak2.. Best pulak tengok gelagat budak2 ni.. hehe.. terhibur seketika..

Mase untuk permainan dewasa dan remaja.. Oh tidak! Waktu ni la penulis nak larii.. Tapi diserbu dek jiran suro masuk.. Aduh2.. Selagi penulis x masuk, dorang xkan start.. Camane ni.. xde bantuan orang nak backup diri ini.. nasib sungguh.. Akhirnya penulis ditarik tangan oleh my mum, dipeluknye dan die bawak penulis ke tengah padang.. Ok su, pasrah je..! Game 1, isi botol dalam air.. Sungguh macam bdak2.. Tapi disertai golongan remaja dan yang dahpun bergelar parent.. Game 2, jalan langkah bata..Game 3, lari dalam guni jugak... Sungguh seganlaa..

Dan game 4, ‘semakin jauh semakin sayang’.. Baling belon yang diisi air… Game ni kene ade partner.. dan dah dimaklumkan oleh jiran2 yang penulis wajib masuk.. Sakali lagi.. Camane ni?? Help me plezz.. Saya perlukan bantuan.. Masalah skrg, game ni perlukan partner.. Yang lain sume dah ade partner, sume dari peringkat yang dah berkahwin.. Suami isteri la partnernye.. Penulis..? Penulis mane ade partner lagi.. Aduhai.. Btul2 rase macam nak terbangla.. Sungguh diri ini terkena kali ni.. Pandai btul dorang sakat penulis.. Malu dibuatnye.. TInggalkanla perkara tu ye.. xberniat untuk teruskan cerita..

Akhir cerita, sangatla berpuas hati sebab smua sukan yg penulis masuk menang keseluruhan.. hehe.. Turut menggondol hadiah parent penulis, dalam acara makan epal yg tergantung.. Adik2 penulis dalam kategori bawah umur.. Satu keluarga menggondol hadiah.. Hihi.. Lucula pulak.. Sambil duduk bawah pokok, terasa seronok dan enjoy pulak.. Mase tu blh bermesra dan bergaul dgn orang2 tua, anak2 kecil.. Semua peringkat umur.. Alhamdulillah dikurniakan Allah jiran2 macam ni.. Yang sungguh menjaga nilai2 kejiranan.. Inilah satu perkara yang berharga buat penulis.. di mana, jiran2 ni dah macam sekeluarga.. Tidak berkira langsung dalam segala aspek.. Segala kebajikan juga terjaga.. InsyaAllah plan nak buat family day di resort plak akan datang.. Terhibur rase.. X sia2 dipaksa tadi.. hee~

Majlis seblh mlm, penulis xdapt join.. terpaksa tarik diri.. Mohon maaf kepada jiran yg membaca blog ini.. penulis perlu keluar mencarai barang masak dessert pagi esok.. untuk birthday party sepupu penulis yang masih dalam kategori 'kanak-kanak' di Sepang..

isi air dlm btol.. acara kanak2 bawah umur..


lari atas tempurung..


Open game.. Sungguh hebat adik ni.. Terpana penulis tengok.. Salute la..

Acara tiup belon.. err.. time ni penulis lari jauh2..
takut dengar belon meletup.. hee~



Haa.. ni acara paling dpt perhatian.. Makan epal tergantung..
Sungguh menggamatkan suasana.. hihi..



Sebahagian hadiah yg penulis dapat.. hehe.. Susu anmum tu, sungguh tidak sesuai.. Xkanla penulis nak minum.. Tu untuk budak 1 tahun.. Nak kasi kat adik, adik dah bsr.. Nak kate ade anak, belum lagi.. Tidak komen pasal susu tu.. Xtau nak bagi pada sape..


Friday, March 26, 2010

Lensa dari album Annual Dinner PERINTIS..

Berdirinya Hotel Felda Residence tersergam indah..

Santapan.. Santap menyantap..


Lensa dari meja VIP..


Pengacaraan pentas.. Best mengenakan orang.. hehe..


Keadaan ketika penulis bawa slot
'detik pemergian Rasulullah'



Semoga terkesan di hati..


Seputar candid..

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam


• Madu

- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.


• Kismis

- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.


• Susu segar

- Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.


• Telur

- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


• Halia

- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan. Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.


• Buah Delima

- Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”



Tuesday, March 23, 2010

Tatkala rindu bertamu..


Hari ini.. Setelah selesai group pembentangan yang mengupas tentang isu murtad dan ajaran sesat, masih lagi ligat memikirkan isu2 yang masih menimbulkan persoalan.. Dalam perjalanan pulang dari kuliah, terlintas di fakulti FKI dan teringat bilik Dr Basri.. Terus dalam mind bertukar topik ke tesis pulak.. Tesis oh tesis.. Cabaran betul bila dapat tahu semua perlu in Arabic.. Oh My God! Namun, terus dibiarkan sapaan itu berlalu.. Sampai di bilik, penat.. Terus merehatkan diri..

Dalam melayan kepenatan.. Tiba-tiba perasaan itu terus datang.. Menerpa.. Satu kerinduan yang menerpa dalam diri.. Rindu pada keluarga.. Rasa dah macam lama pulak x berjumpa.. Apa khabar ibuku yang sering menjadi teman penulis meluahkan segala cerita suka dan duka..? Apa khabar pula ayahku yang sungguh sabar melayan segala karenahku..? Sungguh rindu untuk menatap wajah mereka yang penuh ketenangan.. Bagaimana pula keadaan adik bongsuku yang seringkali ciumannya singgah di pipi penulis dan seringkali membuatkan penulis geli hati dengan telatah dan celotehnya.. Ya.. Penulis sangat rindukan saat itu..

Oh ya, adikku Ammar.. Sudahpun berangkat ke Indonesia pagi tadi.. Seawal 6 pagi lagi my mum yang berada di airport dah call penulis untuk memberitahu bahawa adik akan berangkat.. Selamat jalan wahai adikku.. Semoga tabah dalam menghadapi segala liku2 di sana.. Tabah dan sabar dalam perjuangan menuntut ilmu Allah.. Ingat segala pesan parent.. Tinggi harapan mereka untuk melihat adik2 di sana berjaya dan terdidik dengan jiwa yang hamba.. Bila berjauhan dari keluarga, masa tu la baru teringat segala pesanan yang pernah singgah di telinga.. Segala pesanan2 tu semua akan jadi bermakna dan akan menjadi baja kepada diri.. Ingat pesan akak, “seorang ibu melepaskan anaknya dengan seribu harapan dan jangan sesekali menghancurkan harapan itu ibarat kaca yang berkecai.. dan seorang ayah pula melepaskanmu dengan membawa namanya di hujung namamu.. Dia berharap agar nama itu tidak dilupakanmu dan akan pulang membawa nama itu bersama piala kemenangan sebagai tanda kemenangan dalam perjuangan..”

"Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda, adakalanya dirimu kuat kerana kau yakin adanya Allah di sisimu.. Tapi bila suatu masa semangat itu pergi, walau bergoncang jiwa ragamu, jangan kau lari dari medan ini.. Biarkan Allah terus memegang hatimu, memandu langkahmu dalam membentuk dirimu menjadi pejuang yang sejati.."

~adik2ku yg berjuang di negeri orang, jgn menangis pulak bace entry ni.. hee..~ hanya pesanan..

Esok masih ada.. Esok last.. Esoklah masanya untuk penulis menyelesaikan segala perkara yang belum selesai.. dan esok jugalah penulis akan terbang balik ke rumah.. Sabar ye su.. terlalu penat rasanya berada di U ni.. Upss.. Ada urusan yg perlu diselesaikan.. X blh bermesra lama2 dengan laptop ni.. Masa sungguh mencemburui diriku.. Ok.. Bersua kembali..

“..Ya Allah.. Permudahkanlah bagi mereka yang menuntut agamaMu menduduki imtihan duniaMu.. Jadikanlah debaran di jiwa mereka kerana kerisauan jika gagal melamar redhaMu.. Dengarilah rintihan hati mereka yang bersusah payah demi ilmuMu..Terimalah air mata mereka sebagai penyejuk kemurkaanMu.. Belailah jiwa mereka di saat mereka terkulai lemah.. Tetapkan iman mereka agar tidak berputus asa berada di atas jalanMu..”

Related Posts with Thumbnails