.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, March 2, 2010

Meeting dengan Buku2..


Acapkali penulis dikaitkan dengan jolokan 'meeting sokmo' dengan orang2.. Bukan meeting suka suki.. Tp meeting untuk kemaslahatan di UDM ni juga.. Jadi, berikan saya masa untuk saya meeting dengan buku2 pula. Mereka menanti saya dan saya rindukan mereka.. Ok..


Minggu lepas. dua hari selepas pembukaan pesta buku di TTC, penulis curi masa pergi. Lepas tamat kuliah lagi tu, penulis plan terus.. 1st nak pegi settlekan bab passport penulis dulu kat jabatan imegresen.. Then tunaikan hasrat kawan2 jap.. Sah settle sume barula penulis menuju ke Pesta buku di TTC.. Yes! sampai jugak akhirnya! Sungguh menggamit perasaan.. Dah pusing2, dapatla sebuah buku, novel.. Tp apakan daya, masa sungguh mencemburui diriku untuk bermesra degan buku2.. Menerpala kesedihan pada diri ini bila tibanya masa untuk pulang sebab terhimpit dengan waktu kuliah pula..



Hari pertama terjatuh hati pula dgn novel ni.. Terus beli.. Hee~

Disebabkan sungguh tidak berpuas hati, harini penulis pergi lagi.. Hehe.. Kali ni penulis berdua je dengan kawan.. Setelah pegi ambik passport yang buat last week, terus penulis ke sana.. hampir 2 jam penulis kat situ.. Rasa macam 95% kepuasan tu ada dalam diri.. Puas dapat bermesra dgn buku2 tanpa sebarang gangguan.. Dah dapat beli buku2, dapat selak2 baca sikit.. Barula rasa happy.. ^_^ Walaupun banyak pelaburan banyak dihabiskan di sini, tapi kepuasan tu xterkira.. Xkan rugi seumur hidup.. Demi ilmu.. Jadilah seorang yang senantiasa dahagakan ilmu dan senantiasa merebut peluang keemasan.. Kerana peluang dan kemanisan yang anda tinggalkan dengan sia2 x mungkin kembali menyapa..



Hari kedua, jatuh hati ngan buku ni pulak..
Pndgn penulis, sebagai wanita anda di luar sana perlu mendapatkan buku ni..
Sangat brmanfaat dan bermotivasi..
KETAHUILAH HAK2 ANDA SEBAGAI SEORANG WANITA..

Kerana Dirimu Begitu Berharga..

Tapi, pesta buku kat sini tidak semeriah di PWTC.. X banyak yg join.. So, penulis berjanji pada diri penulis untuk pesta buku kat PWTC akan datang, penulis ambil keputusan nak balik.. Nak balik jugak. Hehe.. Nak join jugak kat PWTC.. Kat sana lagi best.. banyak pilihan buku2.. Dari pagi sampai malam stay kat sana pun penulis sanggup.. Asalkan xde orang ganggu masa penulis bermesra2 dengan buku di sana.. Banyak buku yang tercoret dan tergambar di minda ni, tp xsempat nak beli. So, penulis akan capai target tu di PWTC nanti..

Ok, jom ramai2 pakat join PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC yang akan bermula pada 19 Mac ni..
Amalkan budaya membaca.. Ia pasti akan mengubah hidup anda..
Bangsa mambaca adalah bangsa yang berjaya..



Sungguh merambangkan mata..

Rakyat2 dan yang ada di sekitar Terenggganu rebutlah peluang ini pergi ke Pesta Buku TTC..
Nescaya banyak manfaat yang akn dapat..

*rindu dgn karya Habiburrahman El-Shirazy dan Dr. 'Aidh Abdullah A-Qarni.. Hee~

2 comments:

nana said...

jom p pwtc...hehe

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Eh, patut su yang ajak nana.. Hehe..
Jom nana..
Balik ngan su..
Kite tawaf PWTC 7 kali.. hee~

Related Posts with Thumbnails