.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, March 30, 2010

Fenomena yang tidak disangka...


Isnin.. Ya, hari Isnin.. Hari yang sepatutnya penulis berangkat pulang ke Universiti dan akan kembali kepada kehidupan campus semula.. Petang tu penulis masuk dapur, buat kek untuk adikku yang sorang ni, yang sudah termaklum sebagai ‘hantu kek coklat’.. Orang sibuk buat, dia pun sibuk jugak mengacau.. Alang2 dah buat tu, penulis buat sekali untuk kawan2 sekelas sebab dah lame kawan mintak suruh buatkan.. Jadi, x sampai hati pulak pulang dengan tangan yang kosong.. Jadi penulis pun buatla dua biji kek untuk kawan2 kelas.. Sepatutnya penulis perlu bertolak jam 6 dari rumah untuk ke airport, tapi disebabkan keterbolosan (x wujud dalam kamus dewan jugak, dun try dis in essay), sebab topeng kek belum siap.. So, macam pelesit jugakla buat, dalam masa kurang 5 minit siap topeng coklat.. Ini pecah rekod ni, selalu ambil masa 15 minit untuk siapkan.. Kelam kabut punye insiden, boleh pulak buat cepat.. Hihi.. macam lucu pulak bile fikir balik..

Time tu, hujan teramatla lebat.. Mase berhenti di Shell, ade orang maklumkan pada my dad supaya jangan teruskan perjalanan sebab kat depan tu sebelum masuk tol jammed disebabkan banjir teruk.. Readers bayangkan, kereta boleh tenggelam dan banyak yang stuck kat situ maybe sebab air masuk enjin.. Ada 2,3 tempat yang banjir.. Dari luar nak masuk x boleh, dari dalam nak keluar pun x boleh.. Memang stuck.. Highway pun jadi jammed sebab x boleh masuk tol.. Sungguh dahsyat pada perkiraan penulis.. Hati kami dah gelisah.. Jam menunjukkan pukul 6.55.. Nak ke airport Subang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari situ dan penulis perlu check in 45 minit sebelum masuk pelepasan atau paling lewat pun sebelum jam 7.20 dan akan on air jam 8. Mase sudah sangat suntuk!

Perlu cari alternative lain nampaknye.. Jadi, my dad patah balik ikut jalan belakang.. Tapi agak jauh dan 1st time lalu kat situ.. Arah tuju pun xtau macam mane.. Tawakkal je.. Sampai di kawasan simpang siur, sudah pening jalan mane nak tuju.. Signboard pun xde.. Jalan kat situ masih dalam pembinaan.. Astaghfirullah.. Jarum jam sudah menunjukkan jam 7.15.. Memang sudah habis pecut dah kereta tu.. Macam berada dalam F1 pulak.. *straight face*

Sampai di airport jam 7.45.. Sudah terlalu lewat! Kargo untuk bagasi pun dah jalan.. Check in then terus penulis berkejar masuk ke pelepasan.. Nasib baikla flight tunggu.. ehee.. 1st time pengalaman macam ni.. Sebelum ni paling kurang pun kalau sampai airport sempat lagi jalan2 cari makan kat airport tu dulu..

Alhamdulillah selamat dalam plane.. Lega rasa.. Orang dalam plane pun x ramai, hanya suku dari plane tu.. Selesa sikit.. Tapi.. Ada pula kegelisahan lain yang timbul.. Sedang asyik penulis menjamah cuppy cake dan juice yang dibekalkan oleh pihak Fire Fly sambil melayan mp4 ~Maher Zain~, kapten memaklumkan bahawa ada mengalami sedikit masalah dengan cuaca yang kurang baik ketika berada pada ketinggian 17 ribu kaki dengan suhu 29 celcius dan diminta kepada semua penumpang kembali berada dalam keadaan stabil di seat.. Terus penulis off mp4 dan cabut headphone.. Ya, penulis dapat rasakan gegaran kuat dalam plane tersebut.. Kelajuan flight dikurangkan.. Allah… Hanya Allah saje yang tahu perasaan waktu tu.. Tidak putus berdoa mohon Allah selamatkan keadaan.. Makanan di hadapan pun tiada selera untuk dijamah dah.. Kepala terasa pening dan mual disebabkan keadaan plane yang tidak stabil.. Setelah 15 minit kemudian, keadaan kembali seperti biasa. Alhamdulillah.. Semua dalam keadaan baik.. Macam2 dalam mind mase tu.. Nak call parent, no coverage.. Rase keseorangan, hanya Allah sebagai peneman dan tempat mengadu dan berbicara dalam hati..

Alhamdulillah selamat landing jam 9.10 minit.. Sedikit terlewat dari waktu sepatutnya..

~Walau di mana berada, Alah pasti akan bersama kita.. Dia tahu apa yang kita sedang hadapi.. Bila kita ingat kepadaNya dalam susah dan senang, Dia lebih menjaga dan mengingati kita.. Kasih sayang Allah melebihi segalanya.. Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu~ (sekadar perkongsian secebis peringatan)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails