.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, March 17, 2010

Menantu..

Saupi menaiki kereta api ke KL. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yg ramai tu ada seorg tua yg duduk di sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saupi brtanya kpd org tua tersebut, " Pakcik, skrg pukul brp?"

Org tua tersebut tidak menjwb. Saupi pikir, mungkin org tua ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun org tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata dan reaksi. Saupi dgn agak geram mencuit org tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjwb pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tak nak jwb, tapi nanti kalau saya jwb, kita pasti akan bersoal jwb tntg lain2 perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Saupi termangu seketika mendengar kata2 org tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu menjwb, "Apabila kita bertambah mesra, nnt dah sampai ke stesen, kita akan turun bersama2. Saya nantinya pasti akan memperkenalkan kamu kpd anak gadis dan isteri saya yg dtg menjemput saya."

"Isteri saya orgnya baik sekali. Takut nnt dipelawanya kamu ke rumah. Nnt kamu akan mandi & berehat di rumah say. Kami juga akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat dg anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama2 kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Saupi menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, "Pakcik, apa hubungannya semua ini dgn pertanyaan saya yg pertama tadi? Saya cuma nak tahu skrg ni pukul brp?"

Sambil berdiri org tua tersebut menjwab dgn lantang, "Masalahnya? Masalahnya "AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDE!"

Aduhh, jauh sungguh pemikiran org tua ni. Sungguh futuristik!

p/s: Letakkan pemilihan agama pada tahap paling atas.. Harta hanyalah bonus.. Rezeki Allah pada hambaNya ada di mana2. Dia lebih memahami hambaNya dan lebih dekat dengan kita. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails