.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, March 31, 2010

Sambutan program DERMA DARAH menggalakkan..


Pagi tadi penulis baru dapat tahu bahawa hari ni Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan program derma darah di UDM.. Tersenyum penulis bile dapat tahu.. *wink*

After habis class pukul 1, terus menuju ke cafe dulu untuk lunch.. Bukan ape lunch ni sebab nak tambah energy je.. Atleast kalau doktr tanye dah makan blum, penulis ada point jawab dah makan.. nanti takut x lepas saringan plak.. hehe.. Politik betul..

Sambil jalani ujian untuk pengesahan kumpulan darah, sempat penulis sembang dengan nurse tu.. Dia kate, sambutan pelajar begitu menggalakkan.. Seramai 130 orang telah mendermakan darah.. Satu berita yang baik dan puas hati penulis dengar.. Tahniah pelajar-pelajar UDM! Teruskan langkahmu..

Satu information, seorang pesakit yang memerlukan darah, sekurangnya akan digunakan 2-4 beg bekalan darah.. Manakala bagi ibu yang baru lepas melahirkan anak pula, memerlukan bekalan darah sebanyak 10-20 beg.. Banyak kan..? Bayangkan kalau bekalan darah x cukup, apa akan jadi pada mereka yang memerlukan darah ni..? Apa akan jadi pada ibu-ibu yang nyawanya sudah berada di hujung tanduk bertarung dengan kesakitan melahirkan anak, yang kekurangan banyak darah, tiba-tiba stock darah xde.. Bayangkan itu adalah ibu anda sendiri..

Sampai di kaunter untuk cek tekanan darah, err.. terkurang pulak.. Tapi disebabkan rayuan nak sangat, green light jugak.. Hehe.. Dengan syarat banyakkan makan buah lepas ni.. Alhamdulillah lepas..

Kepada orang2 awam yang belum cuba untuk menderma darah atau masih dilema ketakutan, buang perasaan tu.. Hanya permainan iblis yang menakutkan kita.. Sekali anda mencuba, pasti nak lagi.. Percayalah.. Ada kemanisannya yang Allah akan campakkan ke dalam hati.. Ingat, ramai yang memerlukan darah anda.. Anda mampu menyelamatkan nyawa orang lain.. Tidak ternilai pengorbanan anda dan hanya Allah yang dapat membalasnya.. Jadi, sama-sama kita membantu menyelamatkan nyawa saudara kita.. Mereka lebih memerlukan.. Anda mampu mengubahnya..


4 comments:

ulyamashkuri said...

tapi daku tak layak menderma...berat tak cukup la...huk2..

suhaila_annur said...

alahai.. ksiannye sahabat su sorang ni..
banyakkn makan dulu ye..
nasi tu, skali makan tambahla 3, 4 pinggan.. baru blh derma 2 beg.. hehe..
xpe, InsyaAllah lain kali ade rezeki tu.. jgn putus asa.. =)

nana~ said...

nana takut jarum la su...nanges bila kene cucuk T_T

suhaila_annur said...

aik.. takut jarum ye..
hehe.. xde ubatla camtu..
melainkan tutup mata..
baru x sedar time kene inject..
x sakitla nana!

Related Posts with Thumbnails