.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, May 28, 2012

Sepi Majlis Fatwa?

MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.

Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.

Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan ‘bapa kafir’ kepada Tuan Guru.

“Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.

“Banyak perkara yang tidak sehat dilakukan oleh pemerintah, namun pihak majlis fatwa berdiam diri, namun boleh pula mengeluarkan fatwa khas khusus untuk Pakatan Rakyat walaupun tidak bercanggah dengan Islam,”ujarnya.

Sambungnya, majlis fatwa tidak hanya perlu memandang sudut agama sahaja, sebaliknya penyelewengan kuasa, ekonomi, yang berlaku di hadapan mereka kena beri perhatian.

Beliau juga turut mencadangkan majlis fatwa menegur isu penyelewengan yang membabitkan NFC, saham syarikat MAS dan lain-lain lagi.

Sementara itu ketuanya, Datuk Mohammad Daud, mengakui pihaknya menggunakan kaedah yang lebih lunak dalam berdakwah, khususnya kepada orang bukan Islam.

Sambungnya, Dewan Ulamak PAS Kelantan, seboleh mungkin tidak akan menggunakan bahasa yang kesat apa lagi menyinggung perasaan mereka.

“Sebab itu ketika kita berucap, berkempen, berdakwah kita tidak kata mereka sebagai orang kafir, sebaliknya ‘bukan Islam’, sebab perkataan kafir itu begitu kasar, walaupun mereka bukan beragama Islam,”ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru merasmikan laman web rasmi dewan berkenaan. Untuk melayari serta mendapat sebarang maklumat http://dupnk.org.my.

Info: HarakahDaily


f/n: Mana perginya fungsi sebenar Majlis Fatwa dalam isu yang lebih besar dan perlu dititikberatkan. Adakah fatwa untuk BERSIH je yg blh dikeluarkan tanpa ada pertimbangan wajar? Jelas nampak tidak telus.

2 comments:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Siapa kah kita untuk mengkafirkan orang Islam yang lain?

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Sedih isu camni.. Majlis fatwa diam terus.. xde respon.. BERSIH cepat pulak keluarkan fatwa. Padah negara berasuah..

Related Posts with Thumbnails