.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, March 13, 2010

Pendapat je....


Semalam lepas je kuliah, penulis terus bergegas ke bandar dengan kawan sebab ade temujanji dengan Operation Coordinator di Hotel Residence untuk menguruskan tempahan annual dinner.. Alhamdulillah penulis x tersalah pilih setelah dibawa oleh pengurus tersebut melihat sekitar hotel, view kat situ memang cantik dan dewan yang serba ekslusif.. Semua dah membuatkan penulis jatuh hati dan berpuas hati dah.. So, penulis terus berunding untuk event tu. Discuss untuk arrangement, designation and payment.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.. Sebelum ni tercari2 jugak di mane nak buat event.. Almaklumla penulis bukanlah orang Terengganu. So, x berapa arif bab tempat ni.. Jadi, penulis ambil inisiatif search dalam internet je..

Selepas berunding, sambil dilayani pelayan yang menghidangkan minuman, terkeluarla topik pawagam.. Encik Rizal (Operation Coordinator) yang bukak topik ni dulu. Katenye di Terengganu ni amat membosankan sebab xde pawagam. Dan di Kelantan juga x dibenarkan untuk mewujudkan pawagam.. Katanya lagi, seiring dengan pembangunan ekonomi, perlunya mewujudkan pawagam supaya setaraf dengan pembangunan yang pesat zaman sekarang.. Di Kuala Lumpur merata2 tempat ada pawagam.. Penulis hanya tersenyum. Mengiyakan pun tidak.. Menidakkan pun tidak..

Setelah habis dia berceloteh, penulis baru respon memberi pendapat.. Pada pendapat penulis, tidak salah kalau nak mewujudkan pawagam. Tapi mesti ada syarat yang perlu digariskan di mana, pawagam tu mestilah diasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.. Sebab faktor utama masalah yang melanda pawagam sekarang ini adalah “couple2” yang selalu pegi sane. Bila “couple” yang pergi, sudah tentula seat dekat2.. Macam2 blh berlaku.. Di situ xde orang yang tolong halang.. Bile datang je crita seram or sumthing ke, yang bernama ‘gadis’ faham2 je la macam mane.. Yang penulis dapat tahu jugak, dalam tu gelap pulak.. Sungguh bahaya.. Wallahua’lam la sebab penulis sendiri x pernah masuk pawagam.. Hanya dengar cerita dari orang dan dari pembacaan penulis…

Pendapat lagi, selain diasingkan seat, kalau nak pergi bersama keluarga atau dalam erti kata lain xnak berpisah dengan family duduk seat yang berasingan, pihak pengurusan pawagam boleh mewujudkan 1 bilik “golden” yang khas untuk ahli keluarga sahaja.. Bukankah itu lebih menyeronokkan..? Lebih mesra.. Lebih bebas dalam pergaulan sesame adik beradik.. Lebih ceria bersama parent.. Dari situ boleh mambantu mewujudkan ukhuwah anatara anak2 dengan ibu bapa dan antara suami dengan isteri.. Boleh mengurangkan masalah sosial yang berlaku.. Bila anak2 rapat dengan ibu bapa, maka kuranglah gejala2 yang tidak diingini berlaku.. Ibu bapa menjadi tempat untuk meluahkan segala masalah dan meringankan beban.. Yang berlaku sekarang ni, banyak punca kurang perhatian daripada ibu bapa..

Tersenyum juga pengurus tersebut.. Mengiyakan juga pendapat penulis.. Hihi.. Wallahua’lam la bagaimana perasaan orang yang pernah masuk pawagam dan bagaimana pendapat mereka.. Mungkin bila dah masuk sekali, nak lagi.. Penulis xpernah dan TAKKAN menjejakkan kaki ke pawagam.. Ada je inisiatif lain.. Beli CD, tengok kat rumah dengan family.. Lagi best macam tu.. Lagi bebas.. Kita blh control sendiri.. Nak stop ke, nak pause ke.. Control di tangan je.. Hehe. Di pawagam boleh ke buat macam tu..? Kalau ‘termengantuk’ ke, ‘tertidur’ ke.. Terlepas la part of the story tu.. Rugila duit yang kita bayar tu kan.. Hee..

Seketika tertoleh pada jam tangan penulis.. Alamak! Masa dah terlebih.. Hampir 2 jam penulis di situ.. Ok, penulis pun perlu berangkat diri untuk ke tempat lain pula..

Sekadar PENDAPAT JE… Xtahu la pendapat readers macam mane..


2 comments:

Hazwan said...

sokong!!

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Bagus!
Ayuh hantar surat pelaksanaan..!
Usul cadangan dalam paper..
Hee..

Related Posts with Thumbnails