.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, October 21, 2010

Laporan Program 'Palestin, Kami Ada Untukmu'


Assalamualaikum. Memandangkan banyak permintaan dari sahabat2 terutama sahabat yang tidak dapat hadir dan orang luar yang meminta penulis membuat laporan mengenai Program Palestin, maka secara ringkasnya penulis buat laporan atas permintaan ramai. Attention: Ini adalah laporan rasmi untuk web tertentu dan telah diubah oleh penulis dijadikan separuh rasmi sikit. Harap maklum.

SEBELUM PROGRAM

Sebelum bermulanya program, hebahan telah dijalankan di Radio IKIM selama seminggu. Setiap masjid di sekitar Terengganu telah dimaklumkan hebahan untuk menjemput penduduk sekitar. Banner konsert telah dinaikkan di bulatan Batu 6. Jualan tiket juga telah berjalan ke sekolah-sekolah dan Institut-institut.

HARI PERTAMA (14/10/2010)

3.00 Petang – 7.00 Petang

Pada hari pertama berlangsung dan bermulanya jualan gerai-gerai dan pameran. Bermula sesi pendaftaran wakil dari gerai masing-masing. Pihak Aqsa Sayrif telah bertugas secara rasmi hari ini sebagai pengerusi bersama bagi program ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’. Aqsa Syarif telah membuka dua gerai. Mereka juga menyediakan artikel-artikel berkaitan isu Palestin sebagai bahan pameran dan penyampaian maklumat kepada peserta-peserta dan slot ini dinamakan GAZA Walk. Alhamdulillah artis Shoutul Harokah dari Indonesia selamat tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud pada jam 1 tengah hari dan penulis bersama Saudara Adam serta pegawai HEPA telah menjemput mereka di lapangan terbang dengan kenderaan khas dari UniSZA. Di sana, kami menunggu selama hampir 1 jam disebabkan ada masalah dengan kenderaan khas. Jadi, terpaksala penulis menetap di airport bersama Sjoutul Harokah sementara menunggu kenderaan khas datang. Penulis ke airport pun dengan kereta sahaja.

8.00 Malam – 11.00 Malam

Berlangsungnya ceramah bertajuk “Bebaskan Palestin’ yang disampaikan oleh Dr Zulkifli al-Bakri (Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu). Pada asalnya penulis menjemput Ustaz Zahazan bagi slot ini dan akan diadakan dalam bentuk forum. Tapi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, Ustaz Zahazan tidak dapat hadir. Namun, sambutan dari pelajar pada malam itu sangat memuaskan termasuk orang dari luar dan penyertaan juga dari sekolah Sekolah Menengah (atas) Sultan Zainal Abidin . Sesi soal jawab dibuka dan tindak balas dari pelajar yang bertanya sangat memberangsangkan. Dr Zulkifli mengucapkan tahniah kepada pelajar UniSZA dan bangga dengan soalan-soalan dari pelajar yang amat bernas serta di luar jangkaan. Hadiah disediakan bagi pelajar yang dapat menjawab soalan dari Dr Zulkifli, tajaan hadiah adalah dari Riyaz Haritage. Pada malam itu juga berjalannya pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh penulis sendiri dan diadakan jamuan ringan untuk penceramah serta urusetia yang terlibat.


HARI KEDUA (15/10/2010)

9.00 pagi – 11.00 malam

Sepanjang program akan berjalan Program Gaza Walk, iaitu Tandatangan dan Cop Prihatin Palestin serta berjalannya Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Bagi slot Tandatangan dan Cop Palestin, penulis telah menyerahkan slot tersebut kepada kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) untuk bekerjasama dengan Kelab Astronomi. Ahli Jawatankuasa yang terlibat dari KRIM adalah seramai 10 orang. Tandatangan dan Cop Prihatin Palestin telah mendapat liputan dari pihak media akhbar Sinar. Cop ini telah menggunakan sebanyak 40 meter kain rentang dan direntangkan di hadapan Dewan al-Mukhtafi Bulah Shah. Seminggu sebelum bermula program, kain-kain dan cat mural telah dhantar ke sekolah-sekolah serta Kolej bagi mendapatkan cop dari mereka. Ternyata sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak sana cukup baik.

9.00 pagi – 12.30 Tengah Hari

Berlangsungnya ceramah Perdana bertajuk ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’ yang disampaikan oleh Ustaz Lokman bin Awang. Beliau merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Terengganu. Ceramah ini melibatkan pelajar UniSZA dan penduduk sekitar.. Beliau mengupas isu utama kepada Palestin dan tentang perlunya kita untuk memboikot barang-barang Israel. Di akhir slot ini, sukarelawan Aqsa Syarif telah mempersembahkan sebuah pentomen khas bagi menggambarkan suasana rakyat Palestin yang dikecam kekejaman Israel. Pentomen ini telah berjaya membuatkan sebahagian penonton menjatuhkan air mata. Masa ni penulis pun xdapat nak menyeka air mata. Seolah penulis berada di posisi negara Palestin. Moga mereka terus tabah.

Sesi soal jawab juga berjalan di akhir ceramah dan peserta yang mampu menjawab soalan dari penceramah telah diberi hadiah, hadiah pada slot tersebut ditaja oleh Riyaz Heritage. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh oleh penulis sendiri dan diadakan jamuan ringan untuk penceramah serta urusetia yang terlibat.

Dalam masa yang sama, berlangsung juga kempen derma darah. Jemputan khas adalah dari pihak Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Zahariah.

2.30 Petang – 5.00 Petang

Slot Bicara Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin bin Mohd Yunus yang bertajuk ‘Realiti Serangan Mavi Marmara’ dan selingan bersama tayangan video khas yang dibawakan oleh penceramah.. Beliau merupakan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad dan salah seorang mangsa yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika berlakunya serangan oleh tentera Israel. Sambutan yang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar IPT, pelajar sekolah jemputan dan orang luar amat menggalakkan. Anggaran kasar penonton yang hadir adalah 600 orang penonton dan maklumbalas yang dapat juga amat baik. Di akhir slot, berlaku sesi interaksi dua hala dan sesi soal jawab. Setiap pelajar yang mengutarakan soalan akan mendapat hadiah yang ditaja oleh Aqsa Syarif dan dua orang pelajar yang dapat menjawab soalan khas dari Ustaz akan mendapat hadiah tajaan dari Riyaz Heritage. Sesi ramah mesra Ustaz Hasanuddin bersama penonton. Majlis berakhir apabila sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah yang disampaikan oleh penulis sendiri. Walaupun telah disediakan jamuan untuk ustaz dan zaujahnya, namun masa lebih mencemburui kami, Ustaz terpaksa bertolak pulang kerana ada urusan. Jadi, penulis pun menghantar kepulangan ustaz sehingga ke pintu kereta.

5.00 Petang

Artis jemputan iaitu Mu’adz bersama perkusi khas telah sampai di Stesen bas Kuala Terengganu dan penulis bergegas menuju ke MBKT menaiki kenderaan khas UniSZA bagi menjemput beliau. Sampai di UniSZA beliau terus menuju ke dewan untuk membuat sound check. Agak rushing jugak. Kesin penulis tengok mereka kepenatan. Namun, semangat yang menguatkan mereka.

5.30 Petang – 7.00 Petang

Para urusetia bertungkus lumus mempersiapkan dewan untuk persediaan malam konsert. Artis-artis iaitu kumpulan Shoutul Harokah dan Mu’adz Dzulkefly turun ke dewan bagi membuat sound check yang terakhir sebelum malam konsert. Terpaksala penulis menunggu di dewan sehingga maghrib bagi menemani mereka membuat sound check. Ye la, nanti apa2 yg diperlukan mereka, susah pulak kalau tiada orang tunggu. Ketika ini Tandatangan dan Cop Palestin serta gerai jualan dan pameran masih berjalan di luar dewan.

8.00 malam – 11.00 malam

Pada malam ini pula berlangsung Konsert Mahabbah GAZA. Artis jemputan adalah Shoutul Harokah dan Mu’adz Dzulkefly bersama perkusinya (Hafiedz, ahli kumpulan Al-Gebra). Setiap pembelian tiket, sebahagiannya akan disumbangkan ke Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA. Sambutan pada malam ini cukup menggalakkan dan ternyata objektif serta mesej yang perlu disampaikan dalam Program Palestin ini berjaya disampaikan melalui konsert memandangkan hiburan sebati dengan jiwa remaja. Inilah cara untuk memperhalusi bagi mendekati jiwa remaja. Pada malam konsert, pihak penganjur menyerahkan tugasan kepada kelab Bachelor Of Science Social (BOSS) untuk bekerjasama. Urusetia dari kelab BOSS yang menguruskan malam konsert adalah seramai sepuluh orang.

Keseluruhan lagu yang disampaikan oleh Shoutul Harokah adalah lagu jihad dan menaikkan semangat cintakan perjuangan Palestin. Manakala lagu yang disampaikan oleh Mu’adz pula adalah lagu yang berkisarkan kepada simpulan hadis-hadis pilihan bagi mendidik jiwa remaja. Penganjur mendapat respon yang baik dari konsert ini kerana menekankan konsep menanam semangat jihad cintakan Palestin. Penonton bebas mengibarkan bendera Palestin dan digalakkan memakai mafla sebagai tanda sokongan.

Pada jam 9.30 malam, Penulis telah menerima panggilan daripada Radio Malaysia Terengganu untuk ditemuramah dan ke udara pada jam tersebut bagi menceritakan perjalanan sepanjang program dari hari pertama sehingga hari terakhir. Di kesempatan itu juga pihak RTM meminta penulis untuk membuat liputan serta lintas langsung untuk menceritakan suasana di sekitar konsert yang sedang berlangsung.

Sehingga kini rata-rata pelajar bila ditanya, semangat Palestin masih lagi mengalir dalam jiwa mereka dan mendapat banyak permintaan dari kalangan pelajar serta orang luar untuk menganjurkan lagi program seperti ini. CD lagu Palestin juga diberi secara percuma oleh kepada penonton bertuah. Di akhir konsert, diadakan sesi tandatangan dan fotografi bersama artis. Konsert berakhir jam 11.30 malam dan diadakan jamuan ringan untuk artis serta urusetia yang terlibat.

HARI KETIGA (16/10/2010)

7.30 Pagi

Ok.. Pada pagi ni pula penulis perlu ke airport jam 7.30 pagi setelah dimaklumkan oleh pengurus Shoutul Harokah bahawa flight mereka pada jam 8.20 pagi. Jadi, seawal jam 7.30 pagi dah ada di airport untuk mereka bersarapan pagi sebelum bertolak. Pagi tu penulis drive sendiri ke airport tanpa menggunakan kenderaan UniSZA. Kalau kenderaan UniSZA adala drivernya kan. Selesai hantar mereka.

9.30 Pagi

Ok, jam 9.15 pagi, penulis bergegas pula ke MBKT untuk menghantar Mu’adz Dzulkefly bersama abg Hafiedz. Kali ni penulis x drive sendiri, penulis naik kenderaan UniSZA. Memandangkan masa pun dah suntuk sangat untuk kejar bas jam 10 pagi, jadi driver kenderaan UniSZA tu pun memecut laju. Pening abg Mu’adz dalam kenderaan tu dibuatnya. Alhamdulillah sempat sampai.

2.30 petang – 7.00 petang

Persediaan untuk malam perasmian. Masa inilah agak kelam kabut dibuatnya sebab penulis baru dapat taklifan secara mengejut bahawa penulis kena bersajak malam tu. Bersajak ok. Allah.. Dah lama tinggalkan dunia sajak ni. Memang betul2 lupa dah tone. But praktis dan terus praktis sampai hilang suara. Cover balik minum air sampai 5 botol. Itulah story di sebalik sajak malam tu. Aduahi.. Ditambah dengan kerja-kerja untuk majlis malam perasmian itu lagi untuk memberikan segala laporan.

8.30 Malam- 11.00 Malam

Malam perasmian penutup. Pada malam ini sebanyak tiga program dalam satu majlis perasmian iaitu Program ‘Palestin, Kami Ada Untukmu’, Program Karnival Mahasiswa IPT dan Debat Piala Naib Canselor. Pada mala mini juga disisipkan satu sajak khas berkaitan palestin yang bertajuk ‘Palestin, Kami Ada Untukmu yang disampaikan oleh penulis sendiri dan Saudara Syarif (Majlis Perwakilan Pelajar). Pada malam tersebut secara rasminya penyerahan wang sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan GAZA yang diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor kepada Setiausaha Aqsa Syarif iaitu Ustaz Masrul Ariffin. Alhamdulillah jumlah kutipan melebihi 10ribu. Sebagai maklumat tambahan, sebanyak 41 unit tabung telah diedarkan ke sekolah-sekolah, fakulti-fakulti, IPTA, sekitar cafeteria, surau-surau dan masjid.

Maklum balas orang ramai

Alhamdulillah maklum balas orang ramai tentang Program Palestin ini amat memuaskan dan rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh penganjur. Menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat dan dari pelajar-pelajar atas program yang dijalankan. Permintan tinggi dari penonton yang hadir untuk mengadakan lagi program seperti ini dan diteruskan dari semasa ke semasa. Semoga boleh bekerjasama lagi dengan pihak Aqsa Syarif dalam membentuk jiwa cintakan Palestin dalam kalangan pelbagai lapisan. Alhamdulillah.

Penulis selaku Pengarah bagi Program Palestin ini mengucapkan Terima kasih yang tidak terhingga kepada AQSA SYARIF atas kesudian bekerjasama dalam penganjuran proram Palestin di UniSZA ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi. InsyaAllah..

Di sini penulis tidak akan upload gambar atau video. Untuk lihat gambar-gambar dan video sekitar program Palestin, sila masuk ke Facebook penulis (id FB: Ummul Syaukatul Suhaila) Sebelum add, sila tinggalkan mesej dahulu menyatakan bahawa anda adalah pembaca dari blog penulis. Baru penulis akan terima.. Syukran..

*Ucapan khas tahniah dan jutaan terima kasih kepada exco2 Kelab Astronomi yang dikasihi kerana memberi kerjasama dan komitmen yang baik. Semoga kemanisan ukhuwah kita kekal..

1 comments:

YANA said...

tahniah su.
program yg sgt baik. jrg tengok program beso pmpuan yg anjurkan. tahniah dari kami smua dari UITM. Kalau su masuk UITM, mesti dah ada program palestin kt UITM ni.

Related Posts with Thumbnails