.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, June 23, 2010

Saya Benci Bola…!


Ok.. Entry kali ni agak bernada keras.. Sebab penulis guna perkataan ‘BENCI’.. Kenapa penulis x guna perkataan ‘TAK SUKA’? Kan nampak lebih lembut.. Sebab ni nak menunjukkan yang penulis betul2 tidak suka tahap maksimum pada bola ni.. Memang x de ruang sedikit pun dalam hati penulis untuk katakan ‘SUKA’..Tidak ada..

Nak tau sebab utama penulis x suka…? Ok.. Camni.. Penulis memang aktif kat Facebook.. Ada org kata FB ni Yahudi laknatullah punya kan.. Tapi ramai yang buat kontra.. Jom kita kontrakan penggunaan sebagai jalan untuk berdakwah.. So, penulis gunakan FB sebagai medan utama penulis untuk mencari maklumat.. tambah2 berkaitan Palestin.. Banyak yang penulis dapat.. Video fresh Palestin pun blh dapat dari sana.. Segala status pun penulis akan melalui FB.. Pendek kata, boleh berdakwah kat sana sebab seluruh dunia juga akan dapat maklumat.. Gunakan sebagai medan dakwah dan menyampaikan maklumat.. So, kalau nak ape2 maklumat blh cari penulis kat FB..

Yang dikatakan x berapa suka sgt sejak akhir2 ni.. Sebab dulu masa angin taufan pasal Palestin melanda dunia, tentang LL4G, tentang sukarelawan kena serang, kapal disekat, semua letak status dan gambar flag Palestin.. Semua semangat berkobar2.. Tapi.. Sekarang, bila ribut taufan BOLA tu datang, semua flag Palestin, status Palestin hilang.. Semangat pun luntur.. Ke mana? Ni yang buat penulis BENCI pada BOLA..

"Saya benci pada bola! Melalaikan segalanya! Cukup tidak suka! Dulu masa dunia sibuk memperkatakan tentang Palestin, FB jadi tempat maklumat dan banteras.. Sekarang bila dunia memperkatakan tentang bola.. Semua berpaling bab bola.. Lunturkah semangat..? Mana hilangnya semangat cintakan Palestin?? Sekarang semua lupa kan?? Saya benci bola!! Jgn sesiapa lunturkan kebencian saya..!" (Ok, ni status penulis di FB.. Harap yang terbaca tu sedar la ye dari lamunan sang bola tu)

Sedar x banyak keburukan bola ni.. Fanatik sangat dengan bola.. Sampai lupa saudara kita di Palestin masih berperang, bergelumang dengan kekejaman makhluk laknatullah.. Semua belum terhenti ok.. Lupakah kamu?? Hanya dengan sebiji bola, kita leka semua.. Hanya dengan sebiji bola, kita abaikan harapan mereka pada kita.. Hanya dengan sebiji bola, telah mangubah posisi kita dari ambil berat tentang Palestin kepada ambil berat tentang bola.. Hanya dengan sebiji bola kita x sedar darah saudara kita mengalir mencium bumi Palestin!

Bola.. Bola.. Bola..! Sedar x, bola ni lah yang mengawal diri kamu sekarang? Bola ni lah yang memesongkan diri kamu sekarang.. Masih x sedar?? Mai sini penulis nak tolong senaraikan..

Disebabkan SEBIJI BOLA itulah kamu:

Lalai tanggungjawab pada Allah..

Lalai tanggungjawa pada rumahtangga..

Sanggup berjaga tengah malam.. Bukan untuk tahajjud, tapi nak tengok siaran langsung bola.. (x rugi ke??)

Anak, isteri terabai..

Sanggup berjudi.. Bagi kaum keluarga makan hasil duit haram..

Lupa amanah pada kerja..

Hilang pendirian..

Leka pada masa.. Lalai..

Waktu solat semakin dilewatkan..

Bacaan ayat2 suci al-Quran semakin dipendekkan.. Malah boleh jadi x baca langsung dalam sehari.. takut terlepas bola..

Angka Zikrullah semakin berkurang.. Hari2 tengok angka keputusan perlawanan bola.. Angka jam berapa bola mula..

Bil elektirk sepanjang berlangsungnya bola meningkat.. Sebab open TV lebih dari masa sepatutnya..

Diri tidak terurus..

Anak2 ingkar cakap ibu bapa.. Suruh buat kerja.. Jawapan: sekejep.. Sekejap.. Sekejap tu ambik masa 2,3 jam.. Sebab? Sebab tengok bola la..

Pelajaran terabai.. Keputusan merosot..

Pergi sekolah, pergi kerja dalam keadaan mengantuk. Then macam mana nak focus pada kerja.. Hilang amanah tu..

Duit banyak dilabur di kedai makan.. Ye la.. Tengok bola sambil lepak ngan kawan2.. Sambil lepak, sambil makan.. Kan? Anak isteri kat rumah ni x tahu makan ape..

Ada orang lupa yang berjudi tu haram… Selalu dengar bila time world cup, ada jugak orang melayu yg sanggup join bangsa lain bertaruh atas team masing2..

Rasa cukup kot.. kalau nak list, 10 helai kerts pun x cukup kan.. Dah terbukti banyak keburukan..

Lihat la sekarang, judi pulak dah makin berleluasa, makin menular.. Dijangka jika perjudian bola dihalalkan, jumlah wang judi yang akan dikutip adalah dianggarkan sebanyak RM9 bilion setiap tahun.. Banyak tu.. kegiatan sedemikian sudah tentu akan memberi impak negatif yang besar kepada masyarakat dan membawa kesan sampingan yang buruk kepada keluarga khususnya kepada generasi remaja yang merupakan harapan negara.. Tahu x hasil tu akan disalurkan untuk kebajikan masyarakat, sektor kesihatan, bantuan kemiskinan.. Nampak baik bukan? Tapi pernah x kita terfikir kesan sampingan yang terselit? Meh sini nak bagitau.. Rakyat ditabur dengan duit HARAM! Makan dengan hasil duit HARAM! Siapa rakyat tu? Kitalah!

Faktanya, Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa2 aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. SEGERA! Sebab harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira la macam mana bentuk perjudian tu.. Tetap HARAM.. Yang haram jelas keharamannya..

Cuba readers lihat dalam Qur’an, Surah al-Baqarah, 219:

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada manfaatnya”.

Manakala dalam hadis Riwayat Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah dinyatakan:

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”

Tak takut ke kita bila ternyata menderhakai Allah.. Kita pun tahu kan, menderhakai Allah ni pasti ada balasan yang berat.. Bayangkan bagaimana kalau satu hari nanti negara kita diturunkan bala bencana sebab berleluasanya perjudian.. X gerun ke andai perkara tu berlaku.. Nauzubillah min zalik..

Sekarang judi bola sepak, barangkali waktu depan judi badminton, judi hoki, judi tennis semua boleh judi, bayangkanlah akibatnya..

Penulis bukanlah berniat nak menyekat orang minat bola.. Minat tu atas diri masing2.. Tapi kalau terlalu taksub dengan bola sampai terabai segala yang menjadi kewajipan sebagai seorang muslim, lupa dengan perkara lebih besar yang melanda dunia (PALESTIN) yang bermain dengan akidah kita, yang menjadikan kita sebagai hamba kepada bola.. Lebih baik tinggalkan.. Sikit manfaat dan faedah pun tidak ada..

Maafla kalau penulis sedikit emo.. Sebab segumpal kegeraman tergumpal dalam hati.. Semuanya disebabkan BOLA.. Mohon Allah jauhkan penulis dari seorang lelaki yang cintakan bola.. Ini semua akan meruntuhkan moral sesebuah kehidupan.. Akan berantakan rumahtangga.. Mempertaruhkan kehidupan dengan sebiji bola.. Terkikis iman, terkikis tanggungjawab, ternoda hati.. segalanya kucar kacir..

Wahai yang masih leka dengan taksub mencintai bola.. Masa tidak menanti kamu.. Masa tidak menunggu kamu.. Sedarlah, sekarang bola itu yang mengawal diri kamu.. Bertuankan bola.. Tolonglah sedar yang kehidupan kita ni pendek sangat.. Tolonglah kembalikan akal fikiran kamu kepada Palestin.. Mereka di sana terkapai2 dalam kelemasan dengan arus kekejaman, kita di sini sedikitpun tidak mempedulikan mereka, malah telah lupa, lalai.. HANYA DENGAN SEBIJI BOLA.. JANGAN JADI HAMBA PADA BOLA..

Mohon maaf andai terkasar bahasa..

6 comments:

syafiQ said...

hohoho.. baru jpe org girl kritik bola sebegini rupa.. pepun, apit nk kabo ler apit pn x ske bola gak.. hehe.. 1 team la kite erk.. 'SAYA BENCI BOLA.. trademark su kan. huhu. copy jer.

Hazwan said...

erkkkk

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Hazwan:
Err.. terlekat tulg ke? Fanatik la tu..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Syafiq:
baru jmpe..? hehe.. Inilah hakikat.. Wah, x suke jgak ye.. 1 team la ni.. Nice2.. Jom2 pakat copy.. pastu paste.. -anda mamou mengubahnya- hee~

syafiQ said...

Yupz.. sue ni kdg pelik dr orang.. tp pndirian xpnh trgugat ag owg tngok.huhu.Yeah.. kita mampu mgubhnya.huhu.

ساءوتول مجاهد said...

ya slm....tab'an!bola bnyk kbruknnye..kawe sokong demo!

Related Posts with Thumbnails