.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, June 5, 2010

Perkongsian sukarelawan LL4G, Dr Syed Muhammad Halim..

Perkongsian seterusnya dilakukan oleh Dr Syed Muhammad Halim dari HALUAN. Beliau pada mulanya tidak tahu hendak bercerita bermula dari mana. Tetapi kemudiannya beliau telah mengajak hadirin untuk melihat suasana cemas yang telah mereka lalui di dalam kapal. Namun suasananya terbalik apabila mereka sampai di Jordan. Suasana Jordan sangat tenang, seakan tidak ada berlakunya apa-apa terhadap negara jiran mereka. Lepasan tawanan pula disambut bagaikan wira negara. Beliau menganggap, itu hakikatnya sebagai satu kegagalan selagi mereka belum dapat mencapai objektif membebaskan bumi Al-Aqsa dan tidak lengkapnya pengabdian diri mereka kepada Allah SWT. Beliau menyatakan, apabila semua itu tercapai, barulah dinamakan kejayaan dalam obkjektif LL4G.

Beliau menceritakan bahawa, LL4G sebelum ini telah berjaya menembusi Rafah melalui jalan darat. Yang berjaya masuk hanya separuh manakala bakinya disekat. Pelbagai kekasaran telah ditunjukkan oleh Kerajaan Mesir dalam hal itu. Sehingga ahli konvoi berpakai bukan itu caranya untuk memecahkan tembok kematian Gaza. Dr Syed Muhammad Halim menceritakan betapa di Gaza, tiada sistem perbankan untuk menghantar wang terus ke sana. Mereka tersekat di dalam tembok kematian walaupun luasnya hanyalah lebih kurang Shah Alam sahaja. Daerah yang cukup kecil, tetapi amat terseksa. Namun kata beliau, rakyat Faza telah menunjukkan ciri-ciri pengabdian kepada Allah yang amat tinggi. Mereka mampu hidup sampai sekarang walau dikepung selama 4 tahun setengah.

Beliau juga berkongsi akan pengisian yang diperolehinya semasa di atas kapal, yakni cerita akan Ashabul Kahfi. Kata beliau, wujud juga Ashabul Ghazza yang perlu diperhatikan. Namun Ahlul Ghazza tiada gua untuk mereka bersembunyi, tiada ruang untuk mereka melarikan diri. Hari-hari mereka dibom dan dibunuh, anak-anak dirampas dan semalam mereka masih dibom lagi. Dan tiada siapa yang memprdulikan mereka. Tiada siapa bersuara untuk mendakwa Israel kerana membunuh penduduk di Gaza.

Dr Syed Muhammad Halim berkongsi bahawa Gaza saban tahun melahirkan 10,000 orang Hafiz Al-Quran. Di Gaza jugalah munculnya halaqah dan usrah yang hidup. Hakikatnya di Gaza, ada 30,000 halaqah yang bergerak setiap minggu secara konsisten. Mereka ini telah berjaya menjadi contoh yang realiti terhadap ummah dunia. Mereka tiada bank, tiada sistem perparitan, tetapi tetap sehingga sekarang mampu hidup tanpa rungutan. Mereka tetap hidup beradab sopan dan berkahlak sesama mereka.

Dr Syed Muhammad Halim merasakan betapa bahawa, mereka hakikatnya datang ke Gaza bukan untuk memberikan bantuan. Bahkan, merekalah yang meminta bantuan daripada Gaza. Hal ini kerana, mereka ingin belajar daripada Gaza akan erti kehidupan yang sebenar, dan mencontohi mereka.

Dalam perkongsiannya, Dr Syed Muhammad Halim berkongsikan akan objektif LL4G. Ada tiga semuanya, digariskan oleh IHH. Sebelum itu, beliau berkongsi akan satu cerita selepas dibawa seorang ulama’ dari Gaza untuk perkongsian semasa kuliah Subuh di Malaysia. Selepas ceramah itu, terdapat dua orang jemaah masjid membincangkan akan hal Gaza dalam keadaan tidak tahu. Bila diterangkan akan keadaan Gaza yang sengsara, mereka berdua menyoal semula – ada ke negara yang demikian? – itu orang yang pergi bersolat subuh. Bagaimana agaknya orang lain yang larut dengan dunia?

Objektif yang digariskan oleh IHH untuk LL4G ada tiga. Iaitu:

1. Mewujudkan Kesedara Masyarakat Dunia akan hal Gaza.

Isteri Bill Clinton, telah menyuruh dikaji semula bantuan secara berjadual di Gaza. Hal ini baru di sebut selepas 4 tahun pengepungan, selepas terjadinya kes serangan Israel ke atas LL4G. Selepas kapal dicuri, ada yang syahid dibunuh, baru Palestin mendapat perhatian. Seakan-akan perkara ini baru berlaku semalam. Inilah rupanya bayaran untuk menyedarkan ummah.

2. Menamatkan Kepungan Terhadap Gaza.

Objektif ini hendak menyatakan kepada masyarakat dunia bahawa mereka boleh menamatkan kepungan yang berlaku di Gaza itu secara legal. Cuma di mana selama ini pemimpin-pemimpin dunia? Di mana selama ini kumpulan hak asasi-kumpulan hak asasi manusia? Tetapi yang tiada kuasa, senjata, tiada daya bercakap, yang itulah yang berkumpul hendak membantu Gaza. Dengan tenaga empat kerat, merempuah perairan yang pastinya akan diganggu Israel. Bila terjadinya kes sebegini, barulah dunia hendak memberikan perhatian.

3. Untuk Menyampaikan Bantuan kepada Gaza.

Sebab itu dilakukan kutipan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan bantuan.

Kata beliau, objektif pertama nampaknya telah berjaya dicapai. Contohnya di Malaysia, pada 5hb 6 2010 akan diadakan perhimpunan oleh pelbagai kaum untuk melaung di atas jalan, “Hancur Israel.” Ini satu perkembangan yang baik.

Berkenaan objektif ke-2, misi-misi yang akan diteruskan sampai kepungan berakhir.

Objektif yang ketiga pula, yakni menyampaikan bantuan, nampaknya belum mampu dicapai sepenuhnya. Apabila barang-barang dirampas oleh Israel, walaupuan ada pihak Israel menyatakan bahawa barang-barang tersebut akan diberikan juga kepada rakyat Gaza, maka samalah seperti barang-barang itu telah hilang kerana Israel tidak boleh dipercayai. Namun syukur, apabila terjadinya perkara sebegini, pintu Rafah telah dibuka oleh Kerajaan Mesir.

Syed Muhammad Halim telah ditugaskan sebagai perawat medical personal di atas dek ketiga di luar untuk memberikan rawatan kepada peserta yang cedera yang dijangka akan dilakukan oleh Zionis. Memang sesungguhnya mereka telah menjangka bahawa mereka akan diserang malam itu. Ada raptai latihan untuk situasi itu pada malam sebelum kejadian.

Selepas selesai latihan, kapten mengarahkan untuk berehat. Di sini ada satu suasana yang menarik. Kapten akan sentiasa mengingatkan bahawa sebelum tidur, siapa yang rasa berdosa, perlulah bertaubat kepada Allah sebelum tidur. Ada yang tidak tidur, meneruskan solat, qiam, berdoa, ada yang membaca Al-Quran dan berkawal.

Selepas solat subuh, lebih kurang pada pukul 4.15 pagi, terdengarlah letupan di belakang mereka. Letupan ini terhasil dari bom gas yang dibaling. Beliau menyatakan betapa suasana ketika itu sangat mengerikan. Tetapi beliau menyatakan bahawa takut langsung tidak wujud dalam jiwa mereka. Mereka telah meletakkan jangkaan akan berlakunya keadaan yang terburuk. Apa itu keadaan terburuk? Itulah dia – diseksa, dikepung, tak diberi makan dan sebagainya – Ada pendengar menjawab ‘Mati Syahid’ tetapi segera beliau menyatakan bahawa syahid bukan keadaan yang terburuk.

Apabila kejadian itu berlaku, belum sempat dia berkemas, dia mendengar bahawa jururawat menyatakan sudah ada kecederaan. Dalam masa yang singkat, sudah ada 4 orang masuk untuk rawatan. Salah seorangnya telah ditembak sniper di dahi dengan otak yang telah terburai. Seluar beliau pada ketika itu berlumuran darah. Dua kali dibasuh, tetapi darah masih tidak hilang. Sekali di dalam penjara, sekali di hotel. Namun darah syuhada tetap kekal di seluarnya.

Dr Syed Muhammad Halim berkongsi bahawa, ada 4 mayat di hadapan mereka. Salah seorangnya seiras dengan kenalannya di atas kapal, sangkanya, kawannya itu telah syahid. Tetapi bila dia melihat keluar, dia terjumpa kawannya. Nyata kawannya bukan yang syahid tadi. Dia menceritakan kepada temannya betapa seirasnya wajah temannya itu dengan yang syahid tadi. Kawanya pantas berkata: Alangkah baiknya kalau dia yang mati itu.

Apa yang penulis nak highlightkan di sini adalah berkaitan satu petikan.. Sila lihat tulisan yang berwarna putih.. Semangat mereka untuk mencari syahid dan keberkatan Allah.. Allahu Akbar!
Renung2kan..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails