.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, June 20, 2010

Out lagi + Masih risau..

This week, rumah ni rasa macam tempat persinggahan je.. Keluar pagi, balik malam.. Bukan keluar sorang2, tapi ngan family dan saudara mara.. Jangan bermimpi dan berharapla parent nak bagi keluar sorang2.. Ada sebab kenapa syarat2 diletakkan pada penulis macam tu.. perancangan parent ni pasti ada faedahnya kan..

Ok.. After balik dari Pahang malam Rabu, malam tu jugak dah buat planning nak keluar ke mana, nak tuju ke mana keesokan paginya.. Tapi lain yang jadi.. Kita merancang Allah yang menentukan.. Awal pagi jam 6 kami dapat berita yang mengejutkan, seseorang telah pergi mengadap Ilahi.. Innalillah.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.. Segalanya hanyalah pinjaman.. Tiba masa, pinjaman tersebut akan kembali kepada tuannya..

Sepertimana dalam Surah Jumu’ah ayat 8: Katakanlah (wahai Muhammad) "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya..

Jadi, pagi tu pun kami mengubah agenda dan terus menziarahi keluarga arwah (ayah kepada sahabat parent penulis).. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh..

After that terus ziarah ke rumah saudara di Kelana Jaya dan Bandar Baru Bangi.. Then terus pusing2 town.. Singgah kat Sunway Pyramid sebentar sebab alang2 dah lalu kat situ.. Agenda ni saja masukkan dalam plan sebab bawak saudara mara dari kg jalan2.. Keadaa di Sunway agak sesak.. Mungkin sebab school holiday.. Masuk ke sana seolah berada di negara lain.. Segalanya asing.. Tapi penulis x lama di sana sebab muak tengok keadaan di sana.. Pelbagai ragam yang yang tidak sepatutnya ada..

Dalam otw keluar dari Sunway, adik penulis hantar mesej dari Indonsia.. Khabar dari sana, dia mendaki gunung lagi.. Allah.. Terkejut penulis.. Mesej pulak dia mohon maaf kalau ada salah silap.. Agak risau jugak penulis dapat mesej macam tu.. Baru je turun dari gunung Merapi, pagi tu naik pulak Gunung Lawu.. Memang menaikkan graf kejelesan penulis la.. Yang mendesak dia untuk naik sangat gunung tu sebab nak tengok sunrise n sunset.. Panorama tu paling cantik.. Subhanallah..Kalau ke Indonesia, x naik gunung tu memang satu kerugian yang amat besar.. Atas sebab itulah yang mendorong adik penulis untuk naik ke sana selain mencari pengalaman.. ~Masih dalam perasaan kerisauan~


Gunung Lawu

Senja sudah menghampiri, kami meneruskan perjalanan untuk menziarahi saudara lagi.. Sepanjang minggu ni hanya mengatur untuk menziarahi saudara mara.. Tidak sah cuti penulis tanpa menyelitkan agenda menziarahi sanak saudara.. Jadi, kereta terus meluncur ke Kesuma Lake.. Kami kendiri dan dinner di sana.. Seronok sebenarnya bila dapat berjumpa dengan semua, bila dapat berkumpul ramai.. Selain mengeratkan lagi silaturrahim, kita jugak dapat mengetahui perkembangan sanak saudara dan khabar berita.. Saetiap tahun kami pasti akan adakan family day dan agenda ziarah menziarah adalah wajib.. Itulah tradisi keluarga..

Dalam perjalanan pulang, my dad bawa kami semua ke KLCC untuk melihat panorama di waktu malam.. Sebenarnya x de pun dalam planning.. Mungkin my dad saja nak bawa sepupu dan saudara penulis round KL di waktu malam.. Melihat neon bekerlipan.. So, penulis juga ambil peluang untuk nikmati angin malam di taman tema KLCC.. Subhanallah.. Indah sungguh.. Nyaman.. Cuma yang tercemar, perbuatan dan perlakuan manusia yang rakus bersosial tanpa batasan.. Waktu untuk pulang.. Sampai rumah lebih kurang kjan 12 malam.. Masing2 dah letih.. Tapi syukur Alhamdulillah sangat Allah masih memberi peluang dan masa untuk menziarahi keluarga.. Ramai saudara yang kami dapat melawat haritu..





Keesokan paginya, ada lagi agenda.. Isy3.. Memang rumah betul2 hanya tempat tidur je kan.. Balik malam, awal pagi after b’fast dah keluar.. Agenda ziarah saudara lagi.. Tapi harini nak ziarah 1 keluarga je.. Tu pun kami buat meeting nak jumpa di café Sterling je.. What I like today, environment tu.. Sangat cantik dan selesa.. Café di tepi kolam.. Berborak sambil menghirup jus buahan segar.. So nice.. So beautiful place.. Tapi x lama penulis di situ sebab saudara penulis yg datang dari kg dah nak bertolak balik.. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan berjumpa dengan semua saudara mara.. Memang itu yang ada dalam mind penulis, memang itu plan penulis sebelum bermulanya cuti.. Syukur Allah tunaikan..


Suasana di Cafe Sterling

Ok, agak penat rasa tapi puas.. Malam ni ada majlis ilmu Forum Remaja di masjid Bandar Tasik Puteri jam.. Bermula jam 9 malam.. Jadi, kepada sahabat2 yang berdekatan, jom kita pergi beramai2 bagi mengutip input bermanfaat.. Isilah masa remaja kita dengan perkara yang berfaedah untuk diri, masyarakat dan negara.. Dan yang penting bekalan yang perlu kita bawa untuk mengadap Allah.. Hidup di dunia hanyalah bersifat sementara.. Dengan pembangunan sosioekonomi yang berlaku begitu pesat sekali, minda kita, ketahanan iman kita, jati diri kita mudah tergugat akibat dari pengaruh pemikiran yang diimport, budaya dan nilai nilai luaran yang mencemari serta menghakis keperibadian, nilai dan budaya Timur dan Islam.. Salah satu yang boleh membantu membentuk dan mengukur keperibadian kita adalah majlis ilmu.. Wariskanlah ilmu dan keperibadian kita demi kepentingan dunia dan akhirat..

Allah berfirman pula:

“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

(al-Mujadalah: 11)

“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan

(az-Zumar: 9)

“Hanyasanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu, ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan.”

(Fatir: 28)

“Andaikata mereka mengembalikannya (berita itu) kepada Rasul dan kepada orang-orang yang memegang urusan pemerintahan di antara mereka, tentulah halnya telah dimengerti oleh orang-orang yang menelitinya dalam golongan mereka itu”

(an-Nisa’: 83).


4 comments:

faris haikal said...

as...kum.. wah3 su bejalan sungguh die.bahagia btol ngan family ae. ni la su yg kukenal. ziarah kuarge tu wajib su ea. nk kne tiru cam su gaknie.

kazen hensem said...

Mano gambo den yang hensem tu?? x dok pun.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Faeis Haikal: Jom tiru meniru.. hehe.. Tiru meniru pkare yang baik x pe.. Jagn copy paste yg x sepatutnya sudeh..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Kazen hensem:
Err.. pic tu ade my pic la.. Gambar terlarang tu.. Cannt publish daa.. Nak nanti bawak pendrive meh cni nak masukkan..

Related Posts with Thumbnails