.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, May 1, 2010

Hari Private dn berfikir..

Pagi ni.. Awal2 pagi sudah keluar ke town sebab hantar kawan ke hentian bas.. Tapi hari ni terasa sesuatu ada dalam diri.. Sukar untuk diungkapkan.. Sukar untuk ditafsirkan.. Selepas hantar sahabat, terus penulis bawa diri..

Lonely.. I’m lonely.. Bukan sebab apa, tapi sengaja penulis yang membuat diri lonely.. Harini b’fast and lunch kat KFC.. Bukan dgn kawan, bukan dgn sahabat, bukan dengan sesiapa.. Tapi hanya penulis seorang.. Sambil itulah membuatkan pnulis terfikir banyak perkara.. Ya, banyak perkara dalam mind..

Harini juga penulis off handphone sepanjang hari.. Maaf kawan2 yang call penulis dan sms penulis tp tanpa reply.. Penulis x on handphone.. Hanya handphone khas untuk family je yang penulis on.. Hrini juga penulis x online, x on facebook, x bukak blog.. Segala aktiviti harian yang penulis lakukan, penulis sekat harini.. Penulis mahu privatekan diri untuk seketika.. Penulis tinggalkan aktiviti harian seketika.. Penulis tingalkan orang2 sekeliling yang penulis sayang seketika..

Tiada siapa yang tahu ke mana penulis pergi harini.. Tiada siapa yang tahu tujuan penulis.. Bukan merajuk, bukan marah, tapi penulis nakkan satu ruang untuk diri.. Adakala kita perlu mencari satu masa untuk merenung, untuk mencari diri.. Siapakah diri kita sebenarnya.. Adakah selama ini kita hidup dengan diri kita sendiri.. Di mana tahap kehidupan kita.. Di mana kita berada sekarang.. Apa arah tujuan kita.. Apa yang kita nak capai dalam hidup.. Apa yang diperlukan dalam hidup sebagai seorang hamba Allah.. Semua itu muncul dalam fikiran penulis..



Selepas b’fast and luch di KFC, penulis drive balik.. Inilah kali pertama selama berada di Terengganu penulis drive sendirian dan keseorangan tanpa teman.. Sebab…? Sebab penulis nakkan privacy sementara.. Penulis bercadang nak ke satu tempat yang sungguh tenang.. Dalam perjalanan, masih lagi berfikir.. Terfikir.. dan memikir.. Sehingga sampai di satu kawasan masjid, penulis lihat ramai orang.. Penulis berhenti seketika.. Sangkakan ada sesuatu yang berlaku.. Rupanya golongan tua yang baru habis dari menghadiri kuliah agama.. Mereka saling bersalaman.. Mereka saling bertanya khabar.. Penulis hanya merenung dari dalam kereta.. Sungguh syahdu melihat panorama sebegini.. Adakah kelak diriku akan istiqamah untuk menjadi tetamu Allah sebegini..? Adakah diriku akan menjalani kehidupan hari2 tua seperti mereka..? Kehidupan yang penuh dengan aktiviti2 ke arah mencapai keredhaan Allah.. Adalah? Adakah? Adakah? Masih belum menemui jawapan yang pasti… Please hold my hand Ya Allah..

Penulis meneruskan perjalanan.. Sampai di satu traffic light yang agak lama perlu menunggu.. Penulis tertoleh kae kanan penulis.. dan penulis melihat seorang baby dalam kereta yang sangat comel sedang melihat ke arah penulis.. Penulis senyum dan menggamitkan tangan ke arah baby tersebut.. Bila lihat baby tersebut kembali ketawa dan terlonjak riang, penulis terhibur dalam kebahagiaan.. Kembali membuatkan penulis teringat pada satu gambar di facebook, di mana seorang baby yang dikelilingi oleh sekumpulan pengganas sambil menghalakan senapang ke arahnya.. Ianya berlaku di Palestin.. Menyayatkan hati dan menyentuh hati penulis.. Apakah jaminan nyawa baby tersebut? Wajahnya yang suci bersih tidak dinodai sebarang dosa perlu berhadapan dengan kekejaman dunia yang rakus.. Kekejaman nafsu manusia yang tiada perasan kasih sayang.. Kita di sini penuh keamanan.. Dilahirkan dalam kedaan yang cukup selesa dan penuh kemewahan.. tapi di sana, lahirnya mereka di muka bumi, belum tentu akan teruskan perjalanan sesaat akan datang.. Mereka dihujani kekejaman.. Mereka dihujani bahaya.. Masihkah ada hari esok untuk mereka..?

Apakah nasib yang menanti anak kecil ini?
Allah lebih kasihi dia..


Penulis masih meneruskan perjalanan.. Tiba2 dj radio memutarkan sebuah lagu yang menyentuh hati penulis.. ‘kenangan terindah’ oleh samsoons.. Lagu itulah membuatkan penulis terkenang banyak memori.. Lagu itulah yang menjadi kegemaran penulis dari dulu sehingga sekarang.. Cuma jarang didengari.. Hampir suku lagu itu diputarkan, penulis didesak perasaan sebak.. Sebak sangat.. Ya Allah, ujian apakah ini.. Terasa sungguh berat.. Penulis tidak dapat focus dalam pemanduan. Terus penulis berhentikan kereta di tepi jalan, bawah pohon berhampiran pantai.. Sebak.. Ya Allah, mohon Engkau tabahkan hatiku dalam liku2 kehidupan.. Saat itu, penulis perlu mencari sesuatu.. Sesuatu yang dapat memujuk hati ini dan memberikan ketenangan dalam sendu.. Dalam mind hanya terbayang my mum… Ya, my mum.. hanya dia yang perlukan saat itu.. Dialah yang memahami hati ini.. Sejenak penulis mencari ketengan, mencari diri dalam keindahan Ilahi.. Penulis percaya Dia bersama penulis.. dan Dia mendengar suara hati penulis.. Dialah kekasihku setiap saat..

Puas penulis menelaah diri.. Puas penulis menatap keindahan ciptaan Ilahi.. Puas penulis mencari ketenangan.. Puas penulis berbicara bersama Dia.. Penulis perlu pulang.. Teringat pada janji meeting pula petang itu..

Terima kasih Ya Allah kerana memberi ruang dan keizinan pada diriku untuk berbicara bersamaMu.. untuk mencari diri.. Untuk menjauhkan diri dari kehidupan yang penuh cabaran sementara.. untuk mencari ketenangan.. Untuk memencilkan diri seketika.. Terima kasih Ya Allah.. Diriku dapat merasakan kelazatan tersebut..

Dalam kesamaran waktu
apabila ketenangan menyapa diri
baru minda menyngkap rahsia NIKMAT Allah..
di manakah diriku ketika itu?
di waktu diriku di awangan dalam mencari realiti kehidupan...
yg sememangnye x kekal... xkan kekal..

Dalam intipati kembara perjalanan...
dugaan pasti menyapa.. pasti..
sambil memberi satu persoalan..
kepada siapa dirimu berharap?
bru tika itu diri ini tersentak...
jasad bagai dicabut nyawa...
kembali berfikir mencari cahaya..

Tunjukkan aku ke jalan yang diredhaimu Ya Allah..
Pimpinlah diriku dalam meniti titian duniaMu
menuju ke negeriMu yang kekal..

2 comments:

RAIHANAH ROZAIMI :) said...

kadang2 bersendirian itu perlu..mencari siapa diri kita yang sebenar..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Thanks Rai..

Related Posts with Thumbnails