.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, May 12, 2010

Doa Seorang Ibu..


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang baik budi pekerti, tinggi ilmu dan amalannya tidak boleh disangkal lagi.. Ibunya amat berbanggga mempunyai seorang anak sepertinya yang sering menjadi perbualan orang dimana sahaja.

Pada suatu hari si anak bercadang untuk ke Mekah bagi menambah ilmu pengetahuan kerana merasakan ilmu yang dimiliki belum mencukupi.. Dengan berat hati dan disertai linangan air mata si ibu berkata,"Wahai anakku, engkaulah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau meneruskan niatmu itu.Ibu sudah tua dan tak sanggup berpisah dengan mu apatah lagi engkau akan bertahun lamanya disana.. Ibu harap kamu batalkan saja niatmu itu." rayu ibunya.

Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya namun semangatnya untuk menuntut ilmu agama sedikit pun tidak luntur, malah dia tetap bertekad pada keesokan harinya setelah solat subuh dia tetap akan berangkat, dia sedikit pun tidak menghirau rayuan ibunya.

Kini tinggallah si ibu keseorangan, hatinya begitu sakit diatas perbuatan anaknya.. Si ibu merintih pilu,"Ya Allah, Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan pemergiannya.. Maka engkaku turunkanlah seksa kepada anakku Ya Allah." Si ibu sentiasa berdoa seperti itu setiap kali selesai solat.

Si anak telah sampai ke Mekah dan sedang giat menuntut ilmu dan beribadat.. Pada suatu malam berlakulah suatu musibah menimpa dirinya.. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya namun disedari oleh saudagar tersebut lalu pencuri itu lintang-pukang lari menyelamatkan diri.. Oleh kerana terlalu panik si pencuri memasuki sebuah masjid bagi tujuan menyelamatkan dirinya yang sedang dikejar oleh tuan rumah, sebaik memasuki ruang masjid dia terpandang seorang pemuda sedang khusyuk berzikir.. Sebagai helah menyelamatkan diri si pencuri berteriak,"Pencuri! Pencuri!"..

Mendengar teriakan itu tuan ruamah meluru ke masjid lalu menangkap pemuda yang leka berzikir dan dibawa mengadap raja.. Tanpa sebarang soal selidik dan membuat pertimbangan sewajarnya si raja menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kaki dan tangan serta kedua biji matanya dicungkil.. Setelah menerima hukuman dengan hati yang tenang, si raja memerintahkan agar pemuda tersebut diarak dikhalayak ramai.. Di sepanjang perjalanan, pegawai-pegawai raja berteriak kepada orang ramai,"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang!"

Sewaktu perarakan itu sampai ke sebuah pasar si pemuda berkata pada pegawai raja,"Wahai pegawai, usahlah engkau berkata sedemikian rupa sebaliknya katakanlah, Inilah balasannya jika derhaka pada ibu"

Para pegawai tercengang mendengar saranan pemuda tersebut.. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul atau berpura-pura.Akhirnya para pegawai mengambil keputusan untuk menyiasat latar belakang pemuda tersebut dan didapati pemuda itu bukanlah pencuri sebenar dan benarlah ucapan pemuda tersebut.. Dengan perasaan belas dan kasihan para pegawai raja membebaskan pemuda tersebut dan dihantar pulang ke rumah ibunya.

Ketika sampai pegawai raja terus meninggalkan pemuda itu dihadapan pintu rumahnya.. Keadaan pemuda itu yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil dari luar.. Dia terdengar ibunya berdoa dari dalam rumah, "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia kerumah ini supaya aku dapat melihatnya"

Air matanya bercucuran kerana tidak tertahan mendengar doa dari ibunya, lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

"Ya tuan, berilah hamba sedekah"

"Datanglah ke sini," Balas suara dari dalam.

"Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki"

"Kalau begitu hulurkan tanganmu," balas si ibu yang masih belum menyedari pengemis itu adalah anaknya

"Tuan, maafkanlah saya kerana saya juga tidak mempunyai tangan,"balas si anak.

"Lantas bagaimana dapat aku memberi kamu makanan sedangkan aku bukan muhrammu"

"Tuan jangan bimbang kerna kedua mata saya telah buta," jawab anaknya.

Ibunya yang masih belum mengetahui yang diluar itu adalah anaknya terpaksa keluar dengan membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.. Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan, si pemuda itu terus merebahkan dirinya kepangkuan ibunya sambil menangis.

"Ibu...maafkanlah saya ibu.. Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib sebegini rupa akibat ingkar dari perintah ibu.. Saya telah berdosa dan harap ibu dapatlah mengampuni segala dosa saya ini, maafkanlah saya ibu!"

Setelah dia mengetahui bahawa itu adalah anaknya, si ibu memeluk dan menangis sepuas-puasnya kerana melihatkan penderitaan anaknya.. Oleh kerana tidak tertahan melihat penderitaan anaknya si ibu sekali lagi berdoa,"Ya Allah, Ya Tuhanku, saksikanlah bahawa semua kesalahan dan dosa anakku telah ku ampuni.. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan dan aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.. Ya Tuhanku, Kau akhirilah hidup ku bersama anakku agar kami tidak menanggung malu."

Dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT, sekali lagi doa ibu itu dimakbulkan.. Akhirnya dia bersama anaknya mati bersama-sama.. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu..

Itulah sebuah kisah menyayat hati dimana seorang ibu tidak redha akan pemergian anaknya menuntut ilmu.. Jika si anak yang pergi menuntut ilmu menerima padah sedemikian dari ALLAH, bagaimana pula kita yang meninggikan suara bila berkata dengan ibu kita atau ada yang terlebih ganas memukul, sepak terajang ibunya laksana bola....NAUZUBILLAH

Dan pada para ibu berhatilah dengan kata-katamu terhadap anakmu kerna kata-kata itu adalah satu doa dan doa seorang ibu sentiasa dimakbulkan ALLAH... Moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi..


0 comments:

Related Posts with Thumbnails