.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, May 9, 2010

Semangatku di perhimpunan Palestin..





Alhamdulillah dengan izin Allah penulis dapat menghadirkan diri ke Perhimpunan Perdana Palestin.. Syukur sangat.. Walaupun tubuh masih dalam kepenatan, tapi disebabkan semangat yang tinggi untuk Palestin, demi saudara2ku di sana akhirnya penulis sampai juga.. Penulis ke sana ditemani sepupu2 penulis.. Ada hikmah juga dikurniakan sepupu yang ramai dari kaum Adam.. So, dengan diizinkan my parent, merekalah yang menjadi bodyguard penulis malam tu.. Begitu sukar rasanya perjalanan menuju ke Stadium Shah Alam.. Banyak halangan.. Penulis bertolak dari rumah jam 6.40 petang,hajat nak solat maghrib di sana.. Tapi hajat penulis tidak kesampaian disebabkan terpaksa berdepan dengan kesesakan jalan yang agak teruk.. Sekitar jam 9 malam barula penulis tiba di sana.. Walaupun rasa macm agak terlewat, abaikan perasaan tersebut. Yang penting penulis berjaya jejakkan diri di sana bagi menyokong Palestin, memberi semangat dari jauh untuk saudara2 di Palestin..

Seusai menjejakkan kaki di pintu masuk stadium, penulis membeli barangan palestin dan terus pakai.. Masuk je ke dalam dewan, terus penulis menuju ke hadapan pentas dan join bersama2 dengan para mujahidah di sana memegang pelanduk dan sama2 melaungkan Allahu Akbar.. Allah.. Semangat yang hadir dalam diri begitu berbeza.. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan perasaan ini buat hambaMu.. Penulis lihat mereka di sana begitu bersemangat..

Malam itu penampilan istimewa dari kumpulan nasyid Raihan dan Muadz.. Mereka mempersembahkan lagu Palestin.. Yang membuatkan darah semangat naik bila Muadz mampersembahkan lagu stand up.. Untuk dengar, click di sini.. Ketika itulah para pemuda berpusu naik ke atas pentas bagi sama2 mengibarkan bendera Palestin.. Allahu Akbar..

Selepas persembahan, stadium tersebut bergema dengan laungan Palestin.. Di mana, laungan tersebut dilaungkan oleh para mujahidin Palestin sana.. Allah.. Masa tu rasa macam diri ini nak ke Palestin.. Semangat!

Ditayangkan juga tayangan video air mata Palestin.. Allah.. Sangat sedih.. Bayangkan anak dalam ribaan si ibu dirampas oleh tentera Israel. Anak tersebut menggelupur minta diselamatkan dan si ibu mengejar tentera Israel yang merampas haknya demi menyelamatkan anaknya dari kekejaman Israel.. Namun, usaha si ibu tersebut ternyata gagal dan anaknya dibunuh di hadapan mata si ibu.. Bagaimana kalau kita yang hadapi keadaan sebegitu?? Pemuda2 di sana ditembak di tulang belakang supaya lumpuh seumur hidup kerana mereka tahu semngat dan darah perjuangan pemuda2 lah yang akan menentang mereka. Anak2 kecil dibunuh.. Ibu2 dan gologan dewasa diseksa dengan kejam.. Membunuh rakyat Palestin dijadikan satu hobi buat tentera Israel.. Ketika video tersebut ditayangkan, penulis lihat ramai yang menitiskan air mata termasukla penulis.. Ketika itu juga kami tidak hiraukan keadaan sekeliling kerana semangat dan hati hanya untuk Palestin..

Seperti yang kita maklum, Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan.. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka... Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah. Antara peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak.. Allah..

Sahabatku.. Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia.. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis… Ia adalah bumi suci di mana ramai para rasul Alaihissalam dilahirkan dan wafat di sana... Ia adalah medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid... Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah SWT dengan kewujudan Masjid al-Aqsa.. Di samping kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah SWT dan tanah suci ketiga setelah Mekah dan Madinah… Adakah kita hanya mendiamkan sahaja??

Berada di sana terasa bagai tidak mahu melangkah untuk pulang.. Tetapi mengingatkan pesanan parent penulis supaya pulang awal.. Terpaka penulis akur jua.. Sekitar jam 11 lebih penulis mengundur diri untuk pulang.. Terasa kesayuan menerjah dalam diri.. Ya Allah.. aku mohon Engkau selamatkanlah palestin dan saudara2ku di sana dari kezaliman..

Kembalikanlah hak Palestin! Kembalikan keamanan Palestin! Kembalikan hak kami! Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitulmaqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat… Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama…

Sahabat2ku.. Ayuh sebarkan semangat Palestin! Senjata kita adalah doa.. Doakanlah saudara2 kita di sana.. Allahu Akbar3x!!

Barangan pertama yg penulis dapatkan
setelah sampai dan terus pakai..



Semangat yang hadir dalam diri penulis.. Allah..



Semangat para mujahadah kita!

For Palestine!

Bendera Palestin dikibarkan..

Para Mujahidah yang begitu bersemangat!



Masih setia bersemangat.. Ayuh para Muslimah!

MasyaAllah.. Begitu semangat..
Inilah yang kita perlukan..





Palestine Will Be Free

Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free


8 comments:

cik siska ^_^ said...

su,,bila nk follow my blog..ngee~

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Su da try follow..
Tp x leh nak regiser followers kat blog siska..
nape?

wonderfuLife♥ ♥ said...

salam sue..rasa meremang bila baca,semangat kembali menerjah untuk menjadi seorang mujahidah,,thanks buat entri pasal nie..sangat sedih sebab tak dapat nak pergi..ape pun org islam di palestin sana memang menantikan sesuatu dari kita walaupun hanya dengan doa..
PALESTIN WILL BE FREE..amin Ya Rabb!!

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Wsalam. wawan..
Alhamdulillah.. Itu yg su nak sampaikan.. Semangat dalam diri.. U'r welcome.. Su kalau blh nak ajak kawan2 share pengalaman kat sana.. Xpe, InsyaAlah biiznillah blh pegi.. Akan menyusul lg program macam ni InsyaAllah..
Betul.. Mereka mengharapkan kita.. Kita bersaudara dgn mereka.. Kitalah harapan mereka..
Amin! Khaibar3..! Allahu Akbar!

arif haykal said...

Mashaallah. kuatnya semangat awak. semangt saya terus membara lps baca entry awk. rasa tercabar perempuan mcm awak lbh kuat smgt. Sy doakn smga allah berkati awk. allahuakbar!

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Alhamdulillah.. semoga terus bersemangat.. Segalanya datang dari Allah.. Kita doakan yang terbaik untuk semua.. Kalau ade perhimpunan macam tu untuk Palestin, bolehla usahakan join sekali ye.. Ambil semangat dari sana..
Amin..Syukran alaik.. Barakallah..

arif haykal said...

Harap centu la. thnxz bagi smngt, rsa lebih smangt dlm diri. sy bangga dgn awak.

abid_PM said...

Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Related Posts with Thumbnails