.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan dalam Rahmat..


Posto.. Posto.. Ogos datang lagi... Hehe..

52 tahun lalu Kemerdekaan Negara telah dimahsyurkan pada 31 Ogos 1957... Bulan Ogos disambut dengan perbagai aktiviti menyemarakan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

Pada 31 Ogos 2009, esokla kan.. hehe.. Tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52 kwn2. Setelah 52 tahun merdekan, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut (bukan perjalanan dari UDM ke KT ye), terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara. Kita sebagai generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini... Mereka bukan saje ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup 'berkorban apa saja' untuk memastikan kemerdekaan yang dicapai dahulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni kita pulak berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri... Macam2 perkara yang berlaku Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita... Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua... Adaka itu membawa satu maksud yang kita ni lebih mementingkan diri sendiri? Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang? Jawabla.. Diingatkan tiada talian hayat yang kedua ye..

Atas sebab itulah, 1 Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu... Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita... Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi malap dan terus kelam... Ibarat pelita yang kehabisan minyak tanah.. ~ade ke peribahasa tu??~

Fikir2kan...
Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh Rahmat iaitu bulan Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam.. Jangan alpa...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

2 comments:

izzuddin2020 said...

hoo..merdeka!!..memg merdeka ni susah nak dapat..tapi mudah untuk dilepaskan..hehe..

selamat hari merdeka su!!

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Betul3..
Ibarat 'payah nak genggam belut, tapi nak lepaskan senang je'.. hehe..
~suke2 hati je buat peribahasa sendiri kan~

Selamat Hari merdeka jugak abg Izzuddin..!

Related Posts with Thumbnails