Tidak tahu apa yang sedang berperang dalam diri penulis. Kali pertama menjejakkan kali ke Restoran Al-Edrus (Mat’am el-Edrus), seolah ada satu spirit yang menguasai diri penulis untuk terus kembali ke sana. Minggu ini sahaja sudah 3 kali penulis ke sana. Ini gara-gara rindukan sajian Arab. Mentang-mentangla dekat dengan UniSZA kan. Hehe..
Semalam penulis ke sana lagi bersama sahabat penulis. Nak makan makanan bergandum dan masakan yag bersaji bersama Olive Oil serta lemon. Macam terbayang-banyang je setelah dua hari ditinggalkan (apa sudah jadi..?). Alhamdulilah Allah izinkan untuk pergi.
Kebetulan di sana juga penulis terserempak dengan pensyarah penulis dan kakitangan UniSZA yang juga mungkin dari kalangan Arab sebab penulis lihat dia begitu petah berbual dalam bahasa Arab bersama zaujahnya. Masa tu pulak ramai pengunjung dari kalangan bangsa Arab datang. Dengar percakapan mereka dalam bahasa Arab. rasa macam betul-betul berada di Negara Arab pula.. ^_^
Tidak tahu kuasa dan semangat apa yang datang. Mula meminati segala yang berkaitan dengan style Arabic ni. Dari kecil dulu sekadar meminati roti Arab sahaja, sekarang dah merebak pula. 2,3 bulan lepas penulis sibuk mencari jubah Arab bersama selendang dan penulis sanggup menempah Abaya dari Negara Arab setelah dilihat2 dan tertinjau2 Abaya di sini susah untuk dicari. Ada cuba menempah secara online, namun tempahan dah out of stock. Tidak ada rezeki nampaknya.
Sekarang dah sibuk pula dengan keterujaan masakan Arab. Tidak sabar rasa nak balik rumah mencuba masak beberapa resepi masakan arab yang penulis dapat! Pesanan buat sahabat yang berada di bumi Anbia’ tu, jangan lupa janji nak berkongsi resepi sajian arab dengan USS ye.. Operasi menyelongkar resepi pula sekarang. Hehe.
Ok, penulis nak promote sikit restoran al-Edrus ni. Lagi sekali penulis bagi maklumat berkaitan restoran ni walaupun dalam entry lepas (http://suhaila-annur.blogspot.com/2011/04/arabic-cuisine.html) penulis dah bagi kan. Ini maklumatnya:
Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu,
21300 Kuala Terengganu, Malaysia
Mon - Thurs:12:00 pm-12:00 am
Sat - Sun:12:00 pm-12:00 am
Terletak berhadapan dengan Pustaka Seri Intan, juga tidak jauh dari UniSZA.
Atau boleh lihat maklumat di Facebook:
Ini sebagai tanda sokongan dalam memperbesarkan dan memajukan sebuah restoran yang memartabatkan serta memegang konsep syiar Islam. Susah nak cari. Bukan sahaja pengunjung dihidangkan dengan pelbagai sajian menarik, tapi setiap masa halwa pendengaran kita dihidangkan dengan alunan nasyid yang boleh menyucikan jiwa. Sambil2 boleh memuhasabah diri bila mendengar alunan nasyid yang Islamic. Subhanallah. Moga berterusan.
Mungkin dari sini juga kita boleh mempelajari bahasa Arab kan. Iyelah, sebab nak choose makanan semua dalam bahasa arab. Chefnya juga didatangkan khas dari Yaman. Hebat! Namun, penulis tertanya-tanya, ada atau tidak cawangan restoran al-Edrus di sekitar Kuala Lumpur? Harap tuan pemilik Restoran ini dapat menjawab persoalan ini. Lebih bagus kalau ada cawangan di KL sebab penulis menetap di sana dan sudah tentu juga banyak sambutan di sana. Kalaulah ada, alamatnya berulang-alik sokmolah penulis ke restoran ni.. hehe..
Ucapan MABRUK kepada Tuan Sayed Al Aydarus atas pembukaan restoran ini. Semoga Allah memudahkan jalan perniagaan dan memberkati segala usaha murni.
Ok, pembaca-pembaca semua. Penulis dah cuba dan dah rasa kelainannya. Anda bila lagi..? Rugi kalau tidak mencuba! J
Bolehla bawa keluarga penulis datang makan di sini nanti, mesti mereka gembira.. ^_^
3 comments:
sipa promot gi2..
ada gambaq chef plak. ni memg tahp kritikel cheq tengok ni. pi dok negara arab la su haghi2 blh mkn nasik arab.! huhu
#siap
bukan sipa. hehe
Hehe.. cheq di sana tu nak try ka..?
Maila sini. Try dulu baru tau rasanya gane.. hehe
Post a Comment