.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, April 19, 2011

Bermisteri


Misteri...? Sejak semalam lagi penulis rasa misteri ini menghantui penulis sebenarnya. Sebab ada orang maklumkan kepada penulis ada satu bungkusan untuk penulis di pejabat asrama kolej kediaman. Namun, masa tidak izinkan untuk penulis pergi mengambil bungkusan tersebut.

Untuk menghilangkan misteri yang bermain dalam minda penulis, awal pagi lagi penulis terus bergegas ke pejabat asrama untuk mengambil bungkusan tersebut. Terus membundarkan dan meluaskan mata melihat dari manakah kiriman bungkusan tersebut. Oh, dari syarikat *dot*.. Walau dah tahu apa bungkusannya, tapi pelbagai soalan menerjah. Untuk apa, bagaimana, mengapa dan terus tertanya-tanya. Ah, abaikan dulu.. Terus berjalan keluar dari pejabat.

Seusai sampai bilik, telefon berdering. Oh, nombor ini. Sudah cukup penulis kenali. Suara disapa bersambut salam. Perkhabaran ditanya disambut mesra. Dialah pengarah penerbit syarikat tadi. Orangnya begitu mesra sekali. Terus ditanya tentang bungkusan tadi. Pelik. Seolah dia dapat tahu yang penulis baru sahaja pergi ambil bungkusan tersebut. Ada spykah? hehe..

Rupanya, itulah rezeki yang Allah hantarkan. Misteri sudah terjawab. Memang pelik. Sebelum ni kalau ada job mesti dia kan telefon, bincang dan tanya pendapat dulu bagaimana nak create itu dan ini bagi hasilkan sesebuah buku. Tapi, kali ini tidak pula, terus pos. Tahu2 je dah sampai. Maybe dia fikir tidak mahu ganggu penulis yang sedang berada dalam mood final exam. Perlu take time juga lah nampaknya untuk hasilkan kelainan pada buku ini supaya terus diberi kepercayan oleh syarikat penerbitan asalnya di United State. Moga Allah permudahkan urusan kami.

Buku jawi yang ayah penulis serahkan job tu pada penulis untuk typing pun belum siap lagi. Ini dah masuk yang baru pula. Dalam almari di rumah masih berderet lagi menanti. Sungguh! Sangat memerlukan kekuatan dan semangat. Ayuh USS! Yang paling dinantikan, sungguh rasa tidak sabar untuk buat buku kanak-kanak.. Mesti enjoy. Ilusi kena tinggi, imaginasi dan tahap berangan juga kena tingi kot kan. hihi. Nampaknya mesti menzahirkan dan sebatikan jiwa ini dengan kanak-kanak dan menyelami apa yang digemari oleh kanak-kanak. Wajarkah menjadi kanak-kanak semula? Oh tidak!

*Pastinya, cuti ini ada sesuatu yang di luar jangkaan menanti. Semua dalam perancangan dalam merealisasikan impian. Terima Kasih Tuhanku Tercinta!

Memang misteri..
Isinya juga misteri..

~Ingatan untuk diri dan pembaca, Mestilah sentiasa bersyukur.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails