.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.
Showing posts with label Ad-Deen... Show all posts
Showing posts with label Ad-Deen... Show all posts

Saturday, December 5, 2009

KITA SEBENARNYA...............


KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.


KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.


KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.


KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.


KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pejuang Islam.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.


KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.


KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-Quran.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.


KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.


KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.


KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. Tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita, kita lebih suka menjawab..


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.. tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

'Yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu dan barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab'.

(surah al-mu'min)

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


Tuesday, November 24, 2009

ATUK KATA..................

ORANG KATA .....
Enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.

ATUK KATA .....
Orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

PENULIS RASA .....
Betul jugak tu ......

ORANG KATA .....
Exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study.... Past year papers ..etc ..etc.. etc ..

ATUK KATA .....
Exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut. Kalau ajal yang datang, entah bila, siapa pun tak tahu. Banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nakir, Neraca Mizan, tayangan slide......

PENULIS RASA.....
Betul jugak tu......

ORANG KATA.....
Have fun on your birthday, panggil kawan2 dan sedara-mara, berpartylah sepanjang malam Make it a memorable one!!

ATUK KATA .....
Setiap kali hari jadi tiba, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat......

PENULIS RASA .....
Betul jugak tu.....

ORANG KATA .....
Kerja mesti bersungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.... Baru hati puas!

ATUK KATA .....
Ye ke hati dah puas?? Dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? Dah cukup zikir untuk santapan rohani? Dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

PENULIS RASA.....
Betul jugak tu......

ORANG KATA .....
Successful people have a good time management. Ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo..... Masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah berparty, masih sempat bershopping bazirkan duit sana sini, baru orang boleh respect!

ATUK KATA .....
Setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari. Tapi ..... Ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? Ada masa ke nak selak Al-Qur’an sekali sehari? Ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

PENULIS RASA.....
Err..... Betul jugak tu .....

Adakah kita berada di posisi yang benar?
TEPUK DADA TANYA HATI..
Bukan tepuk dada tanya selera.. Ikut selera sampai bila xkan puas..
Related Posts with Thumbnails