.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.
Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Alhamdulillah wa Subhanallah..


Tiada kata yang mampu diucapkan penulis melainkan Alhamdulillah kerana Syarahan Akademik FKI telah selesai. Di mana, penceramahnya adalah Syeikh al-Imam Dr Youssef Rek El-Bakhur Al-Hasani (Pengarah Yayasan Islam Kanada & Ahli Majlis Fatwa Lubnan)

Tiada kata yang mampu penulis ucapkan selain Subhanallah tatkala melihat syeikh melangkah masuk ke dalam dewan, penuh zuhud, wajah yang tenang.. Hati penulis turut terasa tenang, seribu 1 ketenangan bila melihat syeikh.. Subhanallah.. Penyampaiannya begitu mantap dan penuh bersemangat. Subhanallah..

Antara objektif penganjuran Syarahan Akademik ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keanjalan lslam dalam mendepani kekeliruan yang timbul dari percanggahan pendapat dalam kalangan ulama dan mazhab. Selain dari itu, Ia sebagai wahana untuk melahirkan kesedaran serta pemahaman secara lunak dalam diri ahli akademik tentang konsep dan falsafah tarbiyyah dari pendekatan fiqh dan juga tasawwuf.


Biarlah pic di bawah yang menyambung cerita bagi menggantikan words..

Para tetamu jemputan khusyuk
mendengar penyampaian syeikh..

Sekitar luar dewan..


Tetamu luar & pelajar masing2 sibuk
nak membeli buku hasil tulisan syeikh..

Para Exco, pensyarah2 dan prof2..


Syeikh al-Imam Dr Youssef Rek El-Bakhur Al-Hasani

Kesimpulannya, program yang cukup baik.. Memberi momentum dalam diri penulis sendiri.. Bukan senang nak bersama ulama dalam 1 majlis ilmu penuh barokah. Penulis rasa seronok sangat berada dalam majlis ni dan terlibat secara langsung. Di sini dapat mengeratkan hubungan dengan para pensyarah, prof dan orang luar yang hadir. Kami dapat bersembang, bergurau senda, bertegur sapa. Sungguh! Pensyarah2 di sini terlalu baik buat diriku! Inilah yang menjadikan hati penulis terus terpaut pada suasana di UniSZA.. Kenangan manis.. Alhamdulillah..

p/s: Bersongkok lilitan putih dan bertudung putih semua bukanlah tema majlis ini, tapi kami (di Terengganu) masih dalam tempoh berkabung selagi bendera belum dinaikkan..

Wednesday, March 30, 2011

Syeikh al-Imam Dr Youssef Rek El-Bakhur Al-Hasani di UniSZA



Dimaklumkan bahawa Jabatan Syariah, Fakulti Kontemporari Islam (FKI) akan menganjurkan Syarahan Akademik FKI 2011 Sepertimana butiran berikut:

Tarikh:

31 Mac 2011 Bersamaan 26 Rabi’ul Akhir 1432 (Khamis)

Masa:

10.00 Pagi – 5.00 Petang

Tempat:

Dewan al-Mukhtafi Billah Shah (DABS)

Penceramah:

Syeikh al-Imam Dr Youssef Rek El-Bakhur Al-Hasani

(Pengarah Yayasan Islam Kanada &

Ahli Majlis Fatwa Lubnan)

Sedikit pengenalan tentang Syeikh. Beliau berpendidikan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Syariah & Qanun (Al-Azhar University) dan memperoleh Ph.D di Islamic University of Lebanon. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

Beliau juga berkepimpinan dalam:

-Pengarah Yayasan Islam Kanada

-Pensyarah di Universiti Islam Lubnan

-Pensyarah Pelawat di Universiti Al-Azhar

-Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Lubnan

-Ahli Majlis Ulama di Syria

-Pendakwah & penasihat kehormat Islam di seluruh komuniti Muslim di Amerika Utara

-Imam Besar Masjid Agung di Beirut

·

Beliau akan mengupas tentang:

“Harmonizing Juristic Disagreement Towards The Unity of Ummah” (Mengharmonikan Perbezaan Pendapat Mazhab ke arah Penyatuan Ummah). Dan;

تربوية من خلال فهم الفقه واتصوف مفاهم

Semua warga UniSZA dijemput hadir.

p/s: Awal pagi dah dapat surat lantikan Unit Protokol dari Ketua Jabatan. Oh USS! Sila sedar anda mempunyai kerja untuk event ini ok..!


Related Posts with Thumbnails