.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, August 26, 2010

Pesan Nabi Sebelum Tidur


Perkara Sebelum Tidur(Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuatkan para nabi memberimu syafaat di hari akhirat kelak
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kita melaksanakan haji dan umrah..

“Bertanya Aisyah kepada Rasulullah:

“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?”

Rasulullah tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah:

- Al Ikhlas tiga kali,surah an-Nas dan al-Falaq. Seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.

- Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

- Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.

- Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Disarankan unutk sama2 menyebarkan..

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meningal dunia..

Tuesday, August 24, 2010

Wanita dan air mata


Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu wanita"
Si anak tidak mengerti.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kamu memang tidak akan mengerti..."

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya.
"Ayah, mengapa ibu menangis?"
Si ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan"
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia menjadikan wanita itu sangat penting.

Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cercaan daripada anaknya sendiri.

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah kalah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya walau dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan kasih sayang itulah yang memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa2 yang getir dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranannya kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya hanya airmata.. Namun padanya Allah telah berikan seribu kegunaan dan sesuatu yang sangat berharga..

Itulah airmata. Air mata yang mencorakkan kehidupan.. Air mata yang menjadi pemujuk kepada hati.. Air mata duniawi.. Air mata ukhrawi!

Sesungguhnya pada ciptaan dan kurniaan Alah itu terdapat kelebihan dan nikmat yang sangat indah dan tidak boleh dinilai dengan harga dunia..

Friday, August 20, 2010

Secalit Madu di Hari Lahir


Alhamdulilah penulis masih dipanjangkan umur untuk mencecah ke hari lahir pada tahun ini.. Hari lahir penulis tahun ni kena masa penulis di universiti dan dalam bulan puasa.. X dapat nak balik sebab baru ni baru je balik rumah.. Dan disebabkan kekangan masa.. Tapi, birthday kali ni sangatla meriah.. Macam2 kena buli ngan kawan2.. macam2 surprise dapat..

Okay.. Entry kali ni banyak nak ucapkan terima kasih pada insan2 yang terlibat.. 1stly, nak ucap penghargaan kepada my mum n my dad yang wish, siap hantar mesej berjela2 lagi.. ~Rajin my mum menaip mesej~ hehe.. Dan yang penting doa dari mereka.. Diri ini sngat memerlukan doa dan keredhaan untuk mengiringi hidup . Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan ucapan maaf juga kepada yang penulis baru reply mesej wish birthday harini.. Semalam x sempat nak reply sebab banyak sangat dan terpaksa buang sebahagian mesej yang lama2 dulu ni.. ~almaklumla malas nak delete mesej yg masuk~ hehe.. Dah sampai masa kena delete sebab mesej lain nak masuk x boleh.. Dah mencecah 2 ribu mesej.. Take time jugak nak memadam smua tu.. Takut terpadam mesej yg penting je.. So, diluangkan masa sekejap untuk reply sume.. Terima kasih jugak kepada sahabat2 yang wish my birthday di facebook, email, MMS dan panggilan.. Syukran atas doa kalian.. Moga dimakbulkan semua dan penulis mendoakan moga semua berada dalam rahmat, keredhaan serta kasih sayang Allah.

Then.. untuk awal malam birthday, masa jam mencecah ke angka 12malam tu, penulis ucapkan ribuan terima kasih jugak buat my roomate dan adik2 junior yang lain.. Serta sahabat penulis, syazana.. sebab buat surprise. Time tu tenga sibuk2 buat assignment. X ingat langsung birthday time tu.. Sungguh tidak menyangka dapat surprise dari kalian.. Ingat blackout.. Yela, biase sokmo blackout kat sini kan.. Rupenye guys yang tutup lampu.. Sgt romatik bawak kek.. Sweet sgt.. Walaupun my face dilumur ngan spa ‘cream cake’ malam tu, sangat hepi! Spa paling mahal tu.. susah nak dapat kat mane2.. hehe.. ^_^ Luv u all!

Mohon maaf pada yang call penulis waktu siang.. memang penulis off hp sebab terlibat ngan meeting bersama HEPA untuk program.. Even my lil bro call berkali2 nak wish pun xdapat.. I’m so sorry dear.. balik nanti akak bawak coklat ye.. Thanks pada ‘hamba Allah’ yang menghadiahkan kek lagi.. Bukan makan tengahr tu tau. Jgn salah faham.. Puasa kan.. hehe.. Sangat berharga bila terima ucapan dan doa dari lecturer2, ustaz skolah menengah dulu dan seorang artis yang sedang gah membangun mempertahankan Palestin.. Syukran atas doa kalian dalam memberi harapan serta semangat..

Sebelum tu, takut terlupa.. Ucapan ribuan pada insan2 yang memberikan hadiah.. Pemilik kepada tuan yang bagi coklat, mug, bunga, key chain, kartun n others, thanks a lot.. Dan yang peling penting, yang mendoakan penulis.. Syukran kathir..

Rezeki di sebelah petang.. Hajat nak berbuka makanan simple tanpa mengambil nasi.. Tapi bila jalan2 nak beli makanan kat bazaar, orang bagi nasik la dan macam2 makanan plak dapat.. Sehinggakan berbuka harini x keluarkan duit langsung untuk makanan.. Cuma keluarkan untuk keperluan je.. Yang lain semua ditaja.. Alhamdulillah rezeki lagi dari Allah. Sebelum terlupa.. Buat adik2 junior, Afiq dan Zuhdi.. Akak ucap terima kasih banyak2 sebab bagi bagi kek petang tu.. ~kek lagi~ Surprise dan terkesima sgt dapat kek beserta hadiah dari guys.. Sangat cute kek dan hadiah tu! (^_^) -Adik2 yang sangat baik-

So, berbuka malam tu dengan tajaan makanan oleh sahabat2 seperjuangan.. Alhamdulillah.. Nak berakhir dah tempoh riwayat hari lahir malam ni.. Ingat dah x de ape2 dah la.. Rupanya ada lagi dan dibuli bertambah teruk oleh sahabat2ku! Oh tidak! Jomla penulis story sikit.. Mana tau nanti ada yang nak copy paste story serta babak lakonan hebat sahabat2 penulis ni, then kenakan kawan2 lain pulak kan.. hehe..

Malam tu.. Penulis baru balik dari somewhere, letih la jugak.. Balik terus penulis mengadap laptop nak buat keje.. Tibe2 kawan penulis -cik nana- send mesej sedih2 pulak.. Then dia pun mai la bilik merengek dek kesedihan yang kononnya melanda diri dia.. Then, x lama kmudian, dapat plak mesej dari kawan -cik fatin- Tanya penulis ada di mana sekarang dengan membuat tanda soal berjela2.. nak gambarkan berada dalam keadaan panic la tu kan.. Xsempat penulis nak reply mesej tu.. Pintu bilik dibuka dek orang.. Oh! –cik fatin- dan –cik mira- datang! Panic! Dengan muka serius+panic+gelisah+kelam kabut, dorang gtau kawan penulis –cik sya- sedang sakit batuk berdarah dan hampir pengsan.. Time tu penulis dah tekejut sgt2 dah.. memang dah kelam kabut, ikut capai je mana2 sweater dan tudung yang ada.. Terus lari turun bawah sebab dalam mind nak bawak –cik sya- ni ke hospital je..

Turun bawah, dah sampai kat selekoh dinding.. Penulis Tanya mana kereta, dalam mind time tu nak tekan minyak kereta pecut laju terus ke hospital je.. Toleh2 sebelah kanan.. Bushhh! Kene simbah air sebaldi.. Baru la rasa diri ni terkena!! Ni macam rancangan WAKENABEB! Aduh.. basah kuyup dibuatnya.. Then dalam keadaan yang gelap gelita tu, penulis nampak cahaya.. tapi mind masih dlam keadaan blurr sebab tekejut kene simbah air.. hehe.. Soo sweet.. Ade surprise cake lagi for me! Masuk ni, dah EMPAT biji kek penulis terima. (Dalam masa sehari berat badan naik mendadak, terkejut kilang badan menerima kunjungan kolestrol dan krim cake yang banyak) hehe.. Pastu barula penulis nampak kawan2 datang bawak kek.. Ya Allah. Time tu rasa teruja+happy+terharu+kesejukan.. hehe..

Ok, tiba waktu makan.. Baru nak potong kek.. Dah kene sapu spa di muka lagi.. Adeh.. Xtau ni kali ke berapa dah kena sapu cream cake kat face.. Dah timbul kekecohan. Semua saling calit mencalit. Riang sunguh kanak2 ribena ni.. hihi…

Ingat dah stop ke segala kejutan..? Belum.. belum.. Jangkaan penulis meleset lagi.. Mereka2 ni telah menyuruh penulis masuk dalam ambil air.. Ok, penulis pun ikutla.. Takut nanti ada yang tercekik akibat makan kek tanpa air kan. Hehe.. Bila penulis keluar.. Tau ape yang kene?? Kene simbah lagi! Kali ni lagi teruk.. Kena air water cooler yang sangat sejuk umpama air ais tu.. Sebaldi lagi kena simbah.. Kali ni memang confirm mandi+basah kuyupla.. Dahla pakai sweater.. Berat sweater yang 500gm jadi sekilo beratnya dek diserap air.. Aduhai kawan2ku! Satu lagi kekejaman telah berlaku.. Memang jadi mangsa sungguh harini.. Bila difikir2 balik.. Seumur hidup sekali bermandikan air water cooler.. Kalau harap penulis nak tadah air tu, x dah kot.. Kira untungla ada orang bersusah payah tolong tadahkan air water cooler dan dibuat simbahan sebaldi kat penulis.. Mana x untungnya kan.. Air orang tolong tadahkan.. Mandi pun orang tolong simbahkan.. Sebaldi pulak tu.. Yang bestnya, skali ngan dahan pokok kelapa mereka2 ni bagi kat penulis.. Memang nasiblaa.. Ini semua kerja Sya, nana, mira, pipah, biha, wa dan fatin.. Mereka2 ni berkomplot..Memang notty girl kan..

Btw, yan paling menyentuh hati penulis.. satu watikah/ note yang diberikan oleh sahabat2 penulis.. Balik bilik, penulis bukak watikah tu. Sangat sedih+syahdu dan terharu.. Sebak rasa bila baca.. Ok sahabat2.. Ketahuilah, nak beritahu di sini.. Su sayang sangat semua sahabat2 su.. Sayang kamu semua.. Harap sangat ukhuwah ini x kan terputus dan kekal selamanya walaupun akan berpisah after diploma ni.. Nanti dah kawin jgn lupe jemput su ye.. Ambik alamat rumah su siap2.. Hantar kad. Su hanya terima undangan walimah kad warna pink je.. Selain dari warna pink su x nak pegi.. So, spare kad warna pink untuk su ye.. Hehe..

Last but not list.. Penulsi merakamkan lagi sekali ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua insan yang menggembirakan hari penulis ada hari ini.. Syukran kathir.. Penulis doakan semoga kalian semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga kebahagiaan dunia dan akhirat milik antum semua..

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberiku milik untuk mengecapi nikmat-nikmatMu.. Dan syukur padaMu kerana mengurniakan insan2 yang ku sayangi dan yang sayang menyayangi.. Nikmat yang tidak ternilai.. Alhamdulillah..






Wednesday, August 18, 2010

Dia menjatuhkan air mataku..



Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibulah yang lebih sering mengajakmu bercerita, tapi tahukah kamu bahawa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil. Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu. Kemudian Ibu kata: "Jangan dulu, jangan ditanggalkan roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau? Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan selesa kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.


Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang." Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.


Saat kamu ditimpa sakit, ayahlah yang terlalu khuatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata: "Sudah diberitahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar risau keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja.. Kamu mulai meminta pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!" Tahukah kamu bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat berharga.. Setelah itu kamu marah pada ayah dan masuk ke kamar sambil menghempas pintu..

Dan yang datang mengetuk pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya. Ayah ingin mengikuti keinginanmu, tapi dalam masa yang sama dia HARUS menjagamu kerana dia sayangkan kamu.


Saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu atau datang ke rumah untuk menemuimu, ayah akan menjadikan wajah paling cool sedunia.. Ayah sesekali mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu.. Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mula dipercayai dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu. Kamu akan melanggar melanggar tempoh had yang diberikan pada kamu. Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan bergolak dan memarahimu..Sedarkah kamu bahwa ini kerana hal yang sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya."

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata-mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti. Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa. Dan kamu harus pergi kuliah di tempat lain. Ayah harus melepaskanmu di pergi. Tahukah kamu bahawa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya dan menepuk pundakmu sambil berkata, "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT.. Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Di saat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan..

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah: "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, dia ingin mengatakan, "Ya sayang, nanti ayah belikan untukmu". Tahukah kamu bahawa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepukan dan ucapan tahniah untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja sudah dewasa dan telah menjadi seseorang yang berguna." Sehingga saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin.. Kerana Ayah tahu bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelamin bersama seseorang lelaki yang dianggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia.. Adakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi ke belakang pentas pelaminan sebentar dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia, kemudian ayah berdoa... Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik... Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik.. Bahagiakanlah dia bersama suaminya... Rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"


Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama suamimu dan cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk... Dengan rambut yang semakin memutih.... Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari ancaman bahaya.... Ayah telah menyelesaikan tugasnya.... Ayah... Adalah pemimpin keluarga yang mesti selalu berada dalam keadaan kuat... Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis... Dia harus menunjukkan ketegasannya, bahkan saat dia ingin memanjakanmu. Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Penulis dapat artikel ini dari facebook dan artikel inilah yang berjaya menumpahkan air mata penulis.. Jadi, penulis mahu berkongsi dengan semua pembaca2 yang dikasihi.. Hakikatnya, kita tidak tahu apa yang ada di dasar hati seorang ayah.. Pengorbanan mereka terlalu tinggi, besar dan sangat bernilai.. Hargailah mereka..



Saturday, August 14, 2010

Segalanya Terlaksana


Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati

Segar mengharum di bingkai rohani

Menjadi inspirasi pengabdian diri

Sepenuh jiwa raga pada raja alam ini

Allah Rabbbul Izzati.


Alhamdulillah diri masih diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmatnya kehadiran Ramadhan yang mulia, nikmat mengabdikan diri dan merasai Rahmat Allah yang pastinya rahmat Alah untuk semua hambaNya .


Tahun ni bagi penulis sama seperti tahun lepas juga, menghadapi hari pertama dalam bulan Ramadhan tanpa bersama keluarga tercinta. Jauh di perantauan tampat orang. Tidak dapat membohongi diri, sekelumit di hati ada jugak perasaan sedih walaupun dalan 2%, 3%. Tapi disebabkan sahabat2 yang memeriahkan keadaan, memeriahkan solat tarawikh bersama2, keluar memborong kurma, sibuk dengan program2 yang berlangsung dalam bulan Ramadhan, kurang terasa kesedihan dan kesayuan di hati… Hari pertama Ramadhan penulis terlibat dengan bazaar Ramadhan di UniSZA. Petang tu dah siap2 nak berniaga, punya semangatnya sampai hujan2 diredah.. hihi.. Sangat meriah bazaar petang tu. Macam2 ada dijual, kreatif sebenarnya students ni. Berbakat. Jadi, takla penulis terasa sangat walaupun berjauhan dengan keluarga di hari pertama. Meriah dan pengalaman manis bagi penulis.


Tak sampai waktu berbuka, makanan dah habis dijual. Laris! So, dapatla penulis balik awal. Haa.. Yang bestnya, even xdapat berbuka hari pertama dengan keluarga, atleast penulis dapat berbuka hari kedua dalam bulan Ramadhan. Malam ni penulis akan bertolak balik! (wink).


Sebenarnya tujuan utama balik bukan atas tiket nak berbuka bersama keluarga, tapi atas tiket urusan kerja. Bak orang kata, ‘sambil menyelam minum air la kan’.. hehe.. So, penulis ambil peluang ni untuk berbuka bersama keluarga, selain memberikan ruang hak pada tubuh untuk berehat. Di rumahla tempat yang paling sesuai untuk rehat secukupnya.. Aman dan tenang. Cuaca pun ok.. Not bad la kiranya. Kalu di Terengganu, rasa bahang panas, mgkin sebab angin laut. Tapi di sini, rasa kurang sikit panas, mgkn jugak sebab masih banyak tumbuhan yang dipelihara di sini. Kadang duduk dalam rumh x sedar panas di luar sebab aircond 24 hours dalam rumah.. Bila keluar, baru tau panas.. Terfikir sejenak penulis, macam mana Rasulullah yang berjalan di padang pasir yan panas terik dalam bulan puasa demi menjalankan amanah dan demi umat yang dicintainya. Subhanallah. Besar pengorbananmu ya Muhammad kekasih Allah.. (sama2 kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad)


Sangatla tenang rasa bila dah sampai rumah, dapat menatap keluarga tercinta. Yang penting, x sabar nak masuk dapur.. Masak..! Hehe. Menu today di rumah agak special. Penulis kempunan nak makan cocktail puas2, merindukan suasana riuh masa buat cocktail dengan karenah adik2, berebut ngan adik2 masing2 nak bahan lebih dalam cocktail.. hehe.. Petang di rumah, penulis pun buatla cocktail. Tapi kali ni berlainan sikit dari yang penulis buat sebelum2 ni.. Kali ni penulis ubah citarasa sikit.. Biasa penulis letak jelly perasa buah-buahan, tapi kali ni penulis letak jelly+coklat.. Semua dah pandang pelik penulis buat macam tu, tapi time makan habis jugak.. Pelik2 tapi benar.. Selain menu cocktail, ada daging masak rendang dll. Jambu madu segar dari ladang sendiri yang my mum simpankan untuk penulis sebelum dihabiskan oleh adik2 penulis.. hehe.. Dan yang paling best skali.. Kurma fresh yang belum dikeringkan.. Segar! Itulah yang penulis tertunggu2. Alhamdulillah Allah kabulkan permintaan penulis nak makan kurma fresh. Moreh after tarawikh pulak, cheezy wedgest buatan sendiri.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini..


Credit kepada hamba yang snap pic ni time masak..

Dugaan kan tengok pic ni.. Saja penulis letak..hehe

Nanti boleh buat kenangan..


Awal2 pagi Jumaat dah keluar dari rumah only wif my mum and my dad.. Today penulis ada meeting dengan pengarah penerbit Edukid Dustributors di office beliau. Inilah tujuan utama penulis balik. Sebenarnya penerbit call buat appointment minggu lepas lagi, tapi disebabkan kekangan masa yang penulis hadapi di Universiti membuatkan penulis tidak dapat balik/hadir. So, minggu ni rasa ada kelapangan sikit dan perlunya meeting ini berlangsung cepat. Jadi penulis ke sana, buat sedikit pembentangan kerja. Alhamdulillah pihak penerbit sangat berpus hati dengan hasil kerja, dengan nikmat rezeki dari Allah juga penulis dapat tender job besar ni, skali dengan my dad dapat tender ni memandangkan sesuai dengan kepakaran dan bidangnya. Terima kasih Allah.. Dan terima kasih kepada yang mendoakan segalanya lancar. Sekarang penulis perlu mencari orang sebagai satu landasan untuk merealisasikan dan menyempurnakan kerja ini. Semua penulis dapat pegang job 72 buah buku, di mana buku tersebut dari London dan diberi keizinan oleh pihak penerbitan di UK, merangkap kepada penulis buku tersebut iaitu Enid Blyton. Buku tersebut perlu diterjemah untuk dibuat versi Malaysia dan memerlukan kepada perancangan yang teliti serta rapi. Mohon Allah permudahkan segala urusan kami..


Ya Allah.. Sesungguhnya telah banyak rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.. Janganlah Egkau biarkan rezeki2 ini menjadikan kami seorang hamba yang lalai, jangan biarkan nikmat2 ini memandu hati kami dalam melampiaskan nafsu diri.. Tapi, jadikanlah rezeki dan nikmat ini untuk menjadi medan wadah syukur kami kepadaMu.. Bimbinglah dan genggamlah hati kami dengan Nur daripadaMu..




Related Posts with Thumbnails