.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, August 14, 2010

Segalanya Terlaksana


Datangmu memang kunanti,

Rinduku padamu sentiasa mekar di taman hati

Segar mengharum di bingkai rohani

Menjadi inspirasi pengabdian diri

Sepenuh jiwa raga pada raja alam ini

Allah Rabbbul Izzati.


Alhamdulillah diri masih diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmatnya kehadiran Ramadhan yang mulia, nikmat mengabdikan diri dan merasai Rahmat Allah yang pastinya rahmat Alah untuk semua hambaNya .


Tahun ni bagi penulis sama seperti tahun lepas juga, menghadapi hari pertama dalam bulan Ramadhan tanpa bersama keluarga tercinta. Jauh di perantauan tampat orang. Tidak dapat membohongi diri, sekelumit di hati ada jugak perasaan sedih walaupun dalan 2%, 3%. Tapi disebabkan sahabat2 yang memeriahkan keadaan, memeriahkan solat tarawikh bersama2, keluar memborong kurma, sibuk dengan program2 yang berlangsung dalam bulan Ramadhan, kurang terasa kesedihan dan kesayuan di hati… Hari pertama Ramadhan penulis terlibat dengan bazaar Ramadhan di UniSZA. Petang tu dah siap2 nak berniaga, punya semangatnya sampai hujan2 diredah.. hihi.. Sangat meriah bazaar petang tu. Macam2 ada dijual, kreatif sebenarnya students ni. Berbakat. Jadi, takla penulis terasa sangat walaupun berjauhan dengan keluarga di hari pertama. Meriah dan pengalaman manis bagi penulis.


Tak sampai waktu berbuka, makanan dah habis dijual. Laris! So, dapatla penulis balik awal. Haa.. Yang bestnya, even xdapat berbuka hari pertama dengan keluarga, atleast penulis dapat berbuka hari kedua dalam bulan Ramadhan. Malam ni penulis akan bertolak balik! (wink).


Sebenarnya tujuan utama balik bukan atas tiket nak berbuka bersama keluarga, tapi atas tiket urusan kerja. Bak orang kata, ‘sambil menyelam minum air la kan’.. hehe.. So, penulis ambil peluang ni untuk berbuka bersama keluarga, selain memberikan ruang hak pada tubuh untuk berehat. Di rumahla tempat yang paling sesuai untuk rehat secukupnya.. Aman dan tenang. Cuaca pun ok.. Not bad la kiranya. Kalu di Terengganu, rasa bahang panas, mgkin sebab angin laut. Tapi di sini, rasa kurang sikit panas, mgkn jugak sebab masih banyak tumbuhan yang dipelihara di sini. Kadang duduk dalam rumh x sedar panas di luar sebab aircond 24 hours dalam rumah.. Bila keluar, baru tau panas.. Terfikir sejenak penulis, macam mana Rasulullah yang berjalan di padang pasir yan panas terik dalam bulan puasa demi menjalankan amanah dan demi umat yang dicintainya. Subhanallah. Besar pengorbananmu ya Muhammad kekasih Allah.. (sama2 kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad)


Sangatla tenang rasa bila dah sampai rumah, dapat menatap keluarga tercinta. Yang penting, x sabar nak masuk dapur.. Masak..! Hehe. Menu today di rumah agak special. Penulis kempunan nak makan cocktail puas2, merindukan suasana riuh masa buat cocktail dengan karenah adik2, berebut ngan adik2 masing2 nak bahan lebih dalam cocktail.. hehe.. Petang di rumah, penulis pun buatla cocktail. Tapi kali ni berlainan sikit dari yang penulis buat sebelum2 ni.. Kali ni penulis ubah citarasa sikit.. Biasa penulis letak jelly perasa buah-buahan, tapi kali ni penulis letak jelly+coklat.. Semua dah pandang pelik penulis buat macam tu, tapi time makan habis jugak.. Pelik2 tapi benar.. Selain menu cocktail, ada daging masak rendang dll. Jambu madu segar dari ladang sendiri yang my mum simpankan untuk penulis sebelum dihabiskan oleh adik2 penulis.. hehe.. Dan yang paling best skali.. Kurma fresh yang belum dikeringkan.. Segar! Itulah yang penulis tertunggu2. Alhamdulillah Allah kabulkan permintaan penulis nak makan kurma fresh. Moreh after tarawikh pulak, cheezy wedgest buatan sendiri.. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini..


Credit kepada hamba yang snap pic ni time masak..

Dugaan kan tengok pic ni.. Saja penulis letak..hehe

Nanti boleh buat kenangan..


Awal2 pagi Jumaat dah keluar dari rumah only wif my mum and my dad.. Today penulis ada meeting dengan pengarah penerbit Edukid Dustributors di office beliau. Inilah tujuan utama penulis balik. Sebenarnya penerbit call buat appointment minggu lepas lagi, tapi disebabkan kekangan masa yang penulis hadapi di Universiti membuatkan penulis tidak dapat balik/hadir. So, minggu ni rasa ada kelapangan sikit dan perlunya meeting ini berlangsung cepat. Jadi penulis ke sana, buat sedikit pembentangan kerja. Alhamdulillah pihak penerbit sangat berpus hati dengan hasil kerja, dengan nikmat rezeki dari Allah juga penulis dapat tender job besar ni, skali dengan my dad dapat tender ni memandangkan sesuai dengan kepakaran dan bidangnya. Terima kasih Allah.. Dan terima kasih kepada yang mendoakan segalanya lancar. Sekarang penulis perlu mencari orang sebagai satu landasan untuk merealisasikan dan menyempurnakan kerja ini. Semua penulis dapat pegang job 72 buah buku, di mana buku tersebut dari London dan diberi keizinan oleh pihak penerbitan di UK, merangkap kepada penulis buku tersebut iaitu Enid Blyton. Buku tersebut perlu diterjemah untuk dibuat versi Malaysia dan memerlukan kepada perancangan yang teliti serta rapi. Mohon Allah permudahkan segala urusan kami..


Ya Allah.. Sesungguhnya telah banyak rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami.. Janganlah Egkau biarkan rezeki2 ini menjadikan kami seorang hamba yang lalai, jangan biarkan nikmat2 ini memandu hati kami dalam melampiaskan nafsu diri.. Tapi, jadikanlah rezeki dan nikmat ini untuk menjadi medan wadah syukur kami kepadaMu.. Bimbinglah dan genggamlah hati kami dengan Nur daripadaMu..




3 comments:

Haikal said...

ASLKUM SUE. KENAL LG X? HAIKAL NIE. WAH SU. MANTAP BLOG DIE. DAH SEMAKIN BERKALIBER SKANG KAN. NAIK JUMPE PENGARAH, MCM-MCM PROGRAM BUAT. HAIKAL BARU DPT TAU TENTANG SUE. TAHNIAHLA JADI WANITA HEBAT! BANGGA HAIKAL ADA KAWAN CAM SUE NIE.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Wsalam.. Haikal..? Asif, kurang pastila Haikal mane.. Mane dapat tahu sume tentang su..? Asif jiddan..

Semua kekuatan juga dari Allah.. Syukran 'ala wajib.. =)

Haikal said...

erm. x kenal kite dh la owg tu kan. haikal time g kusus BTN tu, y kat langkawi. Ingat x time tu haikal tegur su time kat syurga coklat. then haikal blikan su coklat skotak tue. Xtakkn dah lupe kot. Haikal dpt tau tntg sue pn dari kwn haikal. die skola skali ngan su dulu.

Related Posts with Thumbnails