Pesona ukhuwah sungguh luar biasa.. Ia tak terbatas waktu dan jarak sekalipun jua.. Sebab ia bukanlah hanya dari pesona wajah ataupun kata-kata, melainkan lebih dalam... Iaitu ikatan rasa.. Bahkan antara dua orang yang tak pernah bersua,. Ia tetap mengikatkan pesonanya. Subhanallah..
Penulis nak ceritakan secara ringkas saja memandangkan ada komitmen lain.. Dalam program ni, penulis ditaklifkan untuk menjadi fasilitator bersama kawan2 penulis yang lain.. Seronok jadi fasi ni, boleh menyakat adik2.. hehe.. Mula2 sesi taaruf dan LDK.. LDK ni terbahagi kepada dua sesi..
Sesi pertama LDK, Peserta diberi satu peralatan dan mereka harus merekacipta peralatan tersebut menjadi sesuatu yang berguna dan di luar jangkaan/ luar kota fikiran biasa.. Masa present macam2 gaya keluar.. Sebab mereka perlu jadikan group mereka seolah sebuah syarikat yang mengeluarkan barang tersebut dan meluaskan di pasaran. Sesi I ni bertambah meriah bila adanya sesi lelongan barang2.. Masing2 dah jadi tukang lelong,, Lucu pulak rase penulis.. =) Objektif utama dalam LDK 1 ni supaya peserta dapat menjana pemikiran mereka untuk mengolah sesuatu menjadi yang baru dan menjadi lebih bermanfaat.. Begitu juga pentingnya memikirkan sesuatu untuk masa hadapan, risiko yang perlu diambil dan perlu dihadapi.. Ini dapat mendidik mereka untuk menguatkan kekuatan mental dan fizikal mereka. Selain menekankan eleman pentingnya dalam bekerjasama unutk mencapai sesuatu matlamat.
Sesi kedua LDK, peserta diberi seorang tokoh, dan tokoh manakah yang perlu diselamatkan oleh pesawat ketika berlakunya bencana alam..Dengan mengandaikan ketika itu, hanya tokoh tersebut yang ada di situ. Dan yang mana perlu diselamatkan dan sebab kenapa orang tersebut perlu diselamatkan.. Masa inilah berlangsungnya sesi perdebatan antara kumpulan dengan kumpulan.. Ye la, masing2 nak menang kan.. Dan masing2 nak mempertahankan hujah yang tersendiri.. Riuh + gempahk dewan tu.. Semuanya berdaya fikiran yang kreatif. Tujuan LDK 2 ni untuk melihat sejauh mana pemikiran peserta2 dalam memberikan hujah dan mempertahankan hujah masing2. Dalam masa yang sama, para fasi juga melihat dari faktor tingkah laku/ etika dalam berhujah atau berdebat.. Semua diambil kira..
Pengalaman paling best masa penulis jaga check point untuk explorace.. Sengaja penulis melambatkan masa mereka.. Ape yang penulis buat..? Masa ni la penulis ambil peluang menyampaikan maklumat dalam keadaan santai + terdesak + happening + dipaksa.. Semua ada, pakej tu.. hehe.. Sampai je group explorace ke check point penulis, penulis buat2 x kenal.. So, agak sukar dan mengelirukan peserta2 untuk mengecam sebab penulis berlakon time ni.. Best2.. Then, penulis menyakat lagi.. Kebetulan penulis bawak buku ‘Fobia Yahudi terhap Islam’, jadi penulis pun suruh peserta dalam group ni baca buku untuk mencari maklumat tentang Yaseer Arafat dan lakonkan gayanya.. Hihi.. kejam kan.. Dah habis belakon, penulis x bagi lagi clue seterusnya, penulis denda lagi mereka ni.. Guess what? Jom main teka lagu.. hehe.. Penulis pasang lagu Maher Zain dan penulis mintak mereka teka siapa penyanyi dan tajuk lagu sambil hayati maksud bait2 lagu tersebut.. Isy3.. Kejam lagi kan.. Memang lama penulis tahan mereka.. Tapi xpe, penulis ada objektif tersendiri apa yg penulis buat ni.. Atleast dalam game pun, peserta boleh dapat maklumat tentang Palestin dan mengetahui kebesaran Allah melalui penghayatan lirik lagu..
Last day.. Dalam majlis penutup.. Masa ni kami rasa ukhuwah antara kami semakin utuh.. Walaupun dalam pertemuan yang singkat, tapi ukhuwah dan respon yan diberikan oleh peserta sangat baik.. Malah sampai sekarang adik2 masih mencari kakak2 dan abg2 fasilitator.. Rajin contact tanya khabar.. Kalau jumpa atau berselisih di tepi jalan pun sudi untuk mereka tegur dan bagi salam.. Sampai sekarang peserta2 seolah dah menjadi sahabat yang dah lama kenal.. Inilah manisnya ukhuwah.. Sampai sekarang terasa segar dalam ingatan..
"Bertahajud menyerikan wajah, bersyukur membajai barokah, bermuhasabah mencetus hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai ukhwah kerana Allah""Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir tapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Al-Ghazali.
”Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaan di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang yang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat... Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudara-Nya”(HR Muslim)
2 comments:
kamuuu.. sgt aktif daa. ke sana. ke sini. mana masa untk diri kamu ya mbak?
Waktu tidur adalah masa untuk saya.. :D
Post a Comment