Alhamdulilah penulis masih dipanjangkan umur untuk mencecah ke hari lahir pada tahun ini.. Hari lahir penulis tahun ni kena masa penulis di universiti dan dalam bulan puasa.. X dapat nak balik sebab baru ni baru je balik rumah.. Dan disebabkan kekangan masa.. Tapi, birthday kali ni sangatla meriah.. Macam2 kena buli ngan kawan2.. macam2 surprise dapat..
Okay.. Entry kali ni banyak nak ucapkan terima kasih pada insan2 yang terlibat.. 1stly, nak ucap penghargaan kepada my mum n my dad yang wish, siap hantar mesej berjela2 lagi.. ~Rajin my mum menaip mesej~ hehe.. Dan yang penting doa dari mereka.. Diri ini sngat memerlukan doa dan keredhaan untuk mengiringi hidup . Terima kasih kepada yang memberi ucapan dan ucapan maaf juga kepada yang penulis baru reply mesej wish birthday harini.. Semalam x sempat nak reply sebab banyak sangat dan terpaksa buang sebahagian mesej yang lama2 dulu ni.. ~almaklumla malas nak delete mesej yg masuk~ hehe.. Dah sampai masa kena delete sebab mesej lain nak masuk x boleh.. Dah mencecah 2 ribu mesej.. Take time jugak nak memadam smua tu.. Takut terpadam mesej yg penting je.. So, diluangkan masa sekejap untuk reply sume.. Terima kasih jugak kepada sahabat2 yang wish my birthday di facebook, email, MMS dan panggilan.. Syukran atas doa kalian.. Moga dimakbulkan semua dan penulis mendoakan moga semua berada dalam rahmat, keredhaan serta kasih sayang Allah.
Then.. untuk awal malam birthday, masa jam mencecah ke angka 12malam tu, penulis ucapkan ribuan terima kasih jugak buat my roomate dan adik2 junior yang lain.. Serta sahabat penulis, syazana.. sebab buat surprise. Time tu tenga sibuk2 buat assignment. X ingat langsung birthday time tu.. Sungguh tidak menyangka dapat surprise dari kalian.. Ingat blackout.. Yela, biase sokmo blackout kat sini kan.. Rupenye guys yang tutup lampu.. Sgt romatik bawak kek.. Sweet sgt.. Walaupun my face dilumur ngan spa ‘cream cake’ malam tu, sangat hepi! Spa paling mahal tu.. susah nak dapat kat mane2.. hehe.. ^_^ Luv u all!
Mohon maaf pada yang call penulis waktu siang.. memang penulis off hp sebab terlibat ngan meeting bersama HEPA untuk program.. Even my lil bro call berkali2 nak wish pun xdapat.. I’m so sorry dear.. balik nanti akak bawak coklat ye.. Thanks pada ‘hamba Allah’ yang menghadiahkan kek lagi.. Bukan makan tengahr tu tau. Jgn salah faham.. Puasa kan.. hehe.. Sangat berharga bila terima ucapan dan doa dari lecturer2, ustaz skolah menengah dulu dan seorang artis yang sedang gah membangun mempertahankan Palestin.. Syukran atas doa kalian dalam memberi harapan serta semangat..
Sebelum tu, takut terlupa.. Ucapan ribuan pada insan2 yang memberikan hadiah.. Pemilik kepada tuan yang bagi coklat, mug, bunga, key chain, kartun n others, thanks a lot.. Dan yang peling penting, yang mendoakan penulis.. Syukran kathir..
Rezeki di sebelah petang.. Hajat nak berbuka makanan simple tanpa mengambil nasi.. Tapi bila jalan2 nak beli makanan kat bazaar, orang bagi nasik la dan macam2 makanan plak dapat.. Sehinggakan berbuka harini x keluarkan duit langsung untuk makanan.. Cuma keluarkan untuk keperluan je.. Yang lain semua ditaja.. Alhamdulillah rezeki lagi dari Allah. Sebelum terlupa.. Buat adik2 junior, Afiq dan Zuhdi.. Akak ucap terima kasih banyak2 sebab bagi bagi kek petang tu.. ~kek lagi~ Surprise dan terkesima sgt dapat kek beserta hadiah dari guys.. Sangat cute kek dan hadiah tu! (^_^) -Adik2 yang sangat baik-
So, berbuka malam tu dengan tajaan makanan oleh sahabat2 seperjuangan.. Alhamdulillah.. Nak berakhir dah tempoh riwayat hari lahir malam ni.. Ingat dah x de ape2 dah la.. Rupanya ada lagi dan dibuli bertambah teruk oleh sahabat2ku! Oh tidak! Jomla penulis story sikit.. Mana tau nanti ada yang nak copy paste story serta babak lakonan hebat sahabat2 penulis ni, then kenakan kawan2 lain pulak kan.. hehe..
Malam tu.. Penulis baru balik dari somewhere, letih la jugak.. Balik terus penulis mengadap laptop nak buat keje.. Tibe2 kawan penulis -cik nana- send mesej sedih2 pulak.. Then dia pun mai la bilik merengek dek kesedihan yang kononnya melanda diri dia.. Then, x lama kmudian, dapat plak mesej dari kawan -cik fatin- Tanya penulis ada di mana sekarang dengan membuat tanda soal berjela2.. nak gambarkan berada dalam keadaan panic la tu kan.. Xsempat penulis nak reply mesej tu.. Pintu bilik dibuka dek orang.. Oh! –cik fatin- dan –cik mira- datang! Panic! Dengan muka serius+panic+gelisah+kelam kabut, dorang gtau kawan penulis –cik sya- sedang sakit batuk berdarah dan hampir pengsan.. Time tu penulis dah tekejut sgt2 dah.. memang dah kelam kabut, ikut capai je mana2 sweater dan tudung yang ada.. Terus lari turun bawah sebab dalam mind nak bawak –cik sya- ni ke hospital je..
Turun bawah, dah sampai kat selekoh dinding.. Penulis Tanya mana kereta, dalam mind time tu nak tekan minyak kereta pecut laju terus ke hospital je.. Toleh2 sebelah kanan.. Bushhh! Kene simbah air sebaldi.. Baru la rasa diri ni terkena!! Ni macam rancangan WAKENABEB! Aduh.. basah kuyup dibuatnya.. Then dalam keadaan yang gelap gelita tu, penulis nampak cahaya.. tapi mind masih dlam keadaan blurr sebab tekejut kene simbah air.. hehe.. Soo sweet.. Ade surprise cake lagi for me! Masuk ni, dah EMPAT biji kek penulis terima. (Dalam masa sehari berat badan naik mendadak, terkejut kilang badan menerima kunjungan kolestrol dan krim cake yang banyak) hehe.. Pastu barula penulis nampak kawan2 datang bawak kek.. Ya Allah. Time tu rasa teruja+happy+terharu+kesejukan.. hehe..
Ok, tiba waktu makan.. Baru nak potong kek.. Dah kene sapu spa di muka lagi.. Adeh.. Xtau ni kali ke berapa dah kena sapu cream cake kat face.. Dah timbul kekecohan. Semua saling calit mencalit. Riang sunguh kanak2 ribena ni.. hihi…
Ingat dah stop ke segala kejutan..? Belum.. belum.. Jangkaan penulis meleset lagi.. Mereka2 ni telah menyuruh penulis masuk dalam ambil air.. Ok, penulis pun ikutla.. Takut nanti ada yang tercekik akibat makan kek tanpa air kan. Hehe.. Bila penulis keluar.. Tau ape yang kene?? Kene simbah lagi! Kali ni lagi teruk.. Kena air water cooler yang sangat sejuk umpama air ais tu.. Sebaldi lagi kena simbah.. Kali ni memang confirm mandi+basah kuyupla.. Dahla pakai sweater.. Berat sweater yang 500gm jadi sekilo beratnya dek diserap air.. Aduhai kawan2ku! Satu lagi kekejaman telah berlaku.. Memang jadi mangsa sungguh harini.. Bila difikir2 balik.. Seumur hidup sekali bermandikan air water cooler.. Kalau harap penulis nak tadah air tu, x dah kot.. Kira untungla ada orang bersusah payah tolong tadahkan air water cooler dan dibuat simbahan sebaldi kat penulis.. Mana x untungnya kan.. Air orang tolong tadahkan.. Mandi pun orang tolong simbahkan.. Sebaldi pulak tu.. Yang bestnya, skali ngan dahan pokok kelapa mereka2 ni bagi kat penulis.. Memang nasiblaa.. Ini semua kerja Sya, nana, mira, pipah, biha, wa dan fatin.. Mereka2 ni berkomplot..Memang notty girl kan..
Btw, yan paling menyentuh hati penulis.. satu watikah/ note yang diberikan oleh sahabat2 penulis.. Balik bilik, penulis bukak watikah tu. Sangat sedih+syahdu dan terharu.. Sebak rasa bila baca.. Ok sahabat2.. Ketahuilah, nak beritahu di sini.. Su sayang sangat semua sahabat2 su.. Sayang kamu semua.. Harap sangat ukhuwah ini x kan terputus dan kekal selamanya walaupun akan berpisah after diploma ni.. Nanti dah kawin jgn lupe jemput su ye.. Ambik alamat rumah su siap2.. Hantar kad. Su hanya terima undangan walimah kad warna pink je.. Selain dari warna pink su x nak pegi.. So, spare kad warna pink untuk su ye.. Hehe..
Last but not list.. Penulsi merakamkan lagi sekali ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua insan yang menggembirakan hari penulis ada hari ini.. Syukran kathir.. Penulis doakan semoga kalian semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Semoga kebahagiaan dunia dan akhirat milik antum semua..
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberiku milik untuk mengecapi nikmat-nikmatMu.. Dan syukur padaMu kerana mengurniakan insan2 yang ku sayangi dan yang sayang menyayangi.. Nikmat yang tidak ternilai.. Alhamdulillah..
4 comments:
alaa..sape suro su x mandi awal2 tu,so kitorg baik ati ni tolong la mandikan..best kan????=D
Hehe.. Si gadis nakal niiii... Baik hati sangat mandikan ea.. Kalau sampai bagi pelepah kelapa, air sebaldi, bukan mandikan tu.. Itu menyimbah dgn cara yang 'paling best'.. :D
hepi bufday gurlz.. smoga pnjg umo n dapat jodoh yg terbaik untk bufday gurl. ;)
Thanks aiman.. Amin..
Awal2 lagi da doakan jodoh su, doakanla kejayaan su dulu.. hehe.
Post a Comment