.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, March 31, 2011

Alhamdulillah wa Subhanallah..


Tiada kata yang mampu diucapkan penulis melainkan Alhamdulillah kerana Syarahan Akademik FKI telah selesai. Di mana, penceramahnya adalah Syeikh al-Imam Dr Youssef Rek El-Bakhur Al-Hasani (Pengarah Yayasan Islam Kanada & Ahli Majlis Fatwa Lubnan)

Tiada kata yang mampu penulis ucapkan selain Subhanallah tatkala melihat syeikh melangkah masuk ke dalam dewan, penuh zuhud, wajah yang tenang.. Hati penulis turut terasa tenang, seribu 1 ketenangan bila melihat syeikh.. Subhanallah.. Penyampaiannya begitu mantap dan penuh bersemangat. Subhanallah..

Antara objektif penganjuran Syarahan Akademik ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keanjalan lslam dalam mendepani kekeliruan yang timbul dari percanggahan pendapat dalam kalangan ulama dan mazhab. Selain dari itu, Ia sebagai wahana untuk melahirkan kesedaran serta pemahaman secara lunak dalam diri ahli akademik tentang konsep dan falsafah tarbiyyah dari pendekatan fiqh dan juga tasawwuf.


Biarlah pic di bawah yang menyambung cerita bagi menggantikan words..

Para tetamu jemputan khusyuk
mendengar penyampaian syeikh..

Sekitar luar dewan..


Tetamu luar & pelajar masing2 sibuk
nak membeli buku hasil tulisan syeikh..

Para Exco, pensyarah2 dan prof2..


Syeikh al-Imam Dr Youssef Rek El-Bakhur Al-Hasani

Kesimpulannya, program yang cukup baik.. Memberi momentum dalam diri penulis sendiri.. Bukan senang nak bersama ulama dalam 1 majlis ilmu penuh barokah. Penulis rasa seronok sangat berada dalam majlis ni dan terlibat secara langsung. Di sini dapat mengeratkan hubungan dengan para pensyarah, prof dan orang luar yang hadir. Kami dapat bersembang, bergurau senda, bertegur sapa. Sungguh! Pensyarah2 di sini terlalu baik buat diriku! Inilah yang menjadikan hati penulis terus terpaut pada suasana di UniSZA.. Kenangan manis.. Alhamdulillah..

p/s: Bersongkok lilitan putih dan bertudung putih semua bukanlah tema majlis ini, tapi kami (di Terengganu) masih dalam tempoh berkabung selagi bendera belum dinaikkan..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails