.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, March 20, 2011

I’m Terrorist??


Ini apa yang penulis baru lalui..

Di sebuah terminal, jam 9.35pm..

Seusai meletakkan bagasi roda penulis di tempat yang selamat, maka penulis mencari poisisi yang sesuai dan dikira agak selesa buat penulis. Lantas penulis membuka beg galas pink penulis dan mengeluarkan sebuah buku yang baru sahaja diberi oleh pengarah penerbit. Setelah puas meneroka showroom di office penerbit semalam, penulis cukup tertarik dengan sebuah buku bertajuk ‘Gerakan Orientalisme & Kristianisasi’.. Buku itulah yang penulis keluarkan dari beg panulis dan terus menyambung bacaan yang masih tergantung tanpa menyudahkan bacaan di dalam kereta siang tadi kerana ada urusan lain. Penulis terus khusyuk membaca sehinggalah penulis ada juga terperasan dan terpaling pada seseorang yang dari tadinya asyik memandang ke arah penulis..

“Ah, abaikan saja” Getus hati penulis.

Namun, beberapa minit selepas itu, orang yang memerhatikan penulis tadi datang menghampiri penulis dan……..

Tahu apa yang dia buat? Tahu apa yang dia cakap??

“U are TERRORIST!” Hampir separuh berbisik suaranya.

Oh My God.. Terkedu seketika penulis. But, teringat penulis pada pesanan seorang ustaz dalam satu ceramah Palestin yang penulis hadiri, katanya bila berhadapan dengan orang begini jangan melenting, balas dengan senyuman dan penuh kelembutan. Tembak dengan fakta.

Tanpa menunjukkan reaksi terkejut (walaupun sangat terkejut dan berdebar, tuhan saja yang tahu), penulis menghadiahkan senyuman buatnya dan penulis bertanya.

“Why?” Sambil menguntum senyuman..

Namun dia tidak menjawab, matanya tepat merenung penulis dan sesekali ekor matanya melirik ke arah buku yang setia berada di tangan penulis. Fahamlah penulis.

“Oh, ini mesti dia tengok aku baca buku ni”, fikir penulis dalam hati.

Sebab buku yang penulis baca rupanya. Pastinya juga dia bermaksud Islam is Terrorist..

Terlintas apa yang dibaca tadi, penulis melemparkan kata2 ke arahnya.

“Apakah mereka mempunyai sembahan2 selain dari Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah”

“Penulis2 Bible telah memansuhkan fakta2 yang telah diturunkan kepada al-Masih, lalu mereka membentuk ajaran baru. Is it Right?”

Dia masih kekal di situ dan masih juga mendiamkan diri.. Penulis meneruskan kata2 terakhir.

“Check your Old Testaments and New Testaments.. And then you compare it! Tidak ada ajaran lain selepas Islam..”

Dia bangun sambil merenung penulis dan terus berlalu pergi..

Kalau nak dikira berpeluh dan berdebar2 tu, tuhan saja la yang tahu macam mana perasaan waktu tu.. Kali pertama dalam hidup diserang macam tu dan dituduh terrorist secara membuta tuli. Mungkin sebab dia lihat penulis bermini jubah paras buku lali, berselendang seperti orang arab serba hitam dan mambaca pulak buku tu. Memang kena cop begitulah..

Penulis masih terfikir sampai sekarang.. Siapakah dia? Mungkinkah Orientalis? Mungkin itu? Mungkinkah ini? Atau..? Atau..? Hmm.. Ntahlah..

Kalau kita mengkaji tentang orientalis ni, mereka bertungkus lumus mencari kelemahan Islam dan berusaha untuk menyelewengkan ajaran Islam selepas mereka tewas dalam The Crusade War, itu tujuan mereka untuk menutup kelemahan tersebut. Natijahnya, mereka dapat menghancurkan empayar Islam serta menjajah umat Islam dari segi fizikal dan mental hingga ke hari ini

Kini mereka mengatur langkah baru yang dikenali sebagai al-Ghazwu al-Fikri yang sememangnya menyebelahi mereka. Namun, umat Islam tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja.

p/s: Berhatilah-hatilah dengan Orientalisme & Kristianisasi.. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk melihat Islam berada di bawah..

Sabda Rasulullah:

“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana mereka sebenarnya golongan musyrikin.”

-PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN-

*ISLAM IS NOT TERRORIST!*


7 comments:

Aira said...

Pengalaman yang mencabar dan menarik... Semoga individu itu meneliti kembali kata2 su... Jika dia seorang orentalis,smga terbuka hatinya menerima Islam dan semoga dia nampak kebenaran Islam yang nyata...

Ummul Syaukatul Suhaila said...

InsyaAllah dear..
Itulah yg diharapkan..
Semoga termakbul kata2 itu..
=)

Syahadah Alina said...

Salam Ziarah..

Cetusan yang cukup memberi ibrah dalam diri : )

Smoga orang tersebut dapat merenung kmbali apa yang dikatakan su n smoga Allah m'beri hidayah padanya..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Salam aidhan.. Syukran atas ziarah.. :)

InsyaAllah.. Semoga Allah membuka pintu hatinya dan memberikan hidayah padanya..

Anonymous said...

salam.. kak suhaila..

sungguh , meremang bulu roma ni baca post akak yg ni.
kakak mmg terbaik dari ladangg. semoga ada lagi insan sprti akak. im totally proud of you !

Anonymous said...

you can be the best writer , kak suhaila ! :)

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Wkmsalam..
Syukran kathir Anonymous..
InsyaAllah.. Akak doakan juga semoga kita semua diberi kekuatan. Segala yang diberi hanyalah pinjaman dari Allah..

Boleh akak tahu, siapa anonymous ni..? :)

Related Posts with Thumbnails