.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, March 11, 2011

Hadiah Dari Allah


Hari ni merupakan hari yang cukup gembira buat penulis. Walaupun dalam masa beberapa hari ini rasa agak stress sebab terlalu banyak kekangan kerja yang dihadapi, Tambah dengan fobia memikir test + assignment + program dan ditambah lagi dengan tesis pulak.. Macam nak terbang dari dunia yang ada ni sekejap. Rasanya keletihan ni lebih dari orang yang ada anak kot. Eh, ye ke? Hehe.. Tak tahu nak katelah, belum berpengalaman kan. Jage anak rabbit pernahla..

Tapi pagi tadi sambil2 makan, sambil2 melayan halwa telinga dan hati dengan beberapa video yang begitu menyentuh hati ini.. (err.. tetibe bersastera pulak).. Eh, balik pada topic su! Haa, tiba2 pagi tadi dapat call from my mum.. Gud news from my mum.. Dengan penuh kegembiraan dan khusyuknya my mum menceritakan perkara tersebut. Penulis rasa seolah penulis dapat melihat wajah kegembiraan & senyuman parent penulis di hadapan penulis.. Predict what? Hm ntahla.. Nak story, tapi complicated pulak rasa. Nanti readers pun payah nak faham kan..

Apa yang penulis boleh khabarkan kegembiraan yang lahir dari hati ini, satu2nya impian penulis yang sekian lama penulis pendamkan, penulis usaha untuk dapatkan dan selalu menjadi angan2 dalam diri penulis, Allah telah berikan pada penulis pada hari ini secara tidak disangka2 dan dalam sekelip mata.. Maha Pemurahnya Engkau Wahai Tuhanku..

Pastinya, after this segalanya akan berubah. Segalanya akan dikecapi. Bukan pada penulis sahaja, tapi kepada my family, penerbit-penerbit di luar sana. Dan tak lupa untuk penulis ucapkan kepada salah satu penerbit yang boleh dikatakan telah menjulang namanya di Malaysia dan Brunei kerana telah memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada my family. Yes, kita akan bekerjasama! Demi ummat Rasulullah.. InsyaAllah semoga segala usaha akan dipermudahkan Allah..

And to my mum & dad.. I really love U.. Adik2ku.. Belajar elok2 dahulu buat masa sekarang.. Satu hari nanti kita semua akan berada dalam satu team InsyaAllah bagi meneruskan apa yang telah dibangunkan.

Renungan bersama:

Sesusah mana pun untuk hadapi sesuatu, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita dan sentiasa menyertai kita. Dia takkan sesekali biarkan kita bertatih sendirian. Ujian yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayangaNya dan sebagai tanda ingatanNya kepada kita. Justeru, kerja itu adalah sesuatu yang ibadah, bekerja kerana Allah. Allah lah yang memberikan kita rezeki. Berusahalah semampumu..

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan".

(al-Najm: 39)

"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunnya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepada-Nya jualah dibangkitkan hidup semula."

(al-Mulk: 15)

Terima kasih tuhanku tercinta!

~Kerja Sebagai Asas Kesatuan Umat~

**really miss my mum & my dad #_#


Terhibur tengok baby ni kan..
Eh, ade kene mengena dgn topik ke?
Ntah.....



0 comments:

Related Posts with Thumbnails