.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, April 18, 2011

Ada Yang Tersembunyi


Terasa sangat letih, Tapi tetap jejari mahu bertatih..

Sudah 3 hari penulis boleh dikatakan dalam keadaan serba tidak teratur. Sudah 3 hari pola tidur penulis di luar jangkaan, selepas jam 6 pagi baru tidur (sudah tentu solat Subuh dahulu) . Awal pagi di kala mentari menyelak awan, penulis sudah perlu berjaga lagi. Tidak kurang dari 3 jam sahaja masa tidur penulis. Sudah 3 hari juga penulis tidak ambil kisah dengan pola pemakanan. Malah adakala terlupa untuk makan dek kekangan tugasan dan segala perkara perlu diselesaikan. Sungguh! Sungguh terasa diri ini amat letih.

Sudah tentu kawan-kawan yang berdamping dengan penulis dapat buat tafsiran mengapa terjadinya sebegitu. Tapi ada juga perkara lain yang singgah dan menjadikan diri penulis terpaksa dalam keadaan begitu.

Hari ini Alhamduluillah tesis dah siap proses. Penulis dan sahabat penulis memilih tajuk "Peranan Wanita Dalam Rumah Tangga Di Zaman Rasulullah" dan musyrif kami adalah Prof Madya Dr Basri Ibrahim al-Hasani al-Azhari. Beliau juga merupakan seorang penulis buku yang terkenal di tanah air ini. Juga merupakan sahabat kepada ayah penulis kerana hampir kesemua hasil bukunya di'typesetting' oleh ayah penulis. Bila dah siap tesis pelbagai perkara menerjah ruang fikiran penulis dan flash back semula apa yang berlaku. Semua ada sebab yang Allah telah aturkan. Ah, abaikan.. Suatu kenangan di bumi UniSZA.

Petang tadi, 75% urusan penulis telah selesai setelah 3 hari berhempas pulas. Bila dah selesai semuanya, Allah beri lagi ujian. Sakit. Setelah ambil masa kurang dari 1 jam untuk rehat sebentar dari kelelahan yang teramat sangat, penulis bersiap dan terus bergegas ke klinik. Risau juga kesihatan diri. Setelah itu, penulis harus berusaha juga mencari susu segar untuk diminum. Kerana itulah nasihat doktor. Jadi, bergegaslah penulis keluar mencari susu untuk diminum. Lagipula, itu juga pesanan ibu tersayang penulis supaya minum susu jika terasa kurang sihat.

Pulang dari urusan untuk diri. Penulis memberikan masa untuk diri rehat sebentar. Sungguh, tidak boleh dipaksa bekerja lagi untuk waktu ini. Terfikir penulis tentang perkara lalu.

Mengapa Allah mengujiku sebegini. Mengapa Allah memberi kepadaku perkara sebegini. Mengapa Allah tegar uji dan terus menguji. Mengapa aku perlu lalui semua ini. Penulis bermonolog sendirian. Setangkas itu juga penulis mencari jawapan kepada persoalan dari apa yang telah Allah tunjukkan.

Benar. Di sebalik kesusahan yang dialami, jika berjaya harungi, Allah berikan kemanisan. Dan penulis telah merasainya. Allah anugerahkan orang-orang di sekeliling penulis yang bisa membuatkan penulis tersenyum. Allah menghadiahkan kasih sayang melalui insan yang dipilihnya. Terima kasih sahabat, terima kasih adik2, Terima kasih pensyarah2, Terima kasih prof yang sentiasa memberi nasihat serta semangat, Terima kasih yang berusaha menjadi doktor dan sentiasa mengingatkan penulis untuk makan, Terima kasih semua yang terlibat membuatkan hati ini disembuh oleh rawatmu. Terima kasih insanku dan utamanya Terima kasih keluargaku tercinta!

Sejak akhir-akhir ini, hampir setiap malam penulis ada dinner. Sebenarnya ada hikmah mengapa Allah izinkan diri penulis untuk melibatkan diri dalam dinner2 rasmi, undangn dinner oleh adik2 junior yang ingin meraikan penulis di akhir sem ini dan lain-lain. Kerana di situlah penulis temui kebahagiaan dan masa untuk merawat hati dalam ukhuwah. Ukhuwah Fillah yang semakin kuat. Lihat, Allah beri kesusahan dan keperitan, dalam masa yang singkat juga Allah beri kenikmatan dan kemanisan. Subhanallah. Maha Pengasih Engkau Ya Allah..

Malam ini, penulis baru sahaja pulang dari Haflatul 'Asya. Penulis terhibur lagi di situ walaupun harini kurang dari 1 jam masa rehat penulis, penulis gagahkan juga diri untuk hadir, Rupanya ada hikmah juga yang Allah aturkan di situ. Sungguh, sungguh bersyukur, Terima Kasih Ya Allah!

Tidak dinafikan, bila berhadapan dengan keperitan, ujian serta cabaran.. Penulis sangat-sangat perlukan parent penulis di sisi. Tetapi Allah tidak mengizinkan penulis untuk pulang ke teratak syurga penulis dalam minggu study week ini. Penulis terima aturan Allah. Berhikmah semua. Sungguh, hati ini sangat memerlukan belaian seorang ibu dan wajah kasih seorang ayah ketika ini.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Dalam keadaan sedar atau tidak, Dia sedang mengaturkan yang terbaik buat kita. Bersyukurlah sentiasa. Tersenyumlah dalam dukamu. Walau hati dirudung segala permasalahan, keperitan, kekecewaan.. Senyumlah. Kerana senyuman itu mampu mengubat dukamu. Mampu menjadi penawar dan mampu menyenangkan orang lain dan sabar itu mampu mengubah yang pahit menjadi manis.


Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Ali-Imran (200)

“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.”
(HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Cukup di sini pena bertatih. Kamu perlu rehatUSS.. Ok2.. Penulis sayonara dulu. Esok penulis perlu berjumpa my Prof di awal pagi.


Terima kasih kepada kamu2 kerana penghargaan & mampu
buat diri ini tersenyum lagi..
Thanks 4 dis cake..

*Berusaha memujuk hati. Masih mampu tersenyum. Syukran 'Ala Wajib.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails