Freedom..
Lain plan, lain dapat.. Percaya bahawa semua Allah dah autrkan. Terima seadanya aturan Allah. Tapi tetap Freedom & Peace yang penulis cari. Kalau nak search ini semua, kat pak cik Google pun xkan jumpa kan.. Ok, last day penulis rasa kesempitan ruang dan sesak nafas kot after selesai semua kerja-kerja. Letih! So, nak jugak mencari ruang untuk diri bagi menghirup secangkir ketenangan. Perlu ada masa untuk diri jugak kan. Orang kata 'relax'..
So, seperti biasalah.. Kalau bagi penulis, tempat paling best nak relax adalah tempat yang ada relate dengan keindahan ciptaan Allah. Cukup damai. Planning that night nak mencari pesisir laut sebagai satu lokasi yang bagus untuk melepaskan segala lelah.
Apa yang terujanya. Malam tu penulis dinner di restoran sajian Arab. Criuzly! Rindu sangat sajian Arab ni. Kalau penulis ada di rumah. Every week mesti nak cari masakan Arab. Tambahan, roti nan atau dikenali sebagai Mulah in Arabic + pulak dengan tandoori. Memang bestlah kan.. Ok, itu lain posting. Ignore kejap.
After that penulis terus ke Pulau Warisan. Bukan apa2 tujuan ke sana, hanya untuk menikmati keindahan ciptaan Allah, more relax sambil makan2 di pesisir air. Malam itu pula sang bulan mengambang penuh dan memancarkan cahaya yang sangat terang. Subhanallah. Kelu tidak terkata tengok. Sangat cantik. Detik itu, terfikir penulis.. Dikatakan wajah Rasulullah indah umpama bulan. Bagaimana ya..? Tidak tergambar kan. Tengok bulan pun rasa tak puas menatap sekejap. Sekali terpandang bulan yang bercahaya itu, zupp rasa hati ini. Seolah ada satu kuasa beri seribu ketenangan. Seolah rasa tidak mahu berpaling ke tempat lain. Bagaimana pula dikatakan wajah Rasulullah umpama bulan. Subhanallah. Rindu untuk bertemu Rasulullah. (Mari sama-sama kita selawat ke atas kekasih Allah)
"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."(Surah Fusilat; 12)
Pulang dai Pulau Warisan, singgah pula di Ri-Yaz. Sebenarnya tidak ada plan langsung nak ke sana malam tu. Tapi tiba-tiba ternampak sign board Ri-Yaz. Apa lagi, yang lupa jadi terus teringat. Penulis yang sedang driving ni terus memacu kereta menghala ke Ri-Yaz la.. Seperti yang sedia maklum, inilah tempat favourite penulis. Seringkali penulis ke sini.
Short posting. Dah late ni. Penulis ada Iftar Jami'e today. Hmm.. Rasa penulis la kan, minggu ni memang minggu kempen full tank kot. Hari2 ada je rezeki undangan makan. Semalam baru je balik dari jemputan Hi-Tea di rumah pensyarah penulis. Tak sempat sampai U, dah dapat mesej untuk attend makan lagi. Sambil itu, diisi juga dengan perkara bermanfaat. Alhamdulillah rezeki Allah kan. Allah tak pernah kedekut. ^_^
Ok, I've to go now.. Semoga kalian semua diberkati Allah..
Di situlah kami berhalaqah sambil menjamu selera..
Sweet! ^_^
Penulis ke sana bersama sahabat-sahabat penulis yang dah diibaratkan seperti satu keluarga. Terima kasih sahabat2 semua kerana turut sama menceriakan diri ini. Sweet memory!
*Rindu group usrah. Hari ini iftar bersama mereka. Alhamdulillah Allah izinkan.
0 comments:
Post a Comment