.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Saturday, April 23, 2011

KLIBF, I Jealous!


Sungguh! Di saat ini penulis rasa sangatla cemburu. Jealous yang teramat kuat. Sebab tak dapat nak attend hari pertama di KLIBF, PWTC. Bukan setakat hari pertama, sampai hari terakhir pun penulis tak dapat attend ke sana.

Selalu dan setiap tahun kalau ada KLIBF penulis mesti akan pergi pada hari pertama. Dan tahun ini pula lebih ramai saudara-saudara serta sepupu-sepupu penulis turut join bekerjasama dalam KLIBF ni. Nak ditambahkan cerita dan kejelesan penulis, semalam pulak my mum bersahaja dan menyengajakan diri telefon penulis gtau tentang KLIBF ni, banyak pulak story mery. Kazen2 penulis pun dah sibuk hantar mesej ke penulis memperbanyakkan story mery untuk menambahkan lagi graf cemburu. Oh, Mum! Memang nak kasi anak die bertambah jeles lagi.. ~_~ Sungguh! Rasa macam nak terbang baik je..

Ditambahkan pula dengan kawan2 penulis yang berada di area KL dah sibuk contact ajak pergi hari pertama ni, sahabat2 yang penulis kenal masa KLIBF tahun-tahun lepas juga sibuk mengepos status di FB. Tahun ini mereka turut join booth skali. Seronoknya! Walaupun penulis boleh dapat buku percuma dari penerbit. Tapi semua itu tidak sama dengan perasaan bila hadir sendiri ke KLIBF. Macam2 pengalam dan perkara menarik boleh diperoleh di sana. Juga banyak yang boleh explore, buat pemerhatian serta buat kajian. Sejujurnya, setiap kali masuk tahun baru, pastinya KLIBF la yang akan penulis tertunggu2 sangat. Awal tahun lagi penulis dah sibuk2 tanya ayah penulis bila KLIBF. So sad bila tak dapat join.

Setiap tahun pasti akan ada perubahan. Dan tahun ni seolah meriah persembahan KLIBF. Ye lah, penulis balik baru-baru ni, pergi ke office penerbit, masing2 sibuk buat persiapan. Masing2 sibuk mencetak buku untuk dijual di KLIBF. Ayah penulis pula sibuk mencari pekerja untuk menjaga booth penerbit di KLIBF mewakili penerbit2 yang ada collaboration dengan ayah penulis dan mereka juga memerlukan pekerja. Tapi anaknya sendiri x dapat hadir ke KLBIF. Oh my dad! I’m sad now…..

Pagi ni pulak, penulis dapat mesej invitation dari Malaysian Board On Books For Young Children (MBBY) untuk hadiri program mereka. MBBY akan mengadakan Ceramah Illustrasi Buku Kanak-kanak pada 25 April 2011. Juga ceramah Penulisan Buku Kanak-kanak & Remaja pada 29 April 2011 di PWTC sempena PBAKL. Tahun ini juga ramai penulis-penulis tersohor akan turun ke KLBF untuk bertemu pembaca. Rasa rugi sangat tidak dapat join. Allah.. Yakin semua ini berhikmah..

Rasa penulis, yang paling menarik dan banyak aktiviti adalah booth PTS dan booth Karangkraf. Setahu penulis, ramai penulis-penulis yang ada collaboration dengan PTS akan turun padang. Juga banyak aktiviti2 menarik di sana serta diskaun yang hebat. Maklumat lanjut, boleh ke laman web di sini. Pelbagai aktiviti yang akan berlangsung ada dimaklumkan di web tersebut. Penulis ada dapat kad diskaun istimewa as a member dari PTS. Tapi sayangnya tidak boleh digunakan sebab hanya available sepanjang KLIBF sahaja.

Disebabkan penulis tidak dapat join, setiap masa penulis akan contact orang-orang di sana untuk mengetahui perkembangan di sepanjang KLBIF. Bersedialah dengan telefon bimbit di tangan wahai saudara2ku dan my mum n dad.. Hehe.. Mesti meriah. Sungguh! Penulis rindu saat berada di sana. Berkampung di sana. Dapat kenal dengan rakan2 dari setiap syarikat, tahu perkembangan semasa. Masuk PWTC pagi, malam baru balik even ada tahun yang penulis tidak join secara langsung, rutin tetap sebegitu. Sampaikan booth dah nak tutup pun penulis masih di situ. Rindu saat itu! Masa lalu.

Selamat melalui hari-hari yang menarik di sepanjang KLIBF buat semua saudara2 penulis yang terlibat secara langsung dan sahabat2 penulis yang dapat pergi tu. Kamu semua telah membuatkan diri ini cemburu dan tidak keruan rasanya di sini.

*Saat itu. Kekal segar dalam memori. Terima Kasih Untuk Itu. Yakin Aturan Allah.

2 comments:

Mujahidah dunia said...

Suhaila lukman.
Ana menunggu enti pulang. nak pergi bersama enti seperti tahun lalu. bila habis final?

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Err.. hehe.. Terkelu ana bace..
Ana habis final awal Mei..
InsyaAllah ana pulang sana nanti, ana maklumkan pada enti ye.. :)

Related Posts with Thumbnails