.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, April 14, 2011

Terharu..


Di kala meniti perjalanan berada di akhir semester, hati terasa begitu tersentuh sejak akhir-akhir ini. Seringkali tersentuh sukar diungkap. Seringkali rasa ingin melakukan semua dalam waktu begini. Kadangkala rasa bungkam namun tidak dibiarkan tersungkur. Begitu berharga dirasakan setiap masa yang dilalui.

Terharu.. Ya, penulis sangat terharu sehingga saat ini. Kerana..? Dalam minggu terakhir sesi perkuliahan ini, hari-hari penulis menerima kunjungan di bilik dari adik-adik Junior. Hari-hari ada yang contact untuk booking date, bawak keluar dinner, celebrate sama-sama.. Sungguh! Sungguh penulis rasa terharu. Sehinggakan agenda terpaksa dicatat dalam diari. Adik-adikku yang disayangi. Sungguh kamu semua membuatkan diri ini rasa sangat terharu dan tidak dinafikan juga perasaan sedih menyelubungi hati ini.

Seharusnya, study week ini penulis pulang ke rumah. Atas permintaan keluarga penulis supaya pulang. Di sana keluarga, di sini kalian semua, sahabat-sahabat. Tapi, merasakan berharganya waktu sebegini bersama kalian dan sayang untuk meniggalkan saat ini. Lalu, Berkorban untuk tidak pulang ke rumah.

Kita ditakdirkan bertemu kerana Allah, kita dipisahkan juga kerana Allah. Percayalah, inilah satu kenangan yang akan membuatkan diriku tersenyum bila terkenangkan. Tidak akan ku biarkan ingatan ini memadam memori manis sebegini.

Adik-adikku terutama dari kos AQSA, DAKWAH, PERINTIS, anda-anda semua sentiasa di hati ini. Tidak pernah terpadam. Terima kasih atas memori manis anda semua. Sungguh terlalu bernilai semua itu.

7 comments:

aira said...

will miss u Su....:)

Ummul Syaukatul Suhaila said...

I'll miss U my dear.. ^_^

fiq said...

I will miscall

Ummul Syaukatul Suhaila said...

I will 'misteri'

fiq said...

my name is miss Fiq...

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Pelik~
Pelik itu indah..

fiq said...

~pelik itu indah~
I'll remember de tagline along my life...'(

Related Posts with Thumbnails