.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, April 22, 2011

Arabic Cuisine


Entry yang lepas-lepas semua entry tentang tempat-tempat je kan. Ok, kali ni penulis nak bawa pembaca semua ke dunia makanan pulak. Minggu ni bagi penulis seolah kempen makan pulak. Hari-hari ada je penulis dapat invitation to Dinner or Hi-Tea. Inilah kehidupan last sem. Meniti hari-hari terakhir di sini. Semua berlalu dengan tersematnya seribu memori indah. Ops! Sudah jauh melancong.

Ok, kembali kepada topik asal. Arabic Cuisine. Last night, penulis dibawa oleh seorang kawan penulis ke satu restoran sajian Arab. Alkisahnya, masa borak2 dengan kawan penulis ni, terkeluarla topik bab masakan Arab ni. Nak diceritakan pula, penulis memang dah fanatic dengan masakan Arab ni. Apalagi, terus penulis cari date yang sesuai la nak keluar pegi makan di restoron tersebut. Ok, nama restoran tu adalah Restoran Al-Edrus yang terletak di area Gong Badak ni jugak. Restroran ni baru bukak actually.

Sampai sana. Terpaut mata dengan konsep arab yang dibawanya. Alunan lagu pun dipasang nasyid dan lagu2 Arab. Haa.. Tu baru la sedap telinga mendengar, tenang je rasa. Ini sesetengah restoran pasang lagu, x mengundang ketenangan langsung.

Btw, tengok makanan yang ditawarkan di sana pun sangatla menarik. Semua makanan Arab ada. Dan kebanyakan masakan tu berasaskan olive oil, honey. ABC pun diletak madu tau! So special.. Kalau sajian Arab ni, mestilah relate dan sebati dengan kambing kan. Haa.. Wajib ada tu kalau restoran Arab. Di sini, daging kambing fresh ok. Order je nak masakan kambing jenis apa, semua ada. Dan penulis dapat maklumat, restoran ni sedang update makanan dari semasa ke semasa. So, datang next time mgkin ada tambahan makanan baru.

Habislaa kalau penulis dah dapat tau sajian arab ada di sini. Alamatnya sokmo menghilang ke sana la pulak. Hehe. Dah last2 sem ni baru jumpa restoran arab. Awal2 dulu xde jodoh pulak kan. Xpe, ada hikmah. Kalau x, asyik ulang alik ke sana je kan. Hihi.

Antara makanan yang ada kat sini Roti Arab, Syawarma, Baklava. Ayam panggang, mandey, kabsah, aukdah, Itu antara yang penulis ingatla. Selalunya penulis dan keluarga makan Kabsah, Mulah/ roti naan dan Tandoori di restoran Arab area KL. Shawarma kambing/ayam pula ialah sejenis roti Arab yang nipis dimakan dengan menggulungkan salad, tomato, bawang dan pudina di dalamnya. Dimakan dengan limau nipis & bawang mentah bagi meneutralkan kolestrol. Haa, ini bagi bagi yang terlalu menjaga kolestrol. Ayam atau kambing Aukdah menu untuk orang yang tidak mahu menjamah nasi. Kebanyakan makanan Arab dimakan dengan sup dan sos la biasanya.

Tapi malam tu penulis makan Mulah + lemon. Makan sorang pun x termampu habis sebab besar sangat. Kalau nak choose makanan, kena pandai bahasa Arab jugalah sebab semua nama dalam bahasa arab. But, no worry.. Ada translation in English atau boleh mintak bantuan pekerja di sana untuk explain. Pekerja pun bagus-bagus semua. Nampak kemas, bersih, bersongkok, berbudi bahasa dan tidak lokek dengan senyuman. Selesalah kiranya.

Masak pelik2 ni mestila kena ada chef yang professional kan. Chef di restoran ni dibawa khas dari Yaman tau. Masa makan, sempat penulis tengok2 ke dapur restoran ni. Ternampakla chef berhidung mancung, berwajah orang arab sedang masak. Hehe. Memang nampak pro! Eh, mana kamu tahu semua maklumat ni USS? Haa, walau baru pertama kali pergi, dah jatuh hati punya pasal kat makanan arab ni, penulis cari dan usaha dapatkan maklumat sampai dapatla. Sampaikan tuan empunya kedai ni pun penulis dah kenal dah sape. Hehe..

Ok, itu di Terengganu. Satu-satunya restoran sajian arab. Nak pergi..? Ni alamat & maklumat, Nak lebih lanjut, sila pergi mintak bantuan uncle Google.


No. PT 30426, Taman Hidayah,

Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu,

Terengganu, Malaysia.

21300 Kuala Terengganu, Malaysia

Mon - Thurs:12:00 pm-12:00 am

Sat - Sun:12:00 pm-12:00 am

Kalau di KL pulak? Di mana? Nanti2 la penulis story ye. Ada beberapa restoran masakan dan sajian Arab yang menjadi tempat kegemaran penulis dan dah jadi pelanggan tetap dah. Next entry ok! J

Saya dah cuba. Anda bila lagi? U must try! J

Kalaulah penulis berada di Negara Arab kan, alangkah indahnya! Wajarkah penulis menetap di Negara Arab? Enough, Jangan beranganlah USS! Tidak ada permisi untuk kamu!


Beginilah rupa Mandey Lamb/Chicken

Ini pula nasi Kabsah..
Melampau kot banyak gini! hehe

Btw, maafla entry kali ini tidak ada gambar dari penulis sebab DSLR penulis tertinggal dalam kereta. Teruja jumpa sajian Arab, kamera lupa dah.. hehe.. Gambar di atas credit to pakcik google.

4 comments:

kinder bueno said...

ya habibibibibi.. sue ni macam org arab dah kowt. habis sume spesies arab su sapu. dari baju, muka, sampai ke makanan ada gaya arab. huhu.

azka amin said...

Terbaek!! besornya nasi kabsah tu. huhu. tegelak kot tengok. memang pevret su ek?

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Kinder Bueno:
Ya Habibi.. Jom pegi Arab! ;)

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Azka:
Sangat besar kan..? Hihi
A'ah.. My favourite! :)

Related Posts with Thumbnails