.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Monday, April 5, 2010

Lepas stress……!

Title tu?? Kenapa?? Macam bernada amarah je.. Tidak.. Tidak.. Penulis x marah.. bukan nak marah sesape.. Tidak sesekali.. Cume penulis je yang terlalu stress. Dan terlalu penat.. So, 1 caranya, penulis bukak blog then menaip bagi melepaskan lelah kepenatan dan tekanan yang terhimpun..

Kenapa stress ni Su?? Sebab orang ke.. Bukan.. Bukan jugak.. Bukan sebab orang.. Tapi sebab lain.. Sebab semalam berderet test menunggu.. Beratur macam kereta yang sedang jammed.. (habisla kalau penulis mula berceloteh).. Xpe.. Sabar je la ye readers.. Nak lepaskan sekejap je.. hee~ Eh, balik pada topik tadi. Hehe.. Ok, semalam dari pagi sampai malam full test.. Pagi, Pentadbiran Awam.. Yang tu ok lagila sebab just focus pada presentation.. Seronok je.. Then test Qur’an Tajwid.... Petang pulak, test Aqidah.. Belum habis rehat, malam pulak ade test English till 10pm.. Tu diaa.. Sampaikan makan pun terlupa hari tu.. Test punye hal.. Kepala ni dah berputar macam mesin basuh dah.. Lepas je habis test English malam tu, barula terasa sunguh2 penat.. Letih, haus, sesak semua wujud dalam diri.. Letih tu macam lari buat pusingan 1 padang complete.. Memang betulla mengikut kajian para saintis, bile menggunakan otak overdos, rasa letih tu lain macam.. Lebih letih dari kita bersukan..

Balik je dari test, belum sempat masuk bilik terus penulis call my mum.. Tapi bukan cakap ngan my mum, nak cakap ngan my lil bro dulu.. hee~ Bukan ape.. 1 cara tangani stress ni, penulis akan call my family.. Sebelum ni, penulis ‘puasa’ dari cakap ngan lil bro.. *rindu* call pun just borak ngan my mum je.. Bukan x nak cakap ngan lil bro.. bukan… Tapi sebab kalau dah cakap tu, sejam x kan cukup.. err.. hee~ takut nanti nak study x menjadi pulak.. Sebab tu x nak cakap lagi.. So, after habis test untuk hari tu, terus call lil bro la.. hehe.. Hilangla sikit stress ni dgn celoteh die.. Habislaa bateri handphne ni dek dikerjakan penulis.. hee~

Belum hilang sepenuhnya letih tu, teringat pulak esok (hari ni) ade iktibar Nahu (Bina’ wa Mubtada’) dan Sorof.. Sekali lagi kerisauan melanda.. Dahla last day kekurangan tidur.. Around 3++ a.m baru cari bantal.. Then kul 5++ a.m diganggu pulak.. Sungguh rase geram mase tuu.. Tapi sabar je la.. Xtaula hamba Allah yang mana boleh pulak buat video call time2 macam tu.. Nombor misteri pulak tu.. Penulis pulak terangkat tanpa lihat nombor di screen hp dulu.. Ye la, dah la baru lelap, macam antara sedar dan tidak je.. Nasib baikla pick up dalam keadaan camera off.. Kalau x…….. xtau la.. Bile ‘ter’pick up, x nak cakap pulak.. Ini lagila membuatkan penulis pelik.. Bile sedar2 je nombor tu x de dalam list nmbr, terus penulis letak.. Then hamba Allah tu terus calling banyak kali gune video call.. Astaghfirullah.. Istighfar je penulis dalam hati.. Ya Allah.. Bentuk ujian lain pulak yang datang.. Ujian betul.. Dahla esok test awal pagi.. Betul2 manguji kesabaran.. Ya Allah, hambamu memerlukan pimpinan dan kekuatan dariMu.. Terus off my phone.. Aman dunia.. After kes tadi, terus penulis xdapat nak lelapkan mata.. So, time tidur hanya 2 jam.. *straight face* Pagi tu agak kepeningan.. Ini gara2 kes itu la.. Bagi penulis, hamba Allah yang ada perlakuan sebegitu tidak ada sifat menghormati sesama manusia dan tidak menghormati hak orang lain.. Dalam istilah lain pulak, ‘zalim’.. Ape asbabnye..? Sebab meletakkan sesuatu bukan di tempatnya.. Mengganggu hak orang lain yang sudah sahih jelas lagi nyata itu adalah salah.. Jgn sampai orang yang teraniaya mendoakan sesuatu untuk anda.. Makbul doa tu.. Nauzubillah.. Pesanan untuk ‘hamba Allah’.. So, ambilla pengajaran dari perlakuan sedemikian.. (kalau hamba tu terbaca blog ni).. Saya maafkan segala yang berlaku.. Semoga sentiasa dalam keredhaan Allah.. Eh, terpanjang pulak menaip.. kejap2.. sabar ye.. habiskan bacaan dulu) *wink*

Ok, dah habis test pagi ni.. Inilah masa penulis rehat.. no class.. Sebab tu la sempat posting ni.. Salah 1 cara jugak untuk hilangkan stress.. Degan ape?? Dengan blogging.. hehe.. Tapii…. Ade lagi tapi tuu.. Untuk esok pulak.. 6 April.. Baru dapat mesej tadi. Esok kene pegi tasmik surah.. Ok, pasrah je dapat mesej tu su.. Awal pagi esok presentation Fiqh bawah tajuk (Huquq zauji wa zaujah.. Hak suami, hak isteri dan hak bersama..) All in Arabic.. Perlu persediaan.. Oh tidak! This week rase macam nak lari ke satu tempat yang jauh dari dunia, jauh dari orang lain, jauh dari kesibukan.. Alangkah indahnya dapat ke satu tempat yang dapat menyelami dan menenangkan hati ini, yang penuh dengan tumbuhan yang menghijau.. Dapat lihat awan berarak, dapat dengar burung berkicau, dapat dengar deruan air, dapat menyedut udara yang segar, lihat rama2 berterbangan dengan riang sekali.. Atau dapat lihat sunset ke.. Bercuti 1 malam di island ke.. So sweet..! Segalanya ciptaan Ilahi.. Subhanallah.. Indah sungguh kan.. Ok, Sape yang dapat bawak penulis ke situ…?

Stop..! Stop till dat su..! Prepare untuk present esok dulu.. Ok2, habis dah berceloteh.. Kalau readers berjaya bace sampai sini, tahniah la tu.. Kesabaran anda kuat.. hee~

Look around yourselves..
Can't you see this wonder..
Spreaded infront of you..
The clouds floating by..
The skies are clear and blue..
Planets in the orbits..
The moon and the sun..
Such perfect harmony..
SUBHANALLAH..






Saturday, April 3, 2010

Syariah Talk


NIKAH SI KECIL
"REALITI ATAU FANTASI??"

Tarikh:
3 April 2010 (Sabtu)

Masa:
8 Malam

Tempat:
Dewan Kuliah Utama (DKU)

Diwajibkan hadir kepada semua ahli Kelab PERISYA

Friday, April 2, 2010

Hebahan Program..


Program Ceramah dan Cerapan Langit Malam


Tarikh:
6 April 2010

Masa:
8 malam

Tempat:
Dewan Kuliah Utama (DKU)

Anjuran:
Unit falak dengan kerjasama Kelab Astronomi (KASTRO)

Semua dijemput hadir

Mengenal pencipta melalui astronomi..

Wednesday, March 31, 2010

Sambutan program DERMA DARAH menggalakkan..


Pagi tadi penulis baru dapat tahu bahawa hari ni Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan program derma darah di UDM.. Tersenyum penulis bile dapat tahu.. *wink*

After habis class pukul 1, terus menuju ke cafe dulu untuk lunch.. Bukan ape lunch ni sebab nak tambah energy je.. Atleast kalau doktr tanye dah makan blum, penulis ada point jawab dah makan.. nanti takut x lepas saringan plak.. hehe.. Politik betul..

Sambil jalani ujian untuk pengesahan kumpulan darah, sempat penulis sembang dengan nurse tu.. Dia kate, sambutan pelajar begitu menggalakkan.. Seramai 130 orang telah mendermakan darah.. Satu berita yang baik dan puas hati penulis dengar.. Tahniah pelajar-pelajar UDM! Teruskan langkahmu..

Satu information, seorang pesakit yang memerlukan darah, sekurangnya akan digunakan 2-4 beg bekalan darah.. Manakala bagi ibu yang baru lepas melahirkan anak pula, memerlukan bekalan darah sebanyak 10-20 beg.. Banyak kan..? Bayangkan kalau bekalan darah x cukup, apa akan jadi pada mereka yang memerlukan darah ni..? Apa akan jadi pada ibu-ibu yang nyawanya sudah berada di hujung tanduk bertarung dengan kesakitan melahirkan anak, yang kekurangan banyak darah, tiba-tiba stock darah xde.. Bayangkan itu adalah ibu anda sendiri..

Sampai di kaunter untuk cek tekanan darah, err.. terkurang pulak.. Tapi disebabkan rayuan nak sangat, green light jugak.. Hehe.. Dengan syarat banyakkan makan buah lepas ni.. Alhamdulillah lepas..

Kepada orang2 awam yang belum cuba untuk menderma darah atau masih dilema ketakutan, buang perasaan tu.. Hanya permainan iblis yang menakutkan kita.. Sekali anda mencuba, pasti nak lagi.. Percayalah.. Ada kemanisannya yang Allah akan campakkan ke dalam hati.. Ingat, ramai yang memerlukan darah anda.. Anda mampu menyelamatkan nyawa orang lain.. Tidak ternilai pengorbanan anda dan hanya Allah yang dapat membalasnya.. Jadi, sama-sama kita membantu menyelamatkan nyawa saudara kita.. Mereka lebih memerlukan.. Anda mampu mengubahnya..


Tuesday, March 30, 2010

Fenomena yang tidak disangka...


Isnin.. Ya, hari Isnin.. Hari yang sepatutnya penulis berangkat pulang ke Universiti dan akan kembali kepada kehidupan campus semula.. Petang tu penulis masuk dapur, buat kek untuk adikku yang sorang ni, yang sudah termaklum sebagai ‘hantu kek coklat’.. Orang sibuk buat, dia pun sibuk jugak mengacau.. Alang2 dah buat tu, penulis buat sekali untuk kawan2 sekelas sebab dah lame kawan mintak suruh buatkan.. Jadi, x sampai hati pulak pulang dengan tangan yang kosong.. Jadi penulis pun buatla dua biji kek untuk kawan2 kelas.. Sepatutnya penulis perlu bertolak jam 6 dari rumah untuk ke airport, tapi disebabkan keterbolosan (x wujud dalam kamus dewan jugak, dun try dis in essay), sebab topeng kek belum siap.. So, macam pelesit jugakla buat, dalam masa kurang 5 minit siap topeng coklat.. Ini pecah rekod ni, selalu ambil masa 15 minit untuk siapkan.. Kelam kabut punye insiden, boleh pulak buat cepat.. Hihi.. macam lucu pulak bile fikir balik..

Time tu, hujan teramatla lebat.. Mase berhenti di Shell, ade orang maklumkan pada my dad supaya jangan teruskan perjalanan sebab kat depan tu sebelum masuk tol jammed disebabkan banjir teruk.. Readers bayangkan, kereta boleh tenggelam dan banyak yang stuck kat situ maybe sebab air masuk enjin.. Ada 2,3 tempat yang banjir.. Dari luar nak masuk x boleh, dari dalam nak keluar pun x boleh.. Memang stuck.. Highway pun jadi jammed sebab x boleh masuk tol.. Sungguh dahsyat pada perkiraan penulis.. Hati kami dah gelisah.. Jam menunjukkan pukul 6.55.. Nak ke airport Subang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari situ dan penulis perlu check in 45 minit sebelum masuk pelepasan atau paling lewat pun sebelum jam 7.20 dan akan on air jam 8. Mase sudah sangat suntuk!

Perlu cari alternative lain nampaknye.. Jadi, my dad patah balik ikut jalan belakang.. Tapi agak jauh dan 1st time lalu kat situ.. Arah tuju pun xtau macam mane.. Tawakkal je.. Sampai di kawasan simpang siur, sudah pening jalan mane nak tuju.. Signboard pun xde.. Jalan kat situ masih dalam pembinaan.. Astaghfirullah.. Jarum jam sudah menunjukkan jam 7.15.. Memang sudah habis pecut dah kereta tu.. Macam berada dalam F1 pulak.. *straight face*

Sampai di airport jam 7.45.. Sudah terlalu lewat! Kargo untuk bagasi pun dah jalan.. Check in then terus penulis berkejar masuk ke pelepasan.. Nasib baikla flight tunggu.. ehee.. 1st time pengalaman macam ni.. Sebelum ni paling kurang pun kalau sampai airport sempat lagi jalan2 cari makan kat airport tu dulu..

Alhamdulillah selamat dalam plane.. Lega rasa.. Orang dalam plane pun x ramai, hanya suku dari plane tu.. Selesa sikit.. Tapi.. Ada pula kegelisahan lain yang timbul.. Sedang asyik penulis menjamah cuppy cake dan juice yang dibekalkan oleh pihak Fire Fly sambil melayan mp4 ~Maher Zain~, kapten memaklumkan bahawa ada mengalami sedikit masalah dengan cuaca yang kurang baik ketika berada pada ketinggian 17 ribu kaki dengan suhu 29 celcius dan diminta kepada semua penumpang kembali berada dalam keadaan stabil di seat.. Terus penulis off mp4 dan cabut headphone.. Ya, penulis dapat rasakan gegaran kuat dalam plane tersebut.. Kelajuan flight dikurangkan.. Allah… Hanya Allah saje yang tahu perasaan waktu tu.. Tidak putus berdoa mohon Allah selamatkan keadaan.. Makanan di hadapan pun tiada selera untuk dijamah dah.. Kepala terasa pening dan mual disebabkan keadaan plane yang tidak stabil.. Setelah 15 minit kemudian, keadaan kembali seperti biasa. Alhamdulillah.. Semua dalam keadaan baik.. Macam2 dalam mind mase tu.. Nak call parent, no coverage.. Rase keseorangan, hanya Allah sebagai peneman dan tempat mengadu dan berbicara dalam hati..

Alhamdulillah selamat landing jam 9.10 minit.. Sedikit terlewat dari waktu sepatutnya..

~Walau di mana berada, Alah pasti akan bersama kita.. Dia tahu apa yang kita sedang hadapi.. Bila kita ingat kepadaNya dalam susah dan senang, Dia lebih menjaga dan mengingati kita.. Kasih sayang Allah melebihi segalanya.. Jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu~ (sekadar perkongsian secebis peringatan)

Berakhirnya kemuncak pesta buku..


Semalam telah berakhir Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC.. Tujuan kedua selepas tujuan asal penulis balik pun sebab nak ke PWTC jugak.. So, penulis gunakan masa tu sehabis baik.. Hari Jumaat lepas penulis ke sana pada waktu pagi bersama my mum n lil bro sebagai peneman.. Disebabkan hari tu adalah hati Jumaat, hampir pula dengan waktu solat Jumaat, penulis lihat kurang pengunjung.. So, memudahkan perjalanan penulis jugakla sebenarnya.. hehe..

Dari pagi sampaila ke petang penulis stay kat sana.. Jalan2 pantau buku.. Hari pertama datang ni, hajat nak tinjau dulu buku2.. Jalan puas2 dulu.. Tapi disebabkan keterujaan dan ketidaksabaran (ayat xde dalam kamus dewan bahasa, jgn tiru ye), penulis ‘terbeli’ jugak beberapa buah buku untuk memuaskan hati..

Untuk kali keduanya pula sebelum penulis balik ke campus, penulis pergi lagi hari Ahad.. Hari tu adalah hari penutup (last day) pesta buku.. Hajat nak jugak pergi sebelah pagi, tapi penulis kene masak dan buat dessert untuk anak buah my mum yang sambut birthday di Sepang.. so, x dapatlaa.. Sebelah petang tu plak, pergi Sepang untuk hadiri birthday party tu la.. Penulis dah ditempah awal2 untuk buat decoration party tu.. Sungguh penat rasenye.. Target dalam pukul 4 mesti sampai PWTC. Tp majlis tu ade protokol pulak.. Siap ade game skali.. Penulis dah mula gusar.. Hati dah terbang di PWTC.. Tunggu punye tunggu, sampaila pukul 6.30 baru dapat beransur pulang.. *straight face*.. Tidak terkata apa dah.. Take time yg terlalu lama…….. Betulla orang kate, Penantian itu satu penyeksaan kan..

Nak ke sana pulak, not wif my parent.. But wif my uncle from Singapore.. Die yg tlg hantarkan coz my parent ade plan ngan saudara2 untuk pegi merisik.. Walau diajak dan diasak untuk ikut pegi merisik tu, penulis tetap ngan pendirian.. X NAK.. dan FULL STOP..! Penulis nak tuju ke PWTC je time tu.. Dah lame tertunggu2.. On the road, jalan jammed teruk sebab hujan lebat.. Sampai PWTC dah pukul 7.50.. Terus penulis ke surau dulu.. Dahulukan yg aula..

Ok, this time.. yang tertunggu2 dan ditunggu2.. Mase untuk penulis tawaf KLIBF mencari buku.. Time ni paling best sebab dah last day and last time.. So, price pun mendadak turun.. Harga memang murah.. Best..best.. Dalam tidak sedar membeli, sampai je kat booth Jasmine iaitu tempat my cousins jage booth, penulis cek balik buku dalam plasik, rupenye dah 5 buah buku penulis beli.. Ditambah ngan buku yang penulis dapat free dari pengarah penerbit lagi.. Ok, adal lagi 1 buku penulis nak.. Terus penulis bergegas mencari.. Time tu dah nak tutp, Alhamdulillah jumpe jugak.. Dapatla half price sebab pembeli terakhir.. hehe..

Sungguh puas hati dapat berbulan madu dengan buku kat situ.. Sungguh puas hati dapat stay kat pesta buku sampaila pesta buku tu tutup.. Hilang segala kegusaran di hati..






This book penulis dapat percuma dari pihak penerbit
sebagai tanda penghargaan kerjasama..


Ini juga percuma..
Thanks a lot kepada pihak penerbitan..

Related Posts with Thumbnails