.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, May 19, 2011

Konvensyen Mahasiswa Selangor


Alhamdulillah, walaupun dihimpit dek kekangann masa, sempat juga penulis hadir ke Konvensyen Mahasiswa Selangor Bersama Menteri Besar Selangor. Penulis dapat hadir ke sana pun setelah jendela menjengah ke sebelah petang.

Konvensyen ini diadakan di Dewan Banquet, Dewan Jubli Perak SUK Selangor. Ramai juga mahasiswa yang hadir dari pelbagai IPT. Kesempatan penulis ambil di sana untuk berkenalan dan berukhuwah dengan sahabat-sahabat dari pelbagai IPT. Seronok. Cukup seronok penulis rasa.

Pelbagai aktiviti dan pengisian diadakan di sana. Antaranya pembentangan “Realiti di Malaysia” oleh Profesor Madya Dr Abu Hassan. Movie Critic “Kung Fu Panda”. In Person (The Power Of Mind) oleh Prof Dr Muhaya Muhamad, beliau merupakan Tokoh Ilmuwan Selangor. Cukup hebat pembentangan mereka dan bertalu soalan-soalan hebat dari mahasiswa. Banyak ilmu yang penulis dapat gondol hari ini. Tidak rugi menghabiskan minyak kereta datang dari jauh.

Sebelah malam pula adalah majlis makan malam rasmi bersama Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim. Dihadiri juga oleh YB Dr. Hajjah Halimah Ali. Agenda dimulakan dengan makan malam dan menyambut ketibaan Y.A.B, ucapan aluan dari Penasihat Malis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, persembahan montaj dan ucapan Dato’ Menteri Besar. Acara kemuncak adalah sesi dialog mahasiswa bersama Y.A.B Menteri Besar Selangor. Cukup meriah dan cukup mesra. Bersembang dengan Y.A.B macam bersembang dengan kawan rasanya, sangat santai.

Syukur kerana Allah masih beri peluang dan keizinan serta kekuatan untuk hadir program seperti ini. Alhamdulillah juga kerana parent banyak berkorban dalam memahami dan menurut kehendak hati yang berjiwa di usia sebegini. Semua ini cukup bernilai.






*Tidak sabar menanti hujung minggu ini. Ada sesuatu yg menarik menanti.

2 comments:

nadzirah said...

su memang top lah.....banyak benda su buat...berkeyakinan lak 2...teringin nk jadi cam su...ngeh3x

Ummul Syaukatul Suhaila said...

biase2 je nad..
Nadzirah pun blh jugak sebenarnya.
Letakkan keyakinan yang tinggi dan yakin akan dibantu Allah. InsyaAllah semua boleh lakukan. Kekuatan itu hadir dari Allah juga.. U can do it too! ;)

Related Posts with Thumbnails