.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, May 25, 2011

Sekitar Konvoi Pembebasan Palestin 2011


Bismillah...

KUALA LUMPUR – Bersemangat! Suasana sepanjang program ‘Konvoi Pembebasan Palestin 2011’ yang bermula di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berakhir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam Sabtu lalu sungguh meriah.

Semangat dan keterujaan jelas terpapar di wajah kira-kira 500 peserta yang berkumpul untuk memulakan perjalanan. Ada antara mereka yang tiba di Masjid Wilayah seawal jam 3.30 pagi!

Konvoi sempena memperingati malapetaka ‘Hari Nakbah’ iaiitu tarikh penubuhan negara haram Israel pada 15 Mei 1948 dianjurkan bagi menimbulkan kesedaran masyarakat akan ketidakabsahan Israel di peta dunia.

Penganjur, Aqsa Syarif Berhad dan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang telah mewara-warakan program melalui media terutamanya media baru seperti facebook dan emel berjaya menarik penyertaan orang ramai termasuk yang bukan Islam.

Program tersebut bahkan disertai oleh warganegara Palestin sendiri apabila 15 belia Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tiba sebaik sahaja majlis dirasmikan. Selain itu, Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) turut mengambil bahagian menerusi wakilnya, Muhammad Makram.

Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut. Katanya, inisiatif seperti ini penting bagi menyedarkan rakyat, seterusnya meraih sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin dan pembebasan bumi yang penuh berkat iaitu Masjid al-Aqsa dan tanah di sekitarnya.

Sebelum itu, Pemangku Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberitahu, program konvoi yang diadakan itu diketahui oleh kerajaan Hamas di Gaza kerana mantan Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanudin Mohd Yunus berjaya menghubungi Perdana Menteri Ismail Haniyeh secara langsung menerusi telefon dan menceritakan apa yang sedang berlaku di Malaysia.

Tambah menarik, dua buah kelab bermotosikal, Kelab Skuter Malaysia dan Kelab Bumi Bikers Advantage turut mengambil bahagian. Kedua-dua anggota kelab ini yang berjumlah 45 orang dilantik sebagai ‘marshall’ untuk mengawal kelancaran perjalanan konvoi.

Sebanyak 75 buah kereta yang didaftarkan pagi itu dibahagikan kepada dua kumpulan, satu diiringi oleh kumpulan skuter, manakala satu lagi oleh kumpulan ‘superbikes’. Kedua-dua kumpulan ini mengikut jalan yang berasingan sebelum berkumpul semula di MSAAS Shah Alam. Antara destinasi persinggahan mereka masing-masing adalah KLCC, Masjid Bukit Indah Ampang, Hentian Rehat Awan Besar (lebuh raya KESAS), Taman Tasik Shah Alam, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Stesen Keretapi KL Sentral dan Masjid Bukit Damansara.

Di setiap persinggahan, mereka telah mengedarkan risalah yang yang menerangkan isu Palestin kepada orang ramai.Sambutan yang diberikan oleh masyarakat, termasuk warga asing juga memberangsangkan. Perkara ini diceritakan oleh seorang peserta, Mohd Faizul Md Taib, 25, yang bertemu pelancong berbangsa Eropah di KL Sentral dan bertanya sama ada beliau membawa risalah dalam bahasa Inggeris.

Pada sebelah malam, Malam Pembebasan Palestin 2011 (MPP2011) diadakan di dewan MSAAS. Dr Hafidzi sekali lagi tampil menyampaikan pidato khas Nakbah Palestin dengan penuh semangat.

Kehangatan malam terus dibakar dengan kehadiran Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk A Samad Said yang melontarkan bait-bait puisinya, ‘Bumi Tengkorak’ dan ‘Anak-anak Palestina’ sebagai menelanjangkan kekejaman Zionis sejak puluhan tahun lalu.

Persembahan puisi oleh Bob dan Santhira Morgan, persembahan lagu penuh mesej lagi bertenaga daripada Muadz & Friends serta persembahan nasyid daripada kumpulan Caliph turut membantu menghidupkan MPP2011.

Lebih penting lagi, ia berjaya menyampaikan mesej ‘Nakbah’ kepada penonton sambil mengajak mereka menjadi ‘jurucakap’ perjuangan umat Palestin yang terus rindukan kedamaian.

Namun, bak kata Dr Hafidzi, sinar kemenangan di Palestin sudah mula memancar...

Link

----------

Maafla, nak post lama dah after program, tapi x berkesempatan dan penulis copy paste laporan konvoi ni. Kesuntukan masa untuk menaip menceritakan semua pengalaman. Kalau nak diceritakan, memang 3,4 pages pun xkan habis.. J Apa yang boleh penulis ucapkan.. Hanya ALHAMDULILLAH dan bersyukur sangat penulis diberi keizinan oleh Allah dan kesempatan masa untuk join Konvoi Palestin ini dari pagi sampai malam. Pelbagai pengisian bermanfaat dijalankan sepanjang program ini dan semua dibuat secara berjamaah, di sini kami melakar ukhuwah antara peserta. Manisnya apa yang Allah berikan. Pengalaman ini terlalu berharga dan berbagai ilmu penulis dapat. Teringat penulis pada ucapan pengerusi majlis perasmian, ‘konvoi ini akan menjadi saksi di hadapan Allah nanti, segala yang menyertai kita samada peluh, langkah, debu di kereta dan segalanya akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Dari Masjid Wilayah kita bukan menuju ke Masjid Negeri (Shah Alam), tapi kita menuju ke masjid AL-AQSA.’ Subhanallah!

*Konvoi ini juga mendapat liputan dari Astro Awani, Berita Harian, Utusan, BERNAMA dan mungkin beberapa media lain lagi.

Sebahagian gambar di bawah akan menceritakan segalanya..

Untuk lihat berita di ASTRO AWANI, sila click di sini

Berita Mingguan


Web Malaysia Harmoni (Link)


Aqsa Syarif (Link FB)







Lain-lain gambar maklumat dan laporan lengkap boleh dilihat di page AQSA SYARIF (http://www.aqsasyarif.org.my/). Boleh juga dilihat di Facebook penulis.

*Jadual tersusun sgt padat dgn program sampai hujung bulan 7. Strong USS!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails