.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, August 3, 2010

XPDC Mendaki Gunung..


Pertama-tama sekali pembuka bicara penulis panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan kasihNya dan izin dariNya penulis dapat melunaskan impian untuk menyertai xpdc mndaki gunung..

Alhamdulillah pada 29-31 Julai lalu penulis telah meyertai xpdc mendaki gunung Tebu, merupakan gunung yang tertinggi di Terengganu.. Rasa sangat gembira sebab lama dah nak turut sertau kembali menawan gunung.. Jadi, tempoh hari impian penulis diluluskan oleh Maha Pencipta penulis.. Dia Maha Mendengar dan Mengetahui.. ;)

Sebelum pergi tu, banyak liku2 dan halangan serta kekangan terpaksa penulis tempuhi sehingga ke saat yang terakhir.. Alhamdulillah semua selesai juga.. Hari Khamis, penulis dan peserta2 lain bergerak ke Lata Belatan.. Perjalanan menuju ke sana mengambil masa selama 2 jam lebih.. Sampai di sana kami disambut oleh pegawai yang bertugas dan terus mencari tapak unutk bermalam. Malam tu kami bermalam di kaki Gunung dahulu, di mana ia juga merupakan tempat perkelahan yang sangat popular di Terengganu. Air terjun di sana sangatla cantik.. Tempat ni penulis pernah datang satu ketika dahulu dengan kawan2 Dakwah, kami buat konvoi berkelah di sini.. Memang best..

Pagi Jumaat, awal pagi kami mula bersiap2 untuk memulakan pendakian.. Kami diberi taklimat dan sedikit latihan regangan.. Jam 9.30 kami mulakan xpdc.. Ok, penulis nak story serba sedikit tentang gunung tebu ni dulu.. Meh kita xplore cerita dan coretan alkisah Gunung Tebu ni..

Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dengan pemandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian, yg dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus.. Gunung Tebu adalah gunung yang unik sebab adanya sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa. Ok, guys nak tahu.. Di puncak tepi kubur itulah kami mendirikan khemah untuk bermalam.. Sebenarnya kawasan gunung ni dikatakan agak keras dan ada pantang larang.. Tapi, Alhamdulillah tidak ada kejadian pelik yang berlaku..

Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki) dan merupakan kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut.. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara. Pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah gugusan pulau zamrud Terengganu termasuk Pulau Perhentian dan Pulau Redang, daratan yang bertaburan di Laut China Selatan.. Sepanjang pendakian penulis pun, memang ada berselisih dangan pelancong dari luar..

Gunung Tebu ni terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipt erokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu.. Macam2 jenis spesies flora dan fauna adaa.. yang jarang kita lihat sebelum kebanyakan ada di sini.. Sepanjang perjalanan penulis, banyak jumpa binatang dan tumbuhan yang agak pelik jugakla.. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.

Ok, itu serba sedikit info tentang gunung Tebu. Kami naik ke sana secara berkumpulan dan penulis adalah kumpulan pertama.. Mula2 rasa ok lagi.. Di pertengahan dan separuh pendakian, barula rasa agak mencabar sebab cerun sangat.. Kurang kawasan mendatar..

Sebelum tu, nak story rahsia untuk mendaki gunung ni atau apa2 aktiviti lasak di hutan.. Sepanjang pengalaman penulis, kekuatan bergantung pada makanan, minuman dan persediaan yang kita ambil.. Yang paling best la kan, nak naik gunung ni sediakan coklat bar.. Hehe.. Itu yg penulis suka.. Coklat bar ni untuk memberikan tenaga pada kita.. Sambil mendaki, sambil mengunyah/ menguman. Selain tu, banyakkan bersenam, regangan dan latihan..

Masa penulis pergi tu, kurang bersenam, so terukla sikit kesannya. Ok, then sediakan air yan memberi tanaga seperti 100plus atau glukos.. Disebabkan penulis x minum air gas, jadi penulis gantikan dengan air glukos.. Thanks to Aisyah sebab menaja air tu.. hehe.. Dan yang penting skali, masa dalam perjalanan tu, stiap langkah kita jejaki, istighfar dan berzikir dengan nama Allah.. Mohon betul2 pada Allah unutk diberi kekuatan. Bayangkan Allah berada di hadapan kita dan Dia yang melindungi kita.. InsyaAllah dari situ dapat segala kekuatan.. Seolah sambil berjalan tu, sambil berbicara dengan Allah.. Waktu itu juga kita kan sedang melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah, jadi berbicara tanda kekaguman kita padaNya..

Lebih kurang jam 4.45 petang penulis sampai ke puncak.. Dah terasa kesejukan ada di puncak sana.. Alhamdulillah kami semua selamat.. Terus kami mencari tapak dan mendirikan khemah dan bersiap untuk masak malam.. Sebelum tu, kami kena turun sejauh 500 meter untuk dapatkan air.. Ada punca air di sana.. Sangatla sejuk macam air baru keluar dari freezer.. Puas rasa dapat minum aiar mata air tu.. Subhanallah.. Pernah x kita terfikir dari mana datangnya air dari dari gunung tu yang sentiasa mengalir tanpa henti.. Segalanya kuasaNya..

Sebelah malam, kami mula memasak dan aktiviti bebas.. Apa yang indah sangat bagi penulis pada malam itu adalah keindahan bintang2 bertaburan yang dapat dilihat dengan jelas.. Cantik sangat seolah x nak lepas dari pandangan.. Subhanallah..

Selesai dinner, kami bercadang untuk adakan sesi taaruf dan muhasabah diri dalam kumpulan kami dengan disertai beberapa ahli lain.. Seronok dapat bertaaruf macam ni.. Terasa ukhuwah antara kami begitu kuat.. Antara adik2, kakak2. Abang2.. Alhamdulillah ukhuwah itu kekal sehingga sekarang..

Lebih kurang jam 10 pagi kami siap berkemas dan bersedia unutk turun dari gunung.. Masing2 sibuk mengabadikan gambar sebagai kenangan. Terasa sayang pulak nak meninggalkan puncak gunung tersebut.. Tidur semalam rasa masih belum puas. Kalau boleh nak aje tidur berbumbungkan langit, bintang dan bulan.. Berlapikkan tanah. Tentu seronok kan.. Indah melihat langit meriah dengan kerlipan sinar yang bercahaya. Subhanallah..

Nak naik ambil masa 6 ke 7 jam.. Nak turun pulak penulis ambi masa 3 jam sahaja.. Sebelum jarum jam mencecah angka 1, penulis dah sampai di kaki bukit dan yang terakhir samapi di kaki bukit dalam jam 3 petang.. Alhamdulillah semua selamat. Tapi, sejurus sampai, rasa energy memang dah betul2 tahap kritikal.. Letih sgt. Air glukos dah habis.. Terpaksa penulis mencari air 100plus.. Itulah 1st time penulis minum air gas 100 plus selama hidup di alam dewasa.. Tawakkal je even tengok pun rasa macam mual.. Disebabkan mencari tenaga semula, dipaksakan juga badan unutk menerima.. After minum rasa lain macam je.. Terus masuk khemah. Off~

Setelah kendiri dan berkemas semua, bas sampai jam 5 petang. Dalam perjalanan balik masing2 dah keletihan. Masa turun dari gunung dah terasa kesengalan kaki, kekejangan.. Tapi belum tahap yan ktitikal lagi.. Masih boleh go on.. Laju je jalan.. Tapi sehari after program pendakian tu.. Dah mula terasa kekejangan yg kritikal.. Terpaksala penulis mengurut.. Nak berjalan pun susah.. Nak pergi kuliah pun slow2 je.. Tambah2 nak turun tangga.. Memang satu keadaan yg sgt sukar.. Sampai sekarang masih belum di tahap yang ok.. Mudahan Allah memberi kesihatan yang baik..

Ok, di bawah ni penulis ada upload beberapa gambar.. X mampu nak upload banyak2 sebab lambat dan masa x izinkan.. Untuk gambar pemandangan dll, penulis ada upload dlam facebook.. Inilah yang dikatakan bercinta dan bermadu kasih dengan alam ciptaan Allah.. Penulis suka! ^_^

My Team yang sentiasa ceria
dan saling tolong menolong..

Pemandangan dari puncak di waktu petang


Keadaan dah berkabus.. Sejuk..
Separuh perjalanan pendakian..
Dah rasa keletihan sebab terlalu curam..



Alhamdulillah.. Dah sampai di puncaknya..

Suasana ketika subuh menyapa..
Penulis setia menunggu untuk melihat sunrise..
Subhanallah.. Tenang rasa waktu ni..

Kawasan camping..
Berkabus kan.. Sangatla sejuk..
Menggigil penulis dibuatnya..

Berbagai2 candid peserta ni..
Mengabadikan kenangan terindah bersama peserta2 xpdc..
Berazam unutk menawan gunung lagi..^_^

4 comments:

persis mmp said...

Hebatnya hang su. dah nek gunung meghata dah. adoyai, bila la ce' ni nak ikut jejak su sama.

Hazwan Arif said...

kwsan keras ni

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Persis mmp:
Hehe. Jomla join.. Org ajak takut.. Cube jgn bagi alasan, berani mencuba.. Uyuh yuk!

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Hazwan Arif:
A'ah.. memang kawasan keras.. Macam2 dah berlaku kat situ.. Tapi Alhamdulillha kami semua selamat..

Related Posts with Thumbnails