.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, August 3, 2010

“Kecemerlanan Ilmu Falak Islam di sebalik Sejarah Batu Bersurat Terenganu”


Alhamdulillah dipanjatjkan kesyukuran kepada Allah sekali lagi apabila UniSZA dijemput oleh TTI Management SDN BHD untuk menghadiri majlis bicara Ilmu di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI). Awalnya ingat x dapat pergi dah sebab surat jemputan x sampai ke pihak yang berwajib, terus sampai kepada penasihat kami. Jadi petang tu penulis usaha bersama Unit Falak untuk sampiakn surat ke pihak atasan. Syukur semua berjalan degan lancar.

Jemputan ini hanya terhad pada 10 orang sahaja memandangkan julung kali diadakan dan disebabkan di UniSZA kelab Astronomi/ Unit Falak aktif. Jadi kami barisan kepimpinan exco dijemput. Jam 8.30 malam kami bertolak dari UniSZA dengan menaiki van khas UniSZA.

Sampai di sana, kami disambut hormat oleh pegawai2 yang bertugas pada majlis tersebut. Terasa seolah layanan bertaraf VIP sebab ekslusif. Kami antara yang terawal sampai.. Beberapa minit kemudia tetamu lain sampai.. Bila dilihat barisan para tetamu, Allah.. Terkejut buat diri penulis. Pada hemat penulis, bicara ilmu/ pembentangan kertas kerja ini melibatkan universiti2 dari seluruh Terengganu. Ingat ramaila students di sana. Rupanya sangkaan penulis tersasar sama sekali. Yang hadir di sana semua terdiri daripada profesor2, ahli2 parlimen, NGO2 luar, wakil delegasi dari Indonesia dan usahawan2 berkaliber. Hanya kami 10 orang dari pelajar Universiti. Tapi mereka memberikan penghormatan kepada kami unutk duduk di tempat hadapan. Rasa terharu dan dalam masa yang sama rasa tergalas di bahu kami membawa nama baik UniSZA dalam persidangan tersebut.

Ok, penulis akan bercerita dan berkongsi beberapa maklumat menarik sepanjang berada di sana InsyaAllah. Tajuk bicara Ilmu ini adalah “Kecemerlanan Ilmu Falak Islam di sebalik Sejarah Batu Bersurat Terenganu” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Zainy Uthman yang memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah.

Sejak penemuan Batu Bersurat Terengganu pelbagai persoalan dan keraguan ditimbulkan..Penemuan terbaru oleh anak Terengganu jati melalui pembuktian secara saintifik iaitu Prof Madya Dr. Muhammad Zainiy Uthman ialah BBT tersebut bertarikh 7 Rejab 702 Hijrah (Jumaat) bersamaan 22 February 1303 Masihi.. Ini mengesahkan tarikh yang telah dipastikan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al Attas ternyata tepat dan telah disahkan..

Pernahkah kita terfikir, apakah hasil daripada penemuan tersebut, jika benarlah tarikh tersebut maka ada beberapa penemuan baru mungkin timbul;

1. Terbukti bahawa Negeri Terengganu mendahului menerima Islam berbanding Negeri Melaka pada tahun 1414 Masihi..

2. Apabila pelaksanaan Undang-undang Islam dilaksanakan waktu tarikh tersebut bermakna, masyarakat setempat telah menerima Islam lebih awal lagi..

3. Penemuan ini membangkitkan semangat bahawa tulisan jawi sudah mula diguna pakai oleh masyarakat setempat lebih awal lagi.. Ini menggambarkan bahawa perkembangan ilmu pengetahuan melalui tulisan jawi sudah berlaku sejak 700 tahun yang lalu di Terengganu. Sesuailah Terengganu dianggap sebagai Anjung Ilmu..

4. Nama Negeri Terengganu Darul Iman melambangkan bahawa Terengganu menerima keimanan dahulu di Tanah Melayu sehingga mampu menggguna pakai perundangan Islam waktu itu..

5. Menolak fakta sejarah mengatakan bahawa Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang India Gujerat. Buktinya seluruh masyarakat Melayu mengguna pakai Mazhab Shafie dalam kehidupan beragama..

Dalam sejarah ilmu falak, ia mengambarkan sejarah turun temurun ilmu falak dari tamadun yg lebih awal sehinggalah pada abad ke 14 Masihi… Ia menjitukan mercu capai ilmu falak yg diwarisi dari Tamadun Islam. Seingat penulis, Thomas Carlyle pada abad ke 18M merungut tiada siapa dari orang barat yg dapat mengajarnya nama2 gugusan bintang yang terhampar luas di langit kerana sebagaimana yg ditulis oleh Richard Allen:

Kebiasaannya nama2 ini berasal dari orang Arab, mereka yg hidup dalam padang pasir dengan langit yg terang jelas membiasakan mereka dgn bintang2 sebagaimana disebut oleh al-Biruni. “Sesiapa sahaja yg berbumbungkan langit, yg tiada selimut pelindung, yg di atasnya bintang2 senantiasa naik dan turun pada ufuk sama, menjadikan segala hal ehwalnya dan pengetahuannya tentang masa bergantung sgt ke atas bintang2.

Lihat pada pernyataan di atas, mereka sangat intim dengan fenomena alam kan. Sehinggakan mereka sebatikan diri mereka dengan fenomena alam. Kita beribadat juga berpandukan pada bulan dan bintang. Kita merantau juga berpandukan bulan dan bintang. Yang sebenarnya bulan2 Islam, pengunaan Islamic Calendar adalah lebih tepat berbanding penggunaan Greorian Calendar. Tapi, kita pada hari ini ,masih lagi setia menggunakan Gregorian Calendar yg sudah sebati dalam kehidupan kita.

Kejituan, ketepatan dan kesahihan ilmu falak bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Selain itu, mercu tanda kemajuan tamadun bukanlaf terletak pada penghasilan sina’ah dan fann, tetapi adalah kepada penguasaan ilmu dan teknologi yg besar.

Contohnya, al-Battani seoran ahli falak/ astronomi yg disegani sebab beliau telah menjitukan tempoh tahun shamsiah (solar year) iaitu dgn nilai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.. Hebat kan! Zij yg telah dihasilkan beliau mempengaruhi ahli2 astronomi besar yg lain dan beliau menjalankan kajiannya di Syria serta telah mengumpul data berkenaan matahari dan bulan.

Saelain pengumpulan data dalam bentuk zij, para ulama falak Islam telah mempelbagaikan usaha2 pemerhatian falak ini dgn mencipta berbagai alat dan kaedah2 baru. Sebagaimana sumbangan ulama tibb/ pakar perubatan Islam dalam diagnosis penyakit, pembuatan ubat dan alat2 surgery terkemuka. Lihat, di situ kita dapat buat kesimpulan betapa hebatnya Islam kan..

Sebenarnya, dalam sejarah Islam ada 3 cabang ilmu khusus yg membicara perihal alam.

1. Ilm al-Hay’ah (cosmology)

2. Ilm al-Falak (Ilmu tentang orbit yg kini dikenali sebagai astronomy)

3. Ilma-Nujum (Ilmu kaji bintang) Tapi ilmu ni sekarang disalahtafsirkan sebagai ilm tanjim. Mesti readers pernah tengok cerita nujum Pak Belalang kan dan terfikir ilmu menilik. Dalam Islam ilmu itu tidak dibenarkan.

Ok, di bawah ni penulis ada upload beberapa gambar.

Ini contoh Hijri Date Convrtr..

Prof. Madya Dr. Muhammad Zainy Uthman

Prof sedang meneliti kertas pembentangan

Jamuan makan yg juga diadakan dalam
dewan konvensyen tersebut

Barisan 10 orang dari exco Astronomi UniSZA
yg dijemput

Contoh batu bersurat Terenganu yg dijadikan
mercu tanda malam itu

3 comments:

azeem said...

Sungguh bargaya kamu ya. Ada macam org korport. Ptutler owg laki takut nak msuk jarun. kno pikio bnyk kali nok masuk pwmpuan brkaliber neyh. hehehe

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Biase2 je azim.. Ke tempat macam tu perlu pada protokol, membawa nama Universiti.. E'eh, dikaitkn dgn org lain pulak.. Xde kaitan ye.. hehe..

azeem said...

ade je kaitan. su tu je humble sgt. Cakap hal die je, bangkang buat tukar topic kan kan. Mcm le azim x knal su tu.

Related Posts with Thumbnails