.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, July 7, 2010

Karnival Mahabbah GAZA





KARNIVAL MAHABBAH GAZA

Berlangsung sepanjang 9-11 Julai 2010

Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam

Pelbagai program menarik akan diadakan sepanjang karnival MAHABBAH GAZA berlangsung..



KONSERT MAHABBAH GAZA

Date: Saturday, July 10, 2010

Time: 8:30pm - 11:00pm

Location: STADIUM MALAWATI SHAH ALAM

Artist : RABBANI , RAIHAN, SAUJANA, INTEAM, NOWSEEHEART, UMMUL QURA


..Tujuan konsert ini untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa kekejaman Zionis Israel di Palestin.

..Konsert yang dinamakan Konsert Mahabbah Gaza ini bukan sekadar konsert hiburan yang biasa. Ia menampilkan kelainan kerana pada konsert tersebut akan diselitkan dengan slot khas serta temubual eksklusif bersama wakil Malaysia yang terselamat yang menjadi mangsa tahanan Israel semasa berlakunya serangan ke atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan (Lifeline4Gaza).

Kumpulan Rabbani telah mengambil langkah yang drastik untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Israel di Gaza dengan menganjurkan sebuah konsert amal.

Konsert yang dinamakan Konsert Mahabbah Gaza bukan sekadar konsert hiburan yang biasa tetapi ia bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.

Menariknya, ujar ahli kumpulan Rabbani yang juga Pengarah Program, Azadan Abd. Aziz, konsert ini adalah percuma buat semua yang hadir.

"Tujuan kami untuk menarik orang ramai datang dan memberi kesedaran serta hikmah di sebalik apa yang berlaku. Nasyid dijadikan wadah agar kita semua bersatu-padu".

Di samping itu, konsert ini dijadikan sebagai medium untuk penonton menghulurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada penduduk Palestin yang akan dikendalikan kutipannya oleh badan yang bertanggungjawab iaitu Haluan Siswa dan Lifeline 4 Gaza.



3 comments:

Lyna KL said...

su nak gi ke??

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Hajat nak pegi gak sekejap petang Jumaat tu.. Sayang pulak kalau x pergi.. Sekejap pun jadila. hehe.. Sebab awal pagi sabtu nak ke Kelantan.. InsyaAllah.. Jomla join skali.. ;)

Lyna KL said...

ewah2. sokmo g qlate ni. ade yg menarik ke kt sane. ok, nanti nak g shah alam jgn lupe koling2 kite k. nak ikut su gak.

Related Posts with Thumbnails