.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, July 7, 2010

Bagaimana akhir kematian kita...?


Adakah begini yang anda mahu...........?

video


Atau begini yang anda mahukan............?

video

Keseronokan hidup di dunia akan tergugat dengan datangnya Izrail yang mencabut roh dari jasad dan berakhirlah segala kenangan.. Mati membuktikan kepada manusia bahawa sebenarnya ia tidak pernah memiliki sesuatu pun.. Mati juga membangunkan kita daripada angan2 yang panjang mengenai nikmat hidup yang tak bererti tanpa sifat berkekalan.. Dunia adalah permainan dan kehidupan sebenarnya bermula di akhirat, konsep percaya kepada alam barzakh iaitu hari kebangkitan yang mampu menyedarkan manusia untuk bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan...

Mustahil bagi manusia mengetahui empat hal ghaib, kelahiran dan kematian, rezeki, amal dan kesudahan hidupnya sama ada celaka atau bahagia yang terpatri di luh mahfuz. Empat rahsia itu tersimpan di bank data ciptaan Allah Yang Maha Mengetahui dengan pengetahuan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia biasa kerana manusia dicipta dengan akal fikiran yang terbatas..

Penerokaan akalnya x akan dapat menjawab persoalan bilakah kelahiran dan kematian berlaku, supaya ketakutan dan pengharapan kepada Allah sentiasa hadir pada nalurinya yang paling tajam.. Supaya kekuatan iradah menerusi elemen akal, jasmani dan rohani terus bergejolak menyahut seruan Yang Maha Mencipta memandangkan dunia adalah tempat bermujahadah untuk memenangi akhirat... Dunia adalah tempat dan ladang untuk kita bercucuk tanam dan di akhiratlah kita akan menuainya..

Ini semua bagi menghasilkan kesedaran bahawa kita semua akan mati sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.”

(Hadis riwayat al-Tirmizi).

Kemampuan untuk mengingati mati adalah sebaik-baik kecerdasan dan kebijaksanaan seseorang. Apabila kegembiraan mencurah-curah dari hati, bolehkah kita selitkan peringatan mengenai mati...? Apabila cita-cita tercapai, kemewahan dikecapi, kebahagiaan tak sudah-sudah, adakah kita ingat esok kita mati dan semua akan musnah...? Berhasilkah kita menasihati diri sendiri pada saat kelalaian dan lupa daratan...?

Sungguh susah kerana kita cenderung kepada tarikan cinta dunia dan takut mati... Takut mati yang diamalkan oleh kebanyakan manusia akhir zaman ialah tidak bersedia menghadapi kematian dengan persediaan amal salih, leka dengan dosa dan kekotoran yang terpalit pada diri... Nauzubillah min zalik..

Satu sifat yang ada dalam diri manusia adalah sikap menunda taubat dan menyangka masih banyak kesempatan untuk peluang terakhir.. Menyangka masih lambat lagi untuk Allah mengambil nyawa.. Padahal setiap hari berlalu tanah di perkuburan memanggill.. Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawasanya tidak berlalu satu hari ke atas kubur melainkan kubur berkata (kepada manusia): Akulah rumah pengasingan, akulah rumah persendirian, akulah rumah tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat. Dan apabila dikuburkan orang yang bermaksiat dan orang yang kafir maka kubur berkata kepadanya: Tidak ada ucapan selamat datang bagimu, sesungguhnya engkau adalah orang yang paling kubenci yang berjalan di atasku. Pada hari ini segala urusanmu telah diserahkan kepadaku maka engkau akan lihat betapa aku akan membalas perbuatanmu. Lalu kubur itu menghimpitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

2 comments:

said sad said...

Ermmmm..takotnye.. cam fobia lak ngan bola ni tngok video tu. ngeri btl.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

=)
Harapnya kita bukan dalam golongan seperti video 1.. Nauzubillah min zalik..

Related Posts with Thumbnails