.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, January 13, 2012

Radar Superimpose


Kebelakangan ini, banyak tersebar gambar2 kontroversi di internet yang melibatkan ahli politik dan artis. Kebanyakan gambar tersebut adalah gambar yang telah diubah suai (atau superimpose) menggunakan perisian seperti Photoshop. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk memalukan atau menjatuhkan karier seseorang. Mungkin gambar anda terlibat juga. Mungkin.

Kini terdapat satu laman web yang boleh memeriksa samada gambar tersebut telah diubahsuai atau tidak. Muat naik gambar tersebut ke mana2 image hosting seperti imgur.com, kemudian pergi ke laman http://www.errorlevelanalysis.com/ dan masukkan alamat di mana gambar tersebut di muatnaik.

Laman web tersebut akan menukarkan gambar tersebut ke imej ELA (Error Level Analysis). Melalui imej ini, anda boleh lihat garis2 pengubahsuaian pada gambar tersebut. Rujuk gambar di bawah. Gambar sebelah bawah adalah gambar imej ELA. Terdapat garis2 pengubahsuaian pada bahagian cermin mata, muka pakaian dan tangan gadis tersebut menunjukkan gambar tersebut telah diubahsuai.

Adalah diingkatkan bahawa gambar yang hendak diperiksa tersebut mestilah gambar asli atau gambar asal, iaitu gambar digital yang diambil terus dari kamera dan kemudian disalin. Gambar print screen dari komputer ataupun gambar scan tidak boleh digunakan untuk analisis ini.

1 comments:

Anonymous said...

Hebat.. kemajuan yang ada pada zaman sekarang.semuanya di "ibu jari".saya setuju yang dikatakan. bagaimana dengan hanya sebuah potret saja. maka,boleh menjahanam kan kehidupan sesorang itu.........contoh dan tauladan-nye pon telah ader.

hakikat kehidupan ini.. mulut tempayan bolehla ditutup tetapi mulut orang??...


apepon sebagai umat dn orang islam cukuplah....dengan ucapan "hasbunaallah wa'nikmal wakil" sebagai jalan selamat untuk menjalani kehidupan (^_^).

Related Posts with Thumbnails