.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Tuesday, June 14, 2011

Ulama' Palestin di BTP!


Assalamualaikum wbt..

Beberapa hari lepas penulis ada maklumkan dalam post "Ceramah Palestin" yang diadakan di Pahang. Memang asalnya hajat nak pergi sangat2, tapi dek perjalanan yang jauh peratus nak hadir tu jadi kurang.

Then tadi penulis balik dari KL, ternampak banner yang serupa macam dalam blog penulis. Hah, terusla penulis berhenti kereta mengejut. Terkejut my mum tiba2 je penulis berhenti di tepi jalan.. Sebab nak tengok di mana tempat, tarikh dan masa. Fikir penulis, Banner diletak dalam kawasan BTP, sudah tentulah ceramah pun akan diadakan di BTP. Itu yang membuatkan penulis stop kereta di tepi jalan nak bacan banner tu. hehe

Rupanya benarlah! Ulama' Palestin akan hadir di surau BTP! Allah, cepatnya Allah kabulkan permintaanku.. Dia faham benar penulis nak sangat hadir ceramah tu. Hari ini Allah izinkan dan memberikan berita yang gembira buat penulis. Alhamdulillah..

Jadi, yang dekat dengan Bandar Tasik Puteri tu, jomlah! Ramai2 kite pergi malam esok.. Ada dua ceramah yang selepas Maghrib dan selepas Isya' di surau yang berhampiran di sini.. Jadi, boleh pilih nak pergi yang mana.. Kaut dua-dua pun boleh.. Siang bekerja, malam isilah hati dengan makanan rohani pula. Masakan Allah menciptakan malam dan siang untuk disia-siakan..? ^_^


CERAMAH KHAS ULAMA' PALESTIN

Tarikh:
14 Jun 2011 (Selasa)

Tempat:
Surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri
Rawang, Selangor

Masa:
9.00 Malam

Penceramah Jemputan:
Syeikh Abu bakar Al-Awawida
(Penasihat kanan Ikatan Ulama' Palestin)

Muslimin Dan Muslimat Dijemput hadir beramai-Ramai

2 comments:

Anonymous said...

salam su..time kasih su.
sbb kongsikan maklumat ni..insyallah...moga tuhan permudahkan segala urusan hamba-hambaNya yg soleh dan solehah..amiin.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Wkmsalam..
Asif, siapa ye..?
Sama2.. Amin InsyaAllah mudahan..
Ceramah lanjut dari syeikh nanti su update.. belum sempat type..

Related Posts with Thumbnails