.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Friday, June 17, 2011

Berita dari Palestin



Alhamdulillah dan syukur yang tidak terkira kerana hari ini diizinkan dan dipilih Allah untuk hadir ke majlis ilmu bersama Ulama’ Palestin iaitu Syeikh Abu Bakar al-Awawida di surau as-Siddiqin Bandar Tasik Puteri. Sungguh ramai yang hadir pada malam itu. Sejuk mata memandang bila melihat yang ikhwah semua berserban putih, yang akhawat setia dalam telekung putih seusai menunaikan solat Isya’ berjamaah.

Lebih sejuk lagi mata memandang dan mengundang ketenangan di hati penulis tatkala tibanya syeikh di perkarangan pintu masuk surau dengan muka yang bersih berseri bercahaya, lalu memberi salam kepada jamaah di dalam surau. Subhanallah. Semua yang hadir memberi penghormatan. Beliau dipimpin oleh dua orang anak lelakinya kerana kedua belah mata beliau rosak akibat diseksa oleh Israel laknatullah. Buah pinggang beliau juga rosak, termasuk mengalami patah tulang. Ini semua berlaku ketika beliau diseksa oleh tentera Israel ketika beliau dalam penjara tentera Zionis. Syeikh Abu Bakar Al-Awawida merupakan Penasihat Kanan Rabitah Ulama’ Palestin. Beliau juga merupakan Mantan Pengawal Sheikh Ahmad Yassin (As-Syahid).

Untuk pengetahuan pembaca, Syeikh tinggal berhampiran dengan Masjidil Aqsa, iaitu kira-kira 32 kilometer dari Masjidil Aqsa dan dikurniakan 8 orang cahaya mata. Di mana, darinya adalah 3 orang perempuan dan 5 orang lelaki. Dua orang anak lelakinya setia memimpin beliau ketika beliau hadir ke sini.

Lontaran muqaddimah beliau sangat menyentuh hati. Membuka bicara dengan Basmalah, memulakan ucapannya dengan penuh kasih dan mahabbah mengatakan bahawa "Aku mencintai kalian kerana Allah. Bagaimana mungkin aku tidak mencintai kalian sedang kalian adalah orang-orang yang solat, orang yang rukuk, orang yang sujud, orang yang memilih untuk menyembah Allah Taala…" Allah.. cukup tersentuh hati rasa. Sungguh, dengan kata-kata itu, menebalkan rasa cinta penulis yang begitu kuat pada beliau. Itulah yang penulis rasakan. Sangat menyayangi beliau, ukhuwah itu manis kerana Allah.

Walaupun beliau seorang Penasihat Kanan Rabitah Ulama’ Palestin, namun ucapannya penuh dengan tawadhu'. Menurut beliau pada tahun 1948, Masjidil Aqsa telah jatuh ke tangan Yahudi Laknatullah. Ketika itu beribu-ribu orang pejuang dari Ikhwanul Muslimin Mesir datang untuk membantu membebaskan Palestin. Ramai di antara mereka yang gugur syahid. Sesungguhnya tugas untuk membebaskan Masjidil Aqsa bukan saja tugas bangsa arab tapi tugas semua ummat Islam di seluruh dunia. Adalah menjadi tugas kita untuk membebaskan tanah wakaf kita, tanah Palestin.

Berkata Syeikh, masuknya Islam adalah dalam keadaan yang aman dan Malaysia adalah sebuah Negara yang maju ke hadapan. Justeru, tugas rakyat Malaysia adalah untuk mendokong Palestin, memberi semangat yang jitu. Beliau memberitahu bagaimana keadaan pemuda di Palestin. Pemuda di Palestin sebenarnya sentiasa memandang kepada Malaysia dan mengharapkan bantuan, sokongan yang padu dari rakyat Malaysia. Allah.. Pembaca semua, lihatlah.. Mereka sungguh berharap dan meletakkan harapan yang tinggi pada kita. Bagaiman mungkin kita khianati kepercayaan mereka..? Sanggupkah kita membiarkan harapan mereka kepada kita berlalu begitu sahaja dipandang sayu.. Hati penulis berbaur sedih.. Berbagai perasaan hadir ketika itu.

Perjuangan Palestin bukanlah terletak di tangan Palestin sahaja, malah terletak di tangan orang yang mengucap dua kalimah syahadah. Masjid Aqsa adalah binaan kedua selepas ka’abah. Mengapa kita tidak bersusah payah untuk membebaskan Palestin. Palestin merupakan bumi Anbia’. Ramai nabi yang datang dari sana dan ada juga nabi yang dibunuh di tangan Yahudi laknatullah sendiri. Contohnya nabi Zakaria. Adakah sedikitpun tidak ada rasa marah dalam diri kita..?

Justeru, apa kewajipan kita pada bumi Palestin?? Syeikh meninggalkan persoalan tersebut kepada pendengar. Lalu dijawabnya, kewajipan kita adalah untuk berjihad fi sabilillah membebaskan Palestin dari genggaman Zionis. Jika kita tidak dapat memberi tenaga pergi berjuang di sana, ketikan ini jihad harta adalah antara elemen yang penting untuk bebaskan al-Aqsa.

Skop jihad tidak sempit, malahan skop jihad sangat luas. Sesiapa yang menolong orang untuk berjihad, dia dikira berjihad sebaris dengan mereka. Selain jihad harta, menyebarkan bagaimana keadaan di Palestin dan maklumat semasa juga adalah dikira JIHAD. Tarbiah anak-anak untuk faham dan memahami isu Palestin adalah JIHAD. Memboikot barangan Yahudi adalah JIHAD. JIHAD! Begitu luas skop jihad. Dan yang paling utama, senjata DOA kita adalah lebih hebat dari senjata Yahudi yang canggih. Carilah waktu2 yang mustajab untuk berdoa dan mendoakan. Sungguh, doa lebih hebat dari senjata yang canggih.

Selama 63 tahun kita dijajah! Satu tempoh yang cukup lama. Sudah berpuluh ribu yang mati dan sudah banyak kemusnahan yang berlaku. Tugas kita adalah untuk memberi kekuatan dan membina kembali apa yang musnah seperti membina Madrasah, hospital dan masjid di Palestin.

Yang istimewanya dari ucapan Syeikh, Syeikh turut menyampaikan beberapa pesanan WANITA PALESTIN buat WANITA MALAYSIA. Begini bunyinya..

“Kami telah korbankan anak kami, suami kami, harta kami, segala perhiasan kami untuk membebaskan al-Aqsa. Apa yang dikorbankan oleh lelaki wanita Malaysia? Kami tidak mahukan jawapan itu dijawab oleh kalian sekarang, tapi jawablah di hadapan Allah kelak”… Allah, bergetar hati penulis dengar. Cukup terpukul, cukup menaikkan semangat, cukup memberkas kekesalan. Sumbangan mereka terlalu besar berbanding sumbangan kita di sini, berbanding sumbangan penulis. Tertunduk penulis di dalam surau menyeka air mata. Sungguh, berbagai perasaan Allah hadirkan ketika itu. Sukar diungkap, sukar diluah dengan kata2.

Tahu bagaimana jihad mereka..? seorang perempuan yang bernama Fatimah Najah telah memasangkan bom di badannya dan masuk ke kem Israel. Lalu meletupkan bom yang ada di badannya bagi membunuh tentera Israel di dalam kem tersebut.

Seorang perempuan yang cukup aktif di Palestin mempunyai 5 orang anak. Di mana, 3 orang daripadanya telah syahid dan seorang daripadanya telah ditangkap oleh Israel laknatullah dan diseksa. Hanya tinggal seorang anak padanya sekarang. Tapi perempuan itu berkata, “Aku sanggup korbankan semua ini kerana bagiku al-Aqsa itu terlalu mahal dari segalanya”.

Dan seorang perempuan tua di Palestin dilihat menangis teresak-esak. Lalu ditanya, mengapa kamu menangis.. Perempuan itu menjawab, “Aku menangis kerana aku tidak boleh melahirkan anak lagi untuk berjihad”.

Subhanallah.. Ya Allah.. Dah nampak bagaimana pengorbanan mereka..? Cukup besar kan. Cukup besar. Kita..? Bagaimana..?

Akhir sekali, syeikh mengakhiri ucapannya dengan membawa berita gembira dari Palestin. Iaitu selepas berlakunya revolusi rakyat yang lepas, beberapa berita gembira dan kesan diterima:

-Dua jamaah Fatah dan Hamas bergabung. Mengapa Fatah dan Hamas perlu bergabung? Sebab gabungan ini akan menghasilkan satu kekuatan yang akan dapat bebaskan al-Aqsa.

-Fatah dan Hamas telah membuat dua perjanjian iaitu border Rafah (antara Mesir & Gaza) telah dibuka dan tahanan-tahanan politik telah dilepaskan.

Alhamdulillah.. Kemenangan akan berpihak pada yang benar.

Ceramah khas ini berakhir pada jam 11malam. Selesai ucapan habis, para jamaah semua bangun untuk bersalaman dan berpelukan dengan syeikh sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. (Sebelum pembaca meningalkan post dan blog penulis, Sama-sama kita berselawat ke atas Baginda dan berdoa agar Palestin dibebaskan serta diberi keamanan). Amin..

Diakhir pertemuan itu penulis menatap wajah beliau sebagai tanda ukhuwah dan salam perpisahan, terukir senyuman di wajah beliau, penuh ketenangan. Di hati ini dapat penulis rasakan di sebalik ketenangan beliau, jiwa beliau telah lebur dengan jiwa perjuangan yang suci ini.

" Ya Allah..lapangkan lah hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dengan keindahan tawakal kepadaMu.Suburkan hati-hati ini dengan makrifahMu.(Jika Engkau mentaqdirkan mati) matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' dalam perjuangan agamaMu"


2 comments:

Abu Idris said...

arrayah.info - Pihak

Berkuasa Munafik Ramallah juga Menghalang Seruan Kebangkitan Khilafah di Palestin

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Syukran info..

Related Posts with Thumbnails