.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Wednesday, June 8, 2011

Resume Reference


Salam Readers..

Sudah 3 hari menjadi pengguna setia dan tegar atas jalan raya yang bertol. Iyalah, weekend banyak invitation untuk kenduri, musim cuti sekolah biasanya ramai yang mendirikan rumahtangga kan, sibuk nak ziarah saudara-mara pula. Semalam office hour sibuk ke ke sana sini selesaikan segala urusan. Hari ini penulis alone dalam office, Tak nak keluar dah even diajak oleh my parent. Segala meeting pun penulis hold dulu. Letih dengan ragam jalan raya yang agak teruk last week. Macam pesta kereta. Hari ni nak rest je dan selesaikan urusan dalam office pulak.

Pesanan penulis 1st, hidup di KL kalau nak keluar takde wang di tangan, tunggulah di tepi jalan tu ye. Inilah hidup di KL. Tak macam hidup di Terengganu masa penulis belajar di sana dahulu. Nak keluar tanpa duit pun takpe. Sebab takde tol. Kan best macam tu. Di KL, baru keluar suku jalan dah kene tol. Hm.. Inilah hidup kan. Penuh pancaroba. ~ Sekadar pembuka bicara, sedikit getusan kot rasanya. Hehe..

Ok, apa kena mengena dengan resume references pulak..? Nak apply kerja ke..? No. No. Beberapa hari lepas tidak tahulah macam mana boleh bertimpa dapat 2,3 mesej dan calling dari orang nak mintak penulis untuk jadikan sebagai reference. Hah, Tekejut penulis dibuatnya! Bundar mata baca mesej. Terkesima penulis jawab panggilan tu. Mana tidaknya, selalu yang penulis dengar yang jadi resume reference ni macam lecturer ke atau bos dalam company tempt keje sebelum ni. Ini tiba-tiba penulis pulak dijadikan rujukan. Memang terkejut la!

Apa penulis buat..? Tentulah tidak pantas jari penulis touch screen handphone untuk reply. Tentulah jawab “Err.. nanti ana fikirkan dulu.. Nanti ana call semula ye..” Bukan sebab tak nak terima, tapi sebab bila company tu call, penulis la yang nak kene jawab.. Macam terkelu pulak nanti. Lagipun siapalah penulis untuk dijadikan rujukan. Sekadar berpayung di bawah syarikat ayah penulis, belum lagi memiliki company sendiri (impian tu.. hehe)..

Penulis dapat tender pun sekadar nak membantu, memberi peluang mahasiswa/i dan anak melayu menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung pada duit pinjaman dan suapan duit dari mak ayah semata-mata. Alhamdulillah penulis berjaya dapatkan mahasiswa/i dari UniSZA, UM, UIAM, UMT, UPM dan POLITEKNIK untuk membantu mereka menjana pendapatan sendiri, sekaligus menjinakkan diri dalam bidang penulisan yang memerlukan banyak pelapis. Dapat juga menyebarkan ilmu dan improve diri semua kan. Hidup seharusnya ada perkongsian. Rezeki adalah dari Allah, jadi sewajarnya kita berkongsi. Apa milik kita..? Tidak ada yang milik kita. Semua milik Allah.

Take time juga berfikir, akhirnya penulis terima juga sebab kasihankan kawan-kawan. Sungguh, penulis tidak pandai untuk menolak bila orang minta pertolongan sebab penulis dah pernah rasa bila penulis berada dalam kesusahan, andaikan kita berada di tempat itu, susah. Pastinya memerlukan bantuan orang. Tak sampai hati rasa. So, penulis pun bagila maklumat detail penulis untuk reference dalam resume mereka.

Hari ini, jawablah! Memang kena jawabla.. Company yang kawan-kawan penulis hantar resume dah call.. Terketar-ketar juga bila ditanya soalan. Hehe.. Jangan risaulah frens, su jawab semua yang elok dengan harapan anda semua mendapat kerja itu. Good Luck!

Sungguh, ini pengalaman pertama sebegini. Hee~

Sekadar Gambar Hiasan..

Hidup pasti bersulamkan masalah dan masalah itulah akan menghasilkan sulaman yang sangat indah.. =) Hebat Caturan Allah!

2 comments:

Fiz said...

Wow! Salute u! mge btmbh rezeki su.

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Syukran.. Sekadar secebis je..
Amin..
Moga rezeki fiz juga bertambah.. :)

Related Posts with Thumbnails