.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Sunday, December 12, 2010

Walimatul 'Urus


Semoga readers dalam keadaan kher2.. Seminggu.. Seminggu di Kedah. Bagi penulis satu tempoh yang lama jugalah bila mengembara tanpa ayah ni kan.. Penulis ke Kedah wif my mum dan adik2 sahaja atas sebab undangan walimah. My dad x ikut. Balik dari Universiti, hanya sempat berada di rumah selama 8 jam dan terus berangkat ke Kedah. Oh, belum puas nikmati masa di rumah! Miss! And now, sudah kembali ke teratak semula. Alhamdulillah. Tenang di sini.

Di Kedah, atas urusan walimah dan ziarah saudara-mara. Ini merupakan perkara tradisi dalam keluarga. Dalam setahun kami diwajibkan untuk mengambil masa pulang ke Kedah dan menziarahi sanak saudara. Hatta berada di KL sekalipun, kami akan atur langkah untuk agenda ini. Kalau penulis balik cuti dari U pun, memang wajiblah kiranya untuk mengatur ke rumah sanak saudara dulu. Inilah tradisi kami. Supaya ukhuwah dapat dieratkan lagi.

Ok, di Kedah. Ada 3 undangan Walimah dalam masa seminggu. Kenduri ni yang bestnya masa malam sebelum kenduri. Orang biasa panggil ‘rewang’. Malam ni lah saudara mara dari segenap pelusuk semuanya turun. Masa ni la nak jumpa semua dan bermesra-mesra. Masa ni lah nak melepaskan segala rindu. Ada yang xjumpa sekian lama dan bertahun, tiba2 jumpa malam tu. So tired tapi best!

“Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus.”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Tugasan penulis. Penulis diberi mandat untuk buat hiasan hidangan bagi pengantin. Jadi, penulis pun ajakla sepupu-sepupu penulis untuk join bantu penulis. Wah! Ini memang masa yang ditunggu. Penulis memang minat benda-benda camni. Hatta nak hias pelamin dan hantaran pun penulis sangup. Biasanya kalau ada apa-apa kenduri, tugas inilah yang diberikan kepada penulis. Kadang penuluis sendiri voluntr nak buat. Haa, time ni lah nak mengasah segala bakat dan upgrade serta memperhalusi seni tu kan. Kalau simpan lama-lama nanti berkarat pulak.

Masa kenduri. Al-kisah, kebetulan penulis bawa kamera DSLR. Seperti biasalah, ke mana saja penulis pergi pasti DSLR peneman bersama. Nak dijadikan story, penulis terpaksa jadi bidan terjun! Kena jadi jurukamera selama sehari untuk pengantin.. hehe.. Apakah ini? Belum pernah jadi jurugambar ni. Nak kena ajar pengantin candid2.. Aduh.. But, nvrmn.. Demi cousin, sanggup dilakukan.. Bila lagi kan. Ini salah satu transformasi mencari bakat dalam diri dan mempelajari serta merasai pengalaman baru. Ini juga dinamakan rezeki dan nikmat dari Allah..

“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pengalaman yang penulis amati sepanjang walimah ini sangat banyak. Banyak manfaat sebenarnya bila kita turun join majlis ni. Bila berborak dengan golongan tua, menjadikan diri kita lebih matang. Selain, memasyarakatkan diri. Sebab itulah dari kecil lagi penulis dididik untuk hadir ke mana-mana majlis atau event keluarga. My family amat menitikberatkan soal ini agar ukhuwah itu sentiasa segar. Malah setiap tahun mesti adakan family day, berkumpul ramai dalam satu percutian.

Alhamdulillah atas segala nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan. Nikmat kesihatan, umur yang panjang, kekuatan, kedamaian, kekeluargaan, ukhuwah dan segalanya. Dan yang pasti adalah nikmat berada dalam Islam, itulah kurniaan Allah yang paling tinggi dan berharga.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silatur rahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

(Surah an-Nisaa’, 4: 1)

Berkenaan ayat ini, Sheikh Abdur Rahman Nashir as-Sa’di berkata,

“Allah menggandingkan di antara saranan supaya bertaqwa kepada-Nya dengan perintah untuk berbuat kebaikan kepada kaum keluarga dan melarang dari memutuskan hubungan silatur rahim yang mana dengannya dapat menegaskan akan maksud tersebut, yang bahawa betapa wajibnya menunaikan hak-hak Allah, maka adalah juga wajib untuk menegakkan hak-hak makhluk, khususnya adalah yang termasuk persoalan hubungan kekeluargaan di antara mereka, bahkan menunaikan hak-hak mereka adalah di antara hak-hak Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya.”

(Tafsir as-Sa’di, 2/11)

2 comments:

Hazwan Arif said...

share la gambar..

Ummul Syaukatul Suhaila said...

Gambar banyak privacy kot.. hehe..

Related Posts with Thumbnails