.:Ucapkanlah "ZIKRULLAH" tatkala melawat ke blog ini:.

Thursday, December 30, 2010

Property Auction Sale


Ok, today let us talk about properties.. Penulis dapat pengalaman baru today about property auction sale.. Sepatutnya entry ni keluar semalam lagi, tapi sebab balik pun dah lewat, terlalu letih sangat dan tak mampu nak posting. Awal pagi esok nak kena keluar ke KL lagi. Keluar awal sebab urusan bank ni awal2 mudah, x crowded dengan orang. Dah masuk ke waktu tengah hari tu start crowded dah.

Awal pagi today dah keluar ke KL town sebab ada urusan dgn penerbit then after settle semua urusan, ayah penulis pulak tiba-tiba je ajak ke The Summit Hotel, USJ. Sebab apa nak ke sana? Sebab time tu kami yang berada dala kereta ni sedang dengar lagu Maher Zain, then terus ayah penulis ajak ke sana. But, Allah tak mengizinkan kami ke sana atas sebab-sebab tertentu. so sad jugakla. Tapi berhikmah semuanya tu, dah elok Allah aturkan segalanya. Lagunya banyak input yang boleh dihayati. Setiap kali dengar, mengingatkan kita kepada Allah. Subhanallah. Banyak pahala dia kan.

Ok, Property Auction Sale. Ada apa dengan benda tu? Ok, today memang best pengalaman penulis dapat. Ye lah, di usia sebegini bila dapat tahu selok belok hartanah ni, satu pengalaman yang berharga tau. Ini semua akan mencorakkan masa depan.

Tengah hari tu, kami terus ke Megan Avenue II yang terletak berhadapan dengan Suria KLCC. Sebab auction akan bermula jam 3 petang. Cari punya cari, sampailah jumpa. Before auction dimulakan, penulis wif my parent join Hi-Tea dulu. Ada invitation untuk join Hi-Tea barula kamu masuk ke Luxury Council.

Perasan masuk sana? Agak takut mulanya sebab suasana macam dalam mahkamah dan orang-orang kat sana semua macam dari kalangan korporat je. Seram la jugak. Hee~

Terfikir jugak macam mana la nak bid kejap lagi. Orang ramai. Then, kami ambil tempat duduk masing2. Seram sejuk je bila company manager dah datang.

Nak mula dah ni. Dah check list dan diberi penerangan. Lets start now. Terdapat 15 lot hartanah yang digugurkan dari senarai. Hanya tinggal beberapa lot daripada 46 lot. Readers bayangkan, masa yang diberikan untuk bid tak sampai 2,3 minit pun, Time tu lah nak buat keputusan, time tu lah nak tengok respon, time tu lah nak kena peka terhadap sekeliling, time tu lah nak kena fikir budget, time tu lah nak kena letak price. Segalanya akan berubah dalam masa 2, 3 minit.

1st house yang dibida, price dari harga 50k yang ditawarkan, dalam masa 2 minit jadi 80k. Banglo plak dari 664k terus jadi 880k. Hebat kan! Memang berpeluh jugak kalau sesiapa yang tak biasa dengan keadaan macam ni.

Tapi, bila tiba turn kami untuk bid. Hanya 1 minit ambil masa untuk mengubah segalanya. Dalam masa 1 minit buat keputusan. Dalam masa 1 minit sudah menjadi hak milik. Time tu penulis and parent kena fight dengan 9 orang yang lain, mereka ni dari pelbagai agensi. Pembida pertama pun tiba-tiba dah naik tawar 10k dari harga asal. Sepatutnya sekali bida (angkat nombor) 1k akan naik, tapi disebabkan dia mintak naik 10k, melonjaklah harga hartanah tu. Tapi, Alhamdulillah rezeki Allah. Kemenangan di pihak kami. After that, kami terus keluar dewan tu dan proceed apa yang perlu. That time, bertalu ucapan tahniah. Sebab bukan senang nak dapat hartanah macam tu. Agensi2 lain pun terkejut. Itu semua dengan bantuan Allah. Allah Maha Pengasih pada hambaNya.

Sementara menunggu proses disiapkan, kami bersembang2 dulu dengan wakil2 agensi, pegawai2 bank pemilik syarikat hartanah yangberada di situ. Sekadar mencungkil pengalaman mereka. Masa inilah penulis ambil peluang untuk tanya macam-macam. So sorrylah kalau terpakasa jawab panjang lebar tu ye.. hehe. Janji penulis berpuas hati dapat ilmu that time.

Apa yang penulis tahu, kalau nak lebih senang after this, rupanya hanya perlu lihat latest sale di classified, buat booking dan bawa bank draft ke company untuk register. Tak perlu melalui agensi bank. So easy! Then after dah success, barulah kena sediakan bank statemen atleast 3 months dan yang sewaktu dengannya untk loan, then proses lawyer pulak. All intending bidders are required to deposit 5% and then the balance of the purchase money is to be settled within 90 days. Tapi if bayar cash, lagi mudah. So, sesiapa yang berimpian nak beli hartanah tu, bolehla pantau2 caranya ye. Penulis nak story kat sini pun panjang lebar sangat.

Ok, Alhamdulillah banyak pengalaman dan ilmu dapat today. Rasa macam xpuas je berada dalam dewan tu. Nak bid lagi! Nak rasa lagi pengalaman tu.. hehe.. Seronok pulak fight2 hartanah ni. Tidak berniat untuk bekerja sebagai agensi hartanah yee~ ;)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails